our life in the uk life is a journey not a destination..

18Aug/100

cerita lama dari Tokyo

Ketika menulis catatan ini kedengaran suapan 'cereals' dari mulut anak anak yg sedang bersahur. Ya mereka bersahur walaupun puasa mereka tidak sempurna. Kami mengajar mereka berpuasa dari jam 5pg sampai jam 7-30 ptg, masih mengikut waktu Msia. Walaupun mereka tidak wajib berpuasa namun latihan ini penting. Amir baru mencecah 9 thn dan Akif 7 thn. Pagi ini teringat pula akan projek masa depan travel log. Mungkin ada rezeki akan dibukukan segala perjalanan menerokai dunia dalam bentuk buku. Bukan hendak buat profit. Cukup sekadar melepaskan kepuasan berkongsi apa itu dunia dan apa ilmu yg dapat mengelilingi dunia. Kali ini hendak bercerita pengalaman pertama berada di Jepun. Sebenarnya bukan kali pertama, secara rasminya kali kedua cuma kali ini berkesempatan bermalam beberapa hari di Jepun. 2003 tahun yg agak banyak kami berjalan.

Tahun ini saja 3 negara kami lawati. Perjalanan ke Jepun ditaja oleh APT. Kami terpaksa tinggalkan Amir yg ketika itu berumur 3 bulan. Kesian pula rasanya. Pemergian kami ke Jepun sebenarnya 2 bulan selepas kami kembali dari Turkey dan Spain atas urusan conference. Kali pertama ke Jepun pada 2001 ketika dunia masih sibuk dgn Sept 11. Hanya menjejakkan kaki di Narita airport sementara menunggu flight seterusnya ke California. Melihat kegilaan budaya remaja Jepun sudah cukup utk melihat kemajuan yg kadangkala agak menjengkilkan. Maklum saja remaja disini kadangkala berpakaian mengikut rentak kartun, rentak komik, rentak warna kehidupan.

Kami bertiga sebenarnya ke sini. Sebenarnya yg ditaja Aishah dan Ayie. Sayang sekali isteri Ayie tidak dpt bersama atas sebab visa. Kami tiba sudah agak lewat. Kota ini sebenarnya agak mahal living cost. Namun memandangkan tajaan kami menaja segalanya semua itu bukan bebanan. Kami menaiki bas ke kota Tokyo dan dalam kegelapan malam yg dibasahi renyaian hujan,kota ini penuh dgn cahaya lampu neon. Kiri dan kanan tulisan Jepun. Akhirnya sampai ke hotel yg dituju. Hotel nya boleh dikira selesa dan agak padat. Cukup lengkap sifat hotelnya, namun ciri kekabinan yg padat terserlah terutama dibahagian bilik mandi yg seperti kapsul. Sesiapa yg pertama kali ke Jepun pasti teruja dgn kencaggihan tandas disini. Tiada negara lain yg memiliki kegilaan menjadikan semua barangan berasaskan eletronik, termasuk tandas. Tandasnya dipenuhi butang eletrik mekanisma tandas, anda boleh memilih air panas,ais sejuk dan peralatan membasuh secara automatik. Canggih.

Sebenarnya program kami disini padat. Kami akan berjumpa dgn Prof. Komiya dirumahnya. Menaiki kemudahan awam dinegara maju amat jauh bandingannya dgn negara kita. Setiap saat merupakan ketepatan yg diukur dgn jitu. Perjalanannya tidaklah sebegitu lama. Cukup untuk menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi dikiri kanan. Sambil melihat nilai moral yg tinggi penduduk Jepun. Rakyat Jepun memiliki identiti tersendiri. 2003, mereka sudah bercakap dgn telefon bimbit dgn melihat skrin. Mereka tidak pedulikan Nokia,mereka memiliki teknologi tersendiri dlm bidang komunikasi. Kiri Kanan dipenuhi manusia yg bercakap dgn telefon masing masing. Cukup gila. Belum lagi melihat remaja mereka berpakaian, yg akan diiktiraf sbg gila kalau di Malaysia. Disiplin rakyat mereka cukup tinggi. Menanti train di subway cukup membuktikan mereka berdisiplin. Dalam selerakan menunggu, tiba shj keretapi, mereka sudah bersedia dlm barisan yg cantik. Hebat, mana ada di Msia disiplin sebegini. Tidak ada tolak menolak, tidak ada berhimpit. Kami akan menjamah makan tenghari dirumah Prof. Komiya. Sebut soal makan sudah tentu ada halal haramnya.

Nasib baik Komiya cukup faham dgn budaya kami sebab dia sendiri sudah tinggal di Msia utk beberapa tahun. Kami dijemput oleh nya dengan menaiki teksi. Terpegun melihat pemandu teksi yg sudah berumur,cukup tua untuk membawa kereta. Namun dalam teksi mereka dipenuhi dgn gadget dan touch screen. Hebat sungguh kegilaan teknologi disini. Pertama kali menjejakkan kaki kerumah org Jepun. Rumahnya agak sempit, 3 tingkat. Cukup utk 2 org , beliau dan isterinya. Rakyat Jepun tidak memiliki ramai anak. Ditingkat tgh ada bilik kerja Komiya. Berpadanan dgn statusnya seorang Professor. Biliknya dihubungi fibre optic cable. Masih muda teknologi ini utk negara kita dimasa ini. Namun mereka sudah memiliki teknologi fibre optic dari rumah ke rumah. Kami bertemu dgn isterinya. Bersembang dan sebagainya. Sekali lagi meminta utk menggunakan tandas. Wah rupanya tandas dihotel tadi sudah menjadi budaya orang Jepun. Tanda dirumah ini dilengkapi dgn pelbagai butang. Dibaluti bulu baldu diatas frame mangkuk. Janggal sekali utk menggunakannya, takut kotor. Takut basah. Tenghahari kami dijamu sushi dgn nasi. Pertama kali menyentuh daging ikan mentah. Terasa loya. Green tea juga merupakan air wajib bagi rakyat mereka. Selesai menjamu selera,kami meminta diri utk bersolat.

Petangnya Komiya mengajak ke pekan berdekatan, melihat patung terbesar dan melihat pekannya dgn lebih dekat. Kami menunggu diperhentian bas berdekatan dirumahnya. Apa yg mengkagumkan, diperhentian bas ini ada selonggok payung yg disediakan dibekas khas. Sesiapa shj boleh menggunakannya dan meletakknya kembali bila pulang nanti. Bayangkan tahap disiplin penduduk disini. Malas nak bercerita panjang. Kami kembali ke hotel. Keesokan hari kami akan ke NTT. Gergasi telekomunikasi terbesar Jepun. Mudah sebab adanya Komiya, kami akan dibawa ke 'secret lab'. Sayangnya kami tidak dibenarkan merakakam sebarang bahan pameran. Kami dibawa melihat R&D terkini dari sini. Bermacam kegilaan dalam merekacipta. Yg masih segar diingatan bagaimana teknologi broadcast ke plasma skrin 42 inci dipancar melalui cahaya yg membawa data. Kita boleh menyekat cahaya dgn jari dan melihat bagaimana data terputus. Kegilaan dalam bidang robotic mmg tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian menjadikan robot sebagai teman hidup warga tua disini juga ada dipamerkan. Maha hebat pencipta kita, Allah menjadikan manusia yg menggunakan ilmu utk kebaikan kita. Mereka yg menyanjungi ilmu, membuat kajian tidak dapat tidak akan mendahului semua bangsa lain. Sayangnya budaya ini sukar didapati dlm masyarakat kita. Kita terlalu jauh ketinggalan. Terlalu jauh. Bukan hendak memandang rendah tapi hakikatnya. Pergi dan lihatlah dunia. Bayangkan ilmu yg digunakan ini hanya sedikit shj daripada Nya. Keesokannya sesi bersantai ke Disneyland. Sayangnya kami berdua shj tanpa Amir. Kalau bawapun belum tentu dia faham maklum saja 3 bulan umurnya. Utk memasuki Disneyland selalunya hendaklah diperuntukkan selama sehari. Memang sehari baru habis semuanya. Berpadanan dgn kos utk memasukinya. Secara peribadi kalau memiliki wang yg lebih pergi dan lihatlah teknologi taman tema tersohor ini. Lihat bagaimana manusia menggabungkan kreativiti, teknologi dan seni dalam satu hiburan keluarga.

Malas utk menghuraikan lebih panjang mengenai Disneyland. Berada dlm taman ini umpama berada dlm taman ilusi dan fantasi. Lagu latar Disney yg memenuhi ruang taman sebesar bandar Kuala Terengganu ini cukup menjadikan ia tertutup dan fokus dpt diberikan oleh penciptanya. Sesekali didatangi dgn watak watak Disney, sesekali didatangi hiasi dgn parade. Cantik sekali. Solat tidak menjadi masalah,dalam taman ini ada byk tempat rehat,tempat santai. Cari shj ruang kosong dan solat shj. Tiada siapa peduli. Memang berhajat suatu hari nanti hendak membawa anak anak kami ke sini. 2007, impian kami tercapai, kami membawa anak anak kami ke Disneyland Hong Kong. Amir, Akif dan Afiq. 2009, sekali lagi Disneyland Paris. Yang paling menarik acara puncak Disneyland adalah tarikan bunga api berlatar belakangkan istana Disney. Ini trademark Disney. Taman ini amatlah sesuai utk anak anak. Anak anak pasti menjadi 'gila' kesana kemari bila berada didalamnya.

Tontonlah mana mana ceritanya ,mesti ada trademark ini. Tapi kali ini dapat lihat secara live dihadapan mata. Perlu diingat sehari hari ada ribuan pengujung ke Disneyland dan taman ini tidak pernah ditutup walaupu sehari dlm setahun. Hebat sekali sistem pembaikpulihan mereka. Senibina taman direka dgn begitu teliti. Segala warga kerja berhubung dibawah tanah. Taman ini sebenarnya berada diatas pejabat kerja. Disney tidak mahu pengunjung melihat belakang tabir. Beliau mahukan taman ini bersifat taman secara holistic.Kami pulang bila Disneyland melabuhkan tirainya utk hari ini. Keesokan harinya kami pulang ke tanahair.

Pengalaman di Jepun cukup memberikan makna yg mendalam bagaimana ilmu bila dimanafaatkan oleh kuasa yg bijak dan baik akan mendatangkan manafaat kpd rakyat. Selamat tinggal Tokyo. Hajat dihati utk ke Osaka,apa ada disana? Universal studio. Namun Osaka terlalu jauh. Mungkin bukan rezeki. Ya bidang saya menjadikan saya terlalu taksub dgn Universal Studio kerna ia menyajikan puluhan integrasi teknologi dan seni.

maingate

Tagged as: , No Comments
17Feb/100

Leeds, N Castle & Edinburgh

Gambar last trip to Leeds & N Castle, visited few friends

Edinburgh-visiting Nazli & Danny

Tagged as: , No Comments
3Aug/090

India Part 1

my humble works

or click here for independent gallery

Tagged as: , No Comments
2Aug/091

Day 1- KL -Chennai- Mumbai

Ketika nota ini ditulis kami dalam perjalanan ke Goa dari Mumbai.

18-Jul-09
Bangi

Semalam,PAgi lagi kami dah bangun.Barangan yg hendak dibawa sudah siap dikumpul. Dalam backpack dan suitcase. Sparuhnya makanan.sparuh lagi pakaian. Satu beltpack utk kamera, 2 Dslr satu utk backup.Satu 12-24mm wide angle.Satu DV cam. Kalau tak bawa barangan ini maknyanya tidak bermakna trip ini.Hari ini jam 5 pagi,semua dah siap cuma menunggu Azrul bangun hantar kami ke stesen erl putrajaya.Kami sampai tepat 5.45pagi,lima minit sblm erl sampai.Nasib baik check in dah boleh buat online so kami kena check in 65min sblm berlepas.Selesai tugasan dikaunter kami terus ke laluan imigresen dan solat subuh di balai berlepas.

preparing some gears

preparing some gears

7-50 kami selamat berlepas,sebelum menjejak kaki keperut kapal terbang,Aishah melepas rindu menelefon anak-anak di kampung. Bunyi riuh rendah,masa utk santapan pagi.Tak sempat ayahnya nak bercakap lagipun setiap hari dah menelefon bertanya khabar.
Selalunya melepas rindu bersama sidompok, Afiq. Banyak dah dia bercakap,bertanya,yang selalau diulangnya soalan kenapa. Hari ini mereka hendak berpicnic, tok ma cakap kesian budak-budak duk rumah,so nak bawa mereka pergi ke pantai. Lagipun mereka belum kepantai sejak balik Msia.
Terutama Afiq yg belum kenal pantai.

Chennai

they have maggie booth in Chennai airport!

they have maggie booth in Chennai airport!

Kami tiba di chennai dalam jam 9 lebih waktu chennai. Perjalanan kami 4.30 jam cukup membosankan, namum tidak sebosan perjalan ke Glasgow, 14jam! Suasana airport kelam kabut, berasak-asak utk scanning H1n1, tak ubah macam orang berebut membeli tikit wayang,semua nak cepat,semua nak cabut secepat mungkin.Chennai airport boleh diklasfikasi antara airport paling cabuk,tidak organise.Pegawai berkuasa ada yg berselipar,tidak nampak kekemasan pada tubuh mereka.

not sure we got this tractor-like vehicle at KLIA

not sure we got this tractor-like vehicle at KLIA

Walaupun airport ini utk transit,kami terpaksa check out semua barang utk inspection.Menjejak kaki keluar balai ketibaan,mengundang pelbagai olahan kehidupan orang di Chennai. Mak cik tua, dalam 60-70an memegang lidi penyapu membersih kawasan luar balai ketibaan,memang itu kerja mereka. Tidak ada buffing machine, tidak ada hoover, mereka menyapu kawasan airport ini dgn lidi, satu keunikan yg tidak akan dijumpai di mana-mana airport spt Narita, Frankfurt maupun Barcelona.Ini keunikan pertama dibumi India.

Kami tak lama,jam 12+ kami akan berlepas ke Mumbai.Mumbai memakan masa 1jam 30min.Menaiki jetairways konnect umpama menaiki airasia.Makan minum semua kene beli,kecuali 2 botol mineral yg dapat percuma. Tidur merupakan teman terbaik utk perjalanan singkat ini.

Sebelum flight menjejak kakinya ke bumi Mumbai, kami melihat slum area. Slum area ini merupakan antara tempat pengambaran Slumdog millionaiore. Hodoh, buruk dan sakit mata memandang, tapi pada diri ini itu semua yg dicari selama ini.

cool job, bomb unit

cool job, bomb unit

Pengalaman ini mahal kerana sudah puas melihat hutan batu yg mencakar langit dari Dubai hingga ke London.Dalam longgokan atap buruk,berdindingkan plastik compang camping,berhimpit dgn sampah sarap. Ada ribuan kehidupan dicelah celah kesesakan itu. Ada lalat yg menumpang makan najis manusia, ada lipas yg mencari cebisan makanan,ada tikus tumpang tidur bersama,sayangnya kami tidak dapat mendekati mereka kerana melihat dari awangan.

keunikan slum area,tiada beza spt yg dipaparkan didalam slumdog millionaire

Mereka umpama tikus berwajah manusia. sekiranya dapat peluang memasuki kediaman sebegini belum tentu Aishah ingin mengikuti. Minat merakam kehidupan manusia melalui lensa,menjadikan minat mendalami susah payah kehidupan manusia dan warna kehidupan mereka.

Sampai di MUmbai dalam 1.45ptg,kami sambut oleh Dr Sumbul walaupun hampir 1 jam kami menunggu kerana terputus hubungan. 3 mobile UK tak bleh pakai,begitu juga celcom kerana tak activate roaming. Usaha demi usaha akhirnya kami dapat tukaran wang kecil utk menggunakan public fon.

Kedatangan kami disambut terdahulu oleh Mumbai Bomb unit. Tidak terfikir kami berdiri dekat dgn unit pemusnah bom. Melihat dgn dekat cara kerja unit pemusnah bom, umpama apa yg dilihat didlm movie.Menggunakan baju kalis bom,anjing pengesan. Cukup utk menakutkan kami sekiranya berlaku perkara yg tak diingini. Dalam kepala macam macam bermain, sekiranya letupan besar berlaku selamat ke, sempat ke nak menyorok. Memang byk benda dibayangkan. Airport Mumbai lebih terurus dan teratur. Sumbul datang dgn suaminya Mohit. Baru berkahwin tahun lepas. Dalam perjalan ke rumahnya di east wadala. Byk keunikan hidup kami pelajari. Keunikan ini tidak dapat dibeli, tidak sama ditonton dalam wayang,tidak serupa dgn apa yg dibaca. Keunikan ini mesti dilalui dgn mata,didengari dgn telinga,dihidu dgn hidung.

Kami sendiri tidak pasti dgn route perjalanan kami kerana, Mohit akan pergi test drive kereta,so kami menghabiskan masa mengikut perjalanan mereka. Kami dapat menikmati free sightseeing. satu persatu keunikan kami lalui. Dari laluan pejalan kaki, kaki lima, tepian jalan sibuk di Mumbai, melihat pelbagai taraf hidup manusia. Ada rumahnya dibuat dari cebisan plastik, ada dari cebisan kotak,ada dari cebisan kertas. Paling daif tidur saja ditepi jalan berbumbungkan lebihan atap bangunan.

Dari anak kecil, ke ibu ke anak besar.Golongan ini golongan yg bukan kais pagi makan pagi, sebab apa yg dikais belum tentu dapat dirasai. Daif nye kehidupan mereka. Dari tingkap kereta melihat wanita dan anak kecil meminta minta,menunjukkan simbol tangan kemulut. Tangan anak kecil itu penuh dgn kudis buta. Tidak ada pampers dikenakan pada tubuhnya. Ada bajupun sudah cukup memadai. Anak kecil ini tidak faham apa apa tapi sudah pasti anak kecil ini lagi berpengalaman dari kita utk nya tidur dijalanan,dibawah laluan konkrit. Mereka ada ramai jiran,mereka ada datuk nenek. Semuanya mengharap rezeki dr langit.

Itu satu episod kehidupan dari satu sudut di Mumbai, Kami meneruskan perjalanan, entah kemana tak tahu, yang pasti kami menikmati satu perspektif kehidupan yg sukar bagi mereka yg bernama manusia. Kehidupan mengajar keperluan asas hidup adalah makanan,tempat tinggal dan pakaian. Namum bagi mereka ini semua tidak cukup. Bukan sekadar tidak cukup namun tidak ada langsung. Hidup sehelai sepinggang.Namum hidup mesti diteruskan selagi ada nyawa.

Disatu jalanan mata terhenti melihat himpunan manusia berlatar belakangkan kotak-kotak rumah yang compang camping berselang deretan kedai batu usang. Mereka berhimpun dari cucu, ke anak ke muda mudi hingglah nenek moyang. Dijalanan ini tempat mereka, bersama, melepak,bermain,berjiran. Dari satu sudut ada anak kecil sebesar Afiq sedang membuang air, sudut seterusnya ada seorang lagi anak kecil sebesar Akif membuang air besar,dan seterusnya berselang seli dgn anak-anak kecil membuang air kecil dan air besar menghadap tingkap kereta kami.

Ada yg berduet membuang air, ada yg bercakap sambil membuang. Bagi mereka membuang air bagaikan melepaskan hajat biasa, selesai hajat biarkan ia kering disitu. Unik, itu saja yg aku boleh katakan, dari Kota Singa hingga ke hujung kota  Oban di Scotland, belum pernah melihat deretan manusia kecil membuang najis mereka ditepian jalan.Mereka berkaki ayam. Tidak ada siapa yg marahkan mereka.Tiada siapa yg pedulikan mereka. Di situlah jamban mereka, dan disitulah taman permainan mereka. Tidak ada beza buat mereka. Hidup mereka cukup mudah. Malam tidur,siang hari mencari makan dan bermain. Selepas deretan manusia membuang najis, terdapat deretan najis kering di jalanan.

Dari satu simpangan, Mohit melencong ke satu arah, katanya short cut. Samar samar dr depan kelihatan bumbung daun berstruktur  gerbang menanti kami. Kelihatan muda mudi India menanti kiri dan kanan menghulur tangan. Rupanya ini tol milik persendirian. Melaluinya memerlukan IR15 (RM1).Jalanannya penuh dgn lopak,lubang dan tanah merah. Kalau berselisih kene berhati-hati. Terutama dgn auto ( beca bermotor roda tiga). Akhirnya kami sampai ketempat test drive,kami turut serta menjadi penumpang memandu uji Hyundai Sonata, versi baru. Tapi used car.Harganya dalam USD12K utk umur yg 3 thn.

Selesai tugasan memandu uji,kami ke McD. Dalam diri mengharap makanan tradisi India, namum buatan di warung tepian jalan kurang menyelerakan dr segi kebersihannya. Selera ada tapi melihat penyediaannya yg bersahaja, sambil berkongsi dgn urungan lalat, terus mati nafsu makan. Takutkan sakit perut melebihi nafsu makan. Mohit cakap kalau mahu selamat, McD boleh berikan jaminan selamat.

Selesai mengalas perut,kami ke shopping mall. Disini shopping mall yg moden byk terdapat di new mumbai. Tidak byk yg boleh diolah sebab shopping mall disini sama saja dgn Malaysia. Byk jenama dr UK berada disini.Kepenatan terserlah dr muka kami. Memang penat,tidak apa yg dibeli cuma sebungkus roti utk bekalan esok ke Goa dan 5 DVD tape utk rakaman warna kehidupan di India.

Dalam perjalanan ke Wadala,rumah penginapan Mohit dan Dr Sumbul, mata ini berselang seli terlelap. Memang letih dan mengantuk. Kami tiba dirumah mereka dlm jam 9malam. Rumah disini agak mahal. Saiznya kecil dr rumah kami di Cyberia, harganya hampir 2.5 kali ganda. Memang rumah di Mumbai mahal.Lagi mahal dr Delhi. Kalau nak rumah murah,mungkin boleh cuba rumah kotak,berbumbung plastik.

Rumahnya cantik, menghadap ribuan kerlipan lampu struktur kilang petroleum,sekali pandang macam Dubai.Luas deretan lampu itu.Malam ini kami habiskan dgn berbual mengenali India dgn lebih dekat.Pelbagai dibualkan. Perasaan ingin tahu dgn lebih mendalam berkaitan slum area dan apa yg kami lihat tadi diulas mendalam oleh Mohit. Sumbul menyediakan dinner kami. Sebenarnya kami tak kisah samada ada dinner atau tidak sbb malam sudah tua. Memandangkan dia menyiapkan hidangan hendak juga merasa makanan tradisi India.

Mohit memberitahu, kehidupan yg kami lihat tadi adalah sebahagian dari rencah hidup masyarakat di Mumbai. Dulu nama lamanya Bombay. Mereka yg tinggal dikaki lima,jalanan kebanyakan yg berhijrah dari tempat lain lalu merempat disini. Tidak ada siapa yg mahukan kehidupan sebegitu namun, pabila hidup mendesak, mereka terpaksa mengambil himpitan itu sebahagian dr hidup mereka. Hidup dalam sampah sarap, bercampur baur najis,meminta dr yg ada, bukan mudah. Berat melihat bahu mereka memikul bebanan kehidupan ini. Kita jauh lebih baik, menikmati kehidupan yg selesa.

Anak-anak kita mungkin tidak faham dan tidak tahu ada kawan kawan mereka hidup sesusah ini. Tidak ada limpahan permainan, tidak ada katil empuk, tidak ada segalanya. Namun mereka ada cerita hidup tersendiri. Bercakap soal bantuan kerajaan, bukan tiada, ada namun yg sampainya entah kemana. Rasuah tinggi disini. DInegara kita rasuah tinggi juga, namun dalam-dalam rasuah projek masih berjalan cuma kalau kos 1 juta jadi 2 juta tu perkara biasa kerana rakyat kita bermurah hati. Paling -paling runtuh bumbung, bocor, retak, itu saja bahana rasuah negara kita. Tapi negara ini rasuah menyebabkan bantuan tidak sampai.

Kami bercerita soal monsoon. Memang musim lawatan kami tidak sesuai utk berjalan. Hujan boleh turun bila bila masa, dan hujan sekejap saja boleh banjir besar. Banjir besar pernah berlaku di Mumbai pada July 2005. Dgn sistem longkang terbuka, dan najis merata bayangkan sekiranya berlaku banjir. Sumbul pernah melalui pengalaman berendam kaki dalam air banjir disini. Bayangkan najis najis terapung,sampah sarap tenggelam timbul. 1001 penyakit dibawa oleh air bah ini.Cukup utk meloyakan sesiapa yg mengalami pengalaman ini, tambah lagi pengalaman pertama.

Tapi kata Sumbul bagi mereka yg sudah berpengalaman dan tinggal dalam kedaifan hidup, banjir merupakan perkara biasa, bagi mereka umpama kolam yg melimpah utk bermain beramai-ramai. Pengalaman pertama Sumbul berdepan dgn hakikat ini cukup utk menitiskan air mata. DI besarkan diluar negara, tidak pernah terfikir utk kembali bermastautin disini, ketiga-tiga adik beradiknya bermastautin di US. Hanya dia yg kembali bermastautin disini kerana ibubapa mereka sudah bersara. Bagi Sumbul berdepan dgn kerumitan banjir, semua operasi terhenti, keretapi, kereta,semua terpaksa mengharung air, yg kadangkala sampai ke paras dada. Masa untuk menunggu air surut boleh mencecah 1-2 hari. Ada kawannya yg duduk didalam kereta selama 17 jam. Kita hanya mengharung air kolam diparas dada bukan air beracun.

Malam sudah tua, dan mata sudah tidak berdaya melawannya. Kami cuba menghubungi Msia melalui voip, namun gagal. Kami bersiap utk ke Goa esok, separuh barangan akan ditinggalkan disini.
Kami akan bertolak pagi kerana keretapi akan bertolak jam 7-10pagi. Tak sabar rasanya menanti pengalaman pertama menaiki keretapi di India. Sebelum ini hanya mampu meilhat di kaca tv. Sekali sekala teringat akan anak-anak di Msia.

Jam didinding menunjukkan angka 11 malam. Sumbul bertanya sekiranya kami hendakkan mango ais krim,hendak menolak, teringin merasa,kami tewas dgn nafsu makan,semangkuk mango ais krim cukup sedap seperti yg diberitahu sebelumnya.<Photo 1><Photo 2><Photo 3><Photo 4>

26Apr/090

update dr dubai

aku paste dr fotopages nye site, ni baru aku dapat access server UK,something wrong dgn network kat rumah Khairul.

Dalam Flight

Aku menulis diatas flight ke dubai,tak lama lg kami akan sampai ke dubai,smalam k as ajak dinner rumah dia,kecoh banget jek, happening cam biasa la kalau gathering 4-5 family.

najla fajar kekanda arwah amir yusof-konvoi balik msia

najla fajar, kekanda arwah amir yusuf

membedal maggi kering di glasgow airport

membedal maggi kering di glasgow airport

pastu k cik plak call suh gi rumah dia, memang tight juga schdule sblm balik,slalu kalau org balik for good, mmg tiap2malam la org jempu dinner,tp kami balik kjap je,just nak puaskan hati,lama x puasa dan raya kat msia.thanks byk2 kat yo yg tumpangkan kami dirumahnya utk 3 malam.budak2 membelasah ps3 sakan.

mainan budak zaman skang

kete aku tinggalkan kat nazri,cuma aku tambah additional driver dlm insuran aku,tu sudah mesti,setiap kete yg kita bawa seme kene insured,means x leh nak pinjam kete sesuka hati kalau kat uk. byk dah member kantoi kes pinjam kete.

Dubai

kat dubai ni aku x tau mana nak visit seme bergtg pd org dubai utk tunjuk ajar.aku balik skali dgn fajar n family.

so tak la sunyi sbb ada member walopon budak ni pun dah cukup buat aku srabut kpala.emirates ni mmg bagus flight dia, convenient sbb depart dr glasgow.aku akan mula merindui summer di glasgow.time ni paling ramai akan bercuti dan holiday,ada ke england,ada ke wales, ada juga travel europe.aku tukar seat dgn aishah duk tepi tingkap,sayu sayu nampak kerdipan lampu umpama pasiran dipantai.kota ini kota kemewahan,kota kegilaan membina bangunan yg gah.tertinggi,terbesar,terpanjang.

si dompok on board-budak paling ceria dlm flight

si dompok on board-budak paling ceria dlm flight

Tapi sekarang aku dgr semuanya slow akibat ekonomi dunia slow.penatnya bulan ini hampir sebulan aku berjalan dr uk ke ireland ke dubai ke malaysia, lepas ni keindia dan sri lanka pulak.pastu balik semula ke uk.kapten sdah mengumumkan ketibaan didubai.kami akan berpisah sketika dgn fajar,anis,najla.so jumpa di msia,kita lepak kat serkam,melaka.di dubai kami menetap di the greens,rumah kawan aishah.sekian laporan dr atas udara.

Jumaat di Dubai

hampir 3 minggu aku tak dpt berjumaat, duk jama dan qasar sj,kerana berada dijalanan,hari ini aku mengambil kesempatan utk berjumaat di dubai dgn khairul di masjid di the greens.semalam kami round bandar dubai,byk tempat dibawa khairul, dr burj,alantis,the palm,semua tu mercu tanda dubai dan ikon dunia.bandar ini cukup happening waktu malam dah terasa hawa malaysia dr kelab malam ke tempat lepak ke tempat santap hinggalah ke tempat santai di pantai tepi burj arab.

bandar ini penuh dgn manusia dr berbagai bangsa,memang multiculture.dr hitam ke putih semua org dtg menimba rezeki.sayangnya mengikut kata org sini,diskriminasi tetap berlaku,bagi yg berkulit putih,hidung mancung sudah tentu lebih terjamin dan habuannya lagi tinggi walaupun kurang pendidikan.ramai warga british disini,memang tak nafi setakat ini aku cukup selesa dgn cuaca begini,maklum saja tiada jumper,sweater maupun jaket harus disarung,senang tak serupa uk yg kena berlitup 2-3 lai baju sebelum keluar rumah.Mungkin awal lagi selesa dgn cuaca ni, sbb ikutkan cuaca sini boleh cecah 50C.

budak-budak tak payah ckp,semua seronok asalkan ada game, tempat main, bagi mereka outing tu membosankan kecuali pergi park, tapi kat sini tidak spt UK ada park byk.

main pasir kat playground di the greens ,dubai

main pasir kat playground di the greens ,dubai

sand castle

sand castle

230420092701

Sini penuh dgn Mall, Souk. Ini attraction utama Dubai. Aku memang tak amik pot pasal shopping sbb aku rasa, takde mende dah aku nak shopping, lagipun kat sini barang bleh tahan mahal, masih takleh challenge UK.

15Apr/094

2 weeks on the road

Nota: Masa aku menulis ni aku di lounge ferry, takde wireless kat tgh lautan ni, mungkin kalau ada pun utk staff kapal. So bukan staff duk melepak offline. Ni on the way nak balik ke Liverpool,rumah Shaiza lagi. Apa yg ditulis disini hanyalah rakaman tulisan dan visual, melihat sendiri keagungan ciptaan Ilahi dgn mata sendiri amatlah lain perasaannya. Yang di letakkan disini adalah pengalaman kami berjalan sepanjang 2 minggu,ni memang trip paling lama non stop pernah aku buat, mungkin persediaan sebelum jelajah Europe, semua bergtg pd rezki. Tahun depan masih belum diketahui apa rezeki kami. Kita tunggu dan lihat. Trip ni memang penat, bayangkan driving 2 minggu non stop  di siang hari. Malam saja utk tidur, Alhamdulillah semenya sihat satu family, so kami cukup enjoy triip kali ni. Sambungan dr Lampeter

Bath

Di Bath kami tidak byk melepak, sekadar mengambil syarat utk berehat. Kota Bath merupakan peninggalan Roman yg masih segar visualnya. Dari Bath  kami ke Plymouth, sampai agak petang.

sibulat di Bath

sibulat di Bath

5 6 7 April 09 Plymouth

Disini kami tinggal di rumah Noris.Parking agak susah kat sini sebab kene dapat permit kalau resident. Tapi kami berterima kasih byk-byk kpd Noris/Saiful kerana menyediakan tempat rehat,makan,minum, jutaan terima kasih. Kami lepak 2 malam disini. Actually Noris sebenarnya bekas client wedding di Msia,jumpa balik di UK tapi dgn penambahan seorang lagi ahli keluarga baru, anak perempuannya Aishah. Sampai petang tu,baru aku tahu begini rupanya Plymouth, pekan pelabuhan yg agak besar. Tahun 85 ayah aku  pernah lepak sini  3 bulan dgn foster family, mat salleh. Nasib baik aku tak ikut sama, lagipun 3 bulan apa sgt yg boleh buat masa tu aku darjah 4. Aku sendiri berpeluang datang Plymouth dgn anak-anak aku masa umur aku dah cecah 34 thn. Bandar ni nampak peaceful, Plymouth ni bahagian bawah UK dah. 6 April kami ke Model Village, stok model rumah miniature. Mulanya nak ke Land's end. Tapi  baca review cam tak best sgt so  takpelah next timela.

dompok at models village babbacombe

dompok at model village babbacombe

amir and akif

amir and akif

sessi sumbat perut-thanks to noris/saiful for tea and scorne
sessi sumbat perut-thanks to noris/saiful for tea and scorne

our family and noriss family

our family and noris's family

Southampton

Ini kota pelabuhan, cantik dgn cuaca yg panas berangin. So umpama duduk dibilik aircond dgn kipas terpasang dibawah matahari terik. Kami berkelah dibawah pokok, aku tak de  selera sgt nak makan sekadar membedal mana patut. Yang paling syok selalunya budak-budak. Paling susah nak kawal,macam lipas kudung, takleh imagine kalo budak ni balik kampung nanti, mesti syok main kat tanah.Penat la tokma,tokpa nak layan kerenah budak-budak ni. Dalam jam 3ptg kami berangkat ke Surrey.Macam biasa budak 2 org tu, Amir & Akif tgh melayan gameboy, sorang lagi terbongkang tidur,kalo bangun, minta makan,minum pastu nak ke toilet. So kalau berjalan jauh cenggini kene sabar byk2 sebab budak-budak memang susah nak kawal. Nasib baik kat sini services (R&R) memang byk. dalam 20-30miles mesti ada satu, so takkan terkucil dalam kete.

7 April 09 Surrey

Kami sampai di SUrrey dalam lewat petang, tapi cuaca spring maghrib lewat. Isyak dalam dkat pukul 10 mlm. So lepak rumah K Su di kediaman university. K Su kawan rapat Aishah di MMU, dia ikut husband dia pursue Phd di sini.Rentalnya memang mahal, GBP800 sbulan. Surrey ni dalam dekat dgn London so memang tak pelik utk harga sewa camni. Di Glasgow 800 tu dah dpt rumah yg mewah.Rumah kami sewa dulu pun dlm 580. Memandang hari masih muda, kami ajak K Su gi ronda pekan Windsor, sini ada Windsor castle.

with K Su in Surrey

eye of surrey? main agak je

Antara castle paling cantik pernah kami lawati. Tgk gambar pun dah cukup, malas nak citer panjang-panjang. Kebetulan ada sungai ditepinya memang lagi menarik ditambah pula dgn Eye of Windsor, ala-ala eye of London. Parking pun tak lama, dalam 1 jam, abis dlm Gbp2.70. Bleh tahan, parking plak takde free walaupun sampai ke pagi,pendek kata 24 jam kene bayar parking. Memang bandar pelancongan. Balik tu plan nak ke ASDA, hampes btul sbb tersalah alamat, mau 30km pergi saja. Last tukar direction GPS pusing balik ke rumah K Su. Kbetulan husband dia pergi course dalam 2 minggu so tinggal la dia dgn anak pompuannya yang berkebetulan nama Aishah juga. Malam tu kami dijamu dgn gulai ayam. Memang best sebab lapar tahap dewa. Pastu tidur pun memang neynyak banget. Esok pagi kami bersiap utk ke Liverpool. Perjalanan ke Liverpool dalam 3jam.30min.

Birmingham

Sebenarnya tak rancang utk berhenti di Birm, tetiba teringat pulak kat Jayzul. Saja try call kut dia ada rumah bleh aku berhenti rehat ngan smayang jap. Loo kebetulan nasib kami agak baik, esok dia nak start gi holiday.

services-on d way to birm

services-on d way to birm

Dkat sampai rumah dia aku terpandang sorang mamat ni rambut afro tgh jalan tepi kaki lima, skali baru perasan rupanya Jayzul, nak pecah perut aku gelak. Memang lu mat London a beb. Rambutnya belum ni pendek, skang dah afro macam david arumugam. Gerek seyh. Sampai je rumahnya, takde org,rupanya Oli, wife dia baru on the way back home. Tgk dia duk menolak baby Fatimah dgn Aishah (Aishah lagi) dlm pushchair. Loo kami sampai dulu rupanya. Rumahnya agak besar tapi jadik sempit sbb penuh dgn barang ebay ngan carboot. Gilos shopping sakan mat nih. Dari imac, G5 ke hapa tah aku tak amik tau sgt penuh rumah. Buggy saja aku rasa dalam 8-9 bijik,memang kalah kami. Car seat ada dalam 7-8 bijik aku rasa, baby carrier/sling tu ada dlm 3-4 bijik, toys takyah cakap penuh satu rumah. Ni seme penangan duk di UK . Murah punya pasal , beli jgn tak beli.

afiq membedal sebalang biskut utk naik kete,depan rumah jayzul

afiq membedal sebalang biskut utk naik kete,depan rumah jayzul

Sayangnya kami tak sempat ketemu Jayzul sbb dia hantar kete ke workshop, dia pakai A180, merz masa tu tahun lepas . Aku tolong bawak dia masa dia nak beli keta ni, double price dr kete aku, GBP2000. Aku nye MPV baru 1K, sayang sungguh aku kat kete aku ni. Byk jasa, walopon aku tak jaga sgt. Dgn kete nilah aku jelajah UK. Petang tu aku terus sambung journey ke rumah Dr Shaiza, member kamceng Aishah. Memang otai UK. Skang dia wat Phd di Liverpool.

Liverpool 8 April 09

Nih kali kedua kami sampai ke rumahnya. Sampai jam 8 lebih malam. Memang kebulur banget ni, asyik telan junk food dlm kete mana nak tahan. Memang lapar maut ni. Awal-awal lagi dah sound Shaiza kami memang lapar banget, ingatkan tadi nak pau si Jayzul, tapi dia tak settle lagi ketenya kat workwshop. Malam ni dijamu dgn fried lamb,ayam masak merah,pajeri , perghhh meleleh seyh. Sakan aku bedal. Lepas bedal lepak2 dgn husband dia ,sembang2 pastu ,smayang, tido.Belom tu budak pekena wii dgn Munzir. Munzir dah pakar wii dah. Aku ingat nak beli gak, tapi nak beli kat Msia sbb offer dia mnarik,maklumla kat Msia versi crack nye, pastu free gamenye byk. Msia seme boleh, kat sini mana leh main game haram. Malam ni tidur lena sebab esok nak ke Ireland dgn ferry. Malas nak naik flight sbb tak adventure dgt naik flight, so naik ferry best skit, adala 7 jam dr Liverpool ke Dublin. Masa aku menulis ni aku duk dalam deck 68, kami sewa satu bilik ada 4 katil, oo lupa Kak As join kami dr Glasgow dia turun ke Liverpool so trip kami kali ni bergeng 2 kete.Ok aku malas nak tulis dah nih, sebab netbook aku nak kene caj Kak As, Azmi ngan Aishah seme dah lena dibuai ayunan cruise di tengahari. Aku nak join diorang bermimpi disiang hari. Nanti sambung lagi.

Dublin,Ireland 9 April 09

Pagi ni bangun agak awal sebab nak ke Ireland dgn ferry. So kami akan bertolak dgn ferry dr Liverpool konvoi dgn K As, guru besar Skolah Msia Glasgow, they all 4 beranak. Plan asal taknak ke Ireland, tapi K As ada call few weeks ago, cakap ferry ada offer,terus booking. Harga biasa cecah 300 Pound lebih,kitaorg dpt 50Pound, so kami meround satu Ireland dalam seminggu.

NORFOLKLINE

Dalam deck atas feri Norfolkline

Aishah ada member kat Ireland, dalam 3-4 org jugak, dalam duk melepak rumah Shaiza semalam ada lagi sorang menetap di Ireland. Ireland memang tempat pot doctor,sini pusat seme doctor melepak, cari makan dan kebanyakan member aishah, PR sini. So diorang bleh dikatakan otai-otai di sini. First rumah kami singgah di Tullamore.

ON BOARD

ON BOARD

DUBLIN

Rumah Dr Nurul Khasri (Sorry kalau salah eja). DIa dah lepak sini since 93. Dah PR sini dan dah jadi boss besar, consultant di spital sini. Rumah yg kami lepak ni rumah no 2 diorang. First house di Cork, esok kami akan ke sana. Di Tullamore tak lama kami lepak. Kami sampai Ireland di Dublin dulu then baru teruskan perjalanan ke Tullamore. Sampai bleh tahan la lewat petang.

Cork 10 April 09

On the way ke Cork kami singgah di Athenary dan Gallway. Buat masa skang aku susah nak recall, kene refer pada gambar nanti. Antara singghan wajib ialah Cliff of Moher ngan Limerick. Cliff of Moher memang cukup cantik,melihat kecantikan Ilahi melalui ciptaanNya ini sungguh cukup gah.Perjalanan ke Cork dalam 3 jam lebih tapi sebab byk menyinggah sampai lewat malam. Kebetulan  Ida ajak jiran diorang Dr Nazri dinner sama, maka tak sempatlah kami nak join sebab sesat plak malam tu, ntah camna GPS wat hal. Sebenarnya tak salah GPS sbb dia ikut short route so masuk la short cut,so gelap dan menggagau kami keluar balik. Akhirnya ketemu juga, sampai pun dah 10-30mlm. Dr Nazri masih ada dgn family dia, so sempat ketemu. Rumah ni cukup  besar, aku tak tanya plak berapa harga dia beli. Malam ni tidur nyenyak cam biasa, route utk esok di rekomen oleh Khasri memandangkan dia sudah pakar dlm tempat-tempat di Ireland. Mudah sekali sekiranya ada ramai kenalan di tempat asing sebegini, tambah lagi utk dapatkan tips, dos and donts.

depan rumah dr khasri di Cork

depan rumah dr khasri di Cork

DUBLIN

DUBLIN

Cork 11 April 09

Depan rumah Ida

Depan rumah Ida

Pagi ni breakfast kenyang-kenyang sementara bersiap ke destinasi yg direkemen, antara yg dilawati Ross castle,muckross house,ladies view,moll gap,kenmure dan kembali semula ke Cork. Kami terokai bandar Cork sementara menunggu senja berlabuh.

Athenry Castle, on the way to Galway.

Athenry Castle, on the way to Galway.

Londonderry 12 April 09.

Kami bertolak dalam 10 pagi utk ke Londonderry rumah Dr Azhan, Wani. Tahun lepas Wani datang Glasgow selama 2 hari masa tu kami ke Paris so bagi kunci rumah saja kpd mereka. Azhan tak join sbb yg join diorang masa tu semua perempuan,termasuk Mak Wani. Diorang travel sakan. SO this time merupakan kunjung balas . Perjalanan agak jauh dalam 7 jam. Sekali sekala mesti berhenti, makan, toilet, smayang, seme tu tak jadi masalah. Kami akan memasuki northern ireland hari ni. Semua dah bertukar sistem kembali kpd UK, dr sistem jalan,unit jalan dan style traffic. Nasib baik semua right hand drive lagi so taklah kekok sangat cuma matawang belah Souther Ireland menggunakan Euro. Sini living kos agak tinggi, bayangkan VAT 21% berbanding dgn UK 15%. Actually visit ke rumah Wani ni satu kejutan sbb tak ingat samada dah inform ke belom. last skali Aishah call wani, terkejut badak sbb tak expect kitorang akan kesana, nasib baik Wani ada stok nasik ayam. Pergh, sedap seyh jumpa Nasi ayam ireland. Kami sampai malam, dalam 9mlm, kebetulan Azhan on call, so tak berbual panjang tapi rumah diorang quarters hospital so boring kat spital dia balik rumah, takde problem. Kami tak spend byk masa kat sini amik gambar kat pekan Londonderry then terus pergi ke rumah Wani. Esok akan balik ke Dublin dan lepak di Travelodge utk menanti hari seterusnya pulang ke Liverpool.

Dublin 13 APril 09

Dublin merupakan 1001 kenang utk father in law aku sbb dia belajar disini dalam era 60-70an dulu. Arwah mak Aishah kawin dgn father in law aku pun di UK, zaman belajar. So aku cuma dgr cerita saja dr ayahnya pasal nostalgia di UK zaman tu. Dublin ni kami meronda lebih kurang saja sbb sampa lewat petang, tidur di travelodge not bad. Bilik pun ala hotel, tp tu tak penting sbb yg penting kami cukup tidur. Esok kami akan naik ferry balik ke Liverpool.

Dublin 14 April 09

Sebagai sentuhan terakhir di Dublin kami bangun awal skit sbb nak explore saki baki yg tak sempat semalam. Semua nya drop by yg singkat utk bergambar di bandar Dublin. Ferry kami dalam 10 pagi akan bertolak, so dalam jam 8 pg kami dah check in. Selamat tinggal Dublin, entah bila lagi kami akan datang lagi. Kalau datang pun mungkin utk ketempat yg belum kami lawati. Meter kereta aku pun dah cecah 100k miles,perjalan masih belum tamat. Kami akan tidur di Liverpool dan meneruskan perjalanan seterusnya esok ke tempat lain. Sekarang Aku melihat Amir cukup akrab dgn anak mat salleh atas kapal ni, siap main hide and seek lagi. Akif mmg kurang sosial, yg aku tau dia mesti dlm deck main nintendo. Afiq tumpang melompat sana sini atas ferry.

15 April 09 Liverpool

Meneruskan perjalanan ke Durham, sayangnya Ust Maszlee cuti ,balik Msia. So we all akan bermalam di rumah kawan Aishah disana, sebenarnya DUrham hanyalah persinggahan sementara nak ke New Castle. --Perjalanan terpaksa dibatalkan atas sebab Al-Attas ajak join majlis agama malam ni di Liverpool, so kami terpaksa tangguh utk ke Durham, kesian plak org Durham dah masak macam-macam katanya,aisyeh, takpe simpan esok kitorang akan sampai InsyaAllah.

6Dec/080

Paris

A footage done by auto editing,towards  the end ntah apa-apa nye shot

Kami ke Paris pada 21-23 Dec 08,kali ni agak berbeza sbb tokpa,tokma&che su ikut sama,sbulan Aishah study pasal Paris, Alhamdulillah semua berjalan lancar,mmg kalau bab berjalan respect utk isteri tercinta, kali pertama jejak kaki di Paris Beauvais Tille Airport sampailah ke Prestwick Airport di Glasgow tak pernah sesat. Semuanya smooth,thank God for this. Paris tidak spt Glasgow maupun London, memang betul apa yg digambarkan dalam filem Armageddon, sebuah kota yg padat dan besar sekali.

DSC_2137.JPGHajat dulu nak drive, nasib baik tak drive, sistem drive sebelah kiri,memang kekok. 2 malam 3 hari nye trip, tak leh nak expect too much. Ingat pula masa travel ke Jog Jakarta samalah macam ni,masa tu Afiq baru umur 7bulan, memanjat Borobodur. Mengah bapaknya mengangkut si dompok ini.

Berbalik pada trip kali ni, byk yg dipelajari especially travel time winter, memang cerewet, tambah pula bawa budak-budak, macam-macam kerenah. Walaupun budak-budak ni biasa berjalan jauh, perangai diorang mmg susah nak expect. Bekalan cookies, minum mesti kene cukup. Expect juga utk DSC_2074.JPGke toilet. Atau belasah saja mana-mana semak utk budak kencing :) . Org tua boleh faham lagi utk tahan, budak-budak ni memang menentionkan bila part toilet.

Dari Glasgow kami ke Paris, then balik ke Edinburgh, singgah di designer outlet Livingston. Kemudian ke Colchester, Essex utk ke London pada minggu kedua. Singgah di Killingstone utk makan dan sembahyang. Sampai agak malam di rumah Nazri, di Colchester. Esok bapak budak jaga anak kat rumah. Aishah bawak tok pa,tok ma & Che Su ke London. Balik dr London agak lewat petang. Keesokan hari singgah di Braintree designer outlet. Pukul 2 bertolak ke Glasgow.