intro

Semoga website ini akan menjadi rujukan bagi pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Glasgow disamping menjadi wadah maklumat dan komunikasi bagi komuniti Malaysia yang sedang berjuang di bumi Glasgow.

Semenjak sekian lama, bandaraya Glasgow telah menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran baik dalam ijazah pertama mahupun ijazah lanjutan dan juga Doctor Falsafah (PhD). Terdapat 4 buah Universiti utama di Bandar Glasgow yang merupakan pusat menuntut ilmu di sini iaitu University of Paisley, University of Glasgow, University of Strathclyde dan juga Glasgow Caledonian University.

Buat masa ini terdapat lebih daripada 90 buah keluarga dan lebih 400 orang pelajar yang tinggal di sekitar Glasgow. Pada June 2007 tahun yang lalu, juga, pihak masyarakat Malaysia telah pun menubuhkan Sekolah Malaysia Glasgow (SMG) dengan kerjasama Malaysian Student Department (MSD) bagi menyediakan anak-anak warga di sini dengan pelajaran pendidikan islam dan bahasa melayu. Maklumat lanjut boleh di dapati di laman web SMG (http://smg.ne1.net/ )

kmg