our life in the uk life is a journey not a destination..

4Sep/100

raya preparation


"saja"

From raya 2010, posted by Izani Zainal on 9/04/2010 (14 items)

Generated by Facebook Photo Fetcher

Tagged as: No Comments
31Aug/100

phd

belajar

sebelum menjejakkan kaki ke bumi Britain ini,nenek pernah bertanya,buat apa lagi belajar,gaji dah cukup.duduk di Msia sajalah.

aku menghormati pendapat nenek,mungkin dia kurang memahami kenapa kita harus belajar.kiranya satu hari nanti anak anak ku bertanya perlukah belajar lagi,ataupun mau meneruskan belajar lebih tinggi, aku akan jawap sebaliknya berlawanan dgn apa yg nenek aku ckpkan. Bukan derhaka, cuma berlawanan pendapat. Kenapa?

Belajar adalah proses yg berjalan sepanjang masa hingga keakhir hayat. belajar tidak semestinya di menara gading, belajar dari pengalaman, belajar dari persekitaran,belajar dari alam.

phd

mengapa harus aku belajar hingga ke phd?

  1. kerana ikhlas dari hati utk memiliki ilmu setinggi ini demi agama, demi Allah
  2. bidang education, is nothing tanpa memiliki ilmu yg diiktiraf hingga tahap phd
  3. phd merupakan pengkhususan, pengkhususan yg kita specialise dlm bidang tertentu yg menjadikan kita sbg pakar  utk dirujuk

ada hujah hujah dangkal berkata, semua tu duniawi. Betul. Kalau duniawi, jgn belajar bab dunia, tinggalkan saja,jgn kerja sbg arkitek sbb itu duniawi, jgn jadi engineer, sbb itu duniawi, jgn jadi doktor sbb itu masih duniawi. cetek sungguh berfikir sebegini.

agama adalah asas kehidupan, utk hidup dijadikan dunia sbg medan, tanpa ilmu didunia jadilah kita sbg manusia yg merempat dibumi Allah. Jadi sbg muslim sudah tentu menjadi kewajipan saya mewakili agama saya utk menjadi pakar dlm bidang bidang yg kita minati didunia ini, adakah kita mahu menyerahkan semua bentuk kepakaran dlm bidang duniawi ini kpd bukan muslim. tggjwb belajar hingga peringkat phd saya rumuskan wajib bagi mereka yg akan fokus pd bidang akademik, terutama hi-edu.

secara peribadi, univ. kita jauh ketinggalan kalau dibandingkan dgn univ. di barat, di UK sj anda boleh namakan univ dari A-Z. Umur univ pun ratusan tahun.Lihatlah tamadun ini bermula. Mereka menghabiskan byk masa melakukan kajian. Budaya ini sukar didapati di Msia walaupun ada tapi masih peringkat yg agak mentah. Pengalaman dlm 7 tahun di Msia,mengendalikan beberapa fund,kajian tidak sehebat disini.

Bila kajian dijadikan budaya maka ia adalah cara hidup. Kdgkala kita melihat org kita lebih suka menggunapakai hasil kajian org semborono,paling menyedihkan mengambil pakai tanpa mengetahui kebenaran disebalik suatu tabiat. Disini seringkali kita ditipu, ambil contoh gelang magnet,ramai yg memakai hanya berdasarkan gembar gembur iklan. Itulah kita,aku tak pasti sejauh mana benarnya ,tapi kalau ada scientific research mungkin boleh dikongsi.

Sbg ahli akademik, mengajar,mengkaji shj masih tidak mencukupi tanpa sbrg publication, publication ini dinamakan klimaks dunia akademik, hub utk berhubung,hub utk mempamer, menceritakan apa yg kita buat. Pengalaman dalam puluhan conference yg dihadiri mmg cukup menakjubkan, umpama kegilaan remaja menghadiri majlis hiburan. DI conference lah tempat ahli akademik, berjumpa bergaul dan bersama berdiskusi. Disini terdpt saintis,pencipta dsb. Bisa menundukkan diri kita yg kerdil bila bergaul sebegini, namun senario ini amatlah baik utk masa depan.

Sebut pasal kajian tetiba teringat pula kisah seorang pensyarah di U tempatan yg mencipta apple peeler,yg memenangi award. Sayang sekali hasil kajianya itu rupanya sudah lapuk. Bila di cari di Ytube, terdpt puluhan teknologi begitu dan sudah berzaman dicipta.fikir fikirkanlah dimana tahap kita.

Tagged as: , , No Comments
26Aug/100

wajah yg sejuk mata memandang

seringkali bila aku membuat tugasan,

ada saja wajah kecil di dlm bouncer,

wajah kecil ini seringkali mahu disamping ayahnya,

apa boleh buat, nasib baik dia diam bila berada dlm bouncer,

adakala matanya berkelip2,

aku seringkali tertanya tanya apa yg kau fikirkan wahai anak...

bau nasi ayam dari dapur cukup menusuk hidung,

hari ini hari tetamu memasak,semalam pergi mengambil saudara di strathclyde univ.

saja ajak lepak dirumah,untung2 aku tak payah masak,

beriya dia nak buat nasik ayam...aghhh hari ni nasik ayam menunya,

siap ajak si jiran lagi....

3 jam lagi mau berbuka....selamat berbuka

Tagged as: No Comments
10Aug/100

ramadhan

masih rasa singkat lagi, sudah setahun berlalu,kami berpuasa di Msia tahun lepas, tahun ni kembali berpuasa di UK. Sekejap sangat rasanya.  Kehadiran amanah Allah yg baru bersempana Ramadhan cukup memberi makna. Malam ni akan ke Masjid Paisley utk menunaikan solat terawikh. Harapnya semua berjalan lancar. Sempena bulan mulia ,ku pohon kemaafan semoga kita manafaatkan sebulan yg singkat ini utk berebut,menambah segala amal ibadah dgn ikhlas dan bulan inilah, kita minta sebanyak mungkin daripada Nya. Amin.

7Aug/102

ratu kehidupanku

Alhamdulillah, jam 12.30am sebentar tadi, Aishah ke Royal Alex. Hospital sbb dah agak kritikal. 1.30pm ,puteri sulung kami dilahirkan. Syukur kehadrat Illahi memberikan rezeki dan amanah ini. InsyaAllah akan dididik sbg panji agama mu, wahai tuhanku. Mata pun dah berat,jam 4.12 masih belum sembahyang subuh. Kelahiran ini sepenuhnya kami serahkan pada Illahi yg mempermudahkan segalanya. Terungkailah segala kekusutan dan kegusaran sebelum ini. Syukur sepenuhnya pd Illahi.

2Aug/100

thesis

Alhamdulillah, akhirnya dapat disiapkan juga part conclusion, tapi tatau la betul ke tidak. Kadangkala buat tau tapi kita sendiri dah pening apa sebenarya yg ditulis. Hakikatnya bukan mudah utk memahami diri sendiri. Harapnya ok. So process seterusnya nak bagi sv baca dulu. bagi dia kasik feedback, and compile and bagi review terakhir sblm final suggestion utk external examiner,arghhh tak sangkat dah sampai tahap ni dah. cepatnya masa berlalu.

Pertama kali menjejakkan kaki di Glasgow 5/5/2007. Masih segar. Tak sangka sudah hendak abis tggjwb belajar. Tapi masih ada 4 tahun, menunggu Aishah pula.

Minggu lepas menerima letter of acceptance utk conference di Italy. Hari ini masih menunggu feedback utk paper di Cyprus dan ada lagi satu di Jordan. Kalau ditakdirkan dapat mungkin dua drnya InsyaAllah ada fund. Satu masih lagi taktau bergtg pd rezki. Kalau ditakdirkan dpt, maknanya, bulan 10-11-12 continuously berjalan.

Byk org membuat andaian, aku byk duit jalan sana sini. salah faham. stakat 3 thn ni, aku disponsor oleh British council. So balik,makan minum,segala benda aku buat semua ditaja.Pendek kata perut makin bsar pon sbb ditaja :) ). Bunyi cam best kan? Alhamdulillah, rezki tuhan nak permudahkan. Grant ni dpt dr thn 2008. Sv yg apply secara senyap2.Yg aku tau, dia bg 3 lai kertas, yg tertulis jumlah sponsor. 2 kali balik Msia, dan lawatan ke beberapa tempat yg aku sendiri tentukan.So itulah ceritanya. Tapi tak termasuklah ke Disneyland paris, tu duit penat lelah sendiri.

Hajat dihati nak bawa Aishah ke Cyprus. Tapi tatau lagi mcmana dgn anak anak lagi. Budak ni bukan appreciate pun bawak berjalan. So tgk mcmana. Cyprus mmg syurga percutian. Britons ramai suka kesana. Sebab panas. Setahun sekali dua shj hujan. Namun ia berangin. Memang mediterranean punya feel. Cukup sesuai nak bersantai , lepak. Cyprus berdekatan dgn Greece. Kalau rajin boleh cross ke sana. Tapi kene tgk poket dulu.

Dalam hidup ini ada satu impian. Impian utk menjelajah keseluruh pelusuk dunia sebelum riwayat berakhir. Hanya dgn meneroka segenap pelusuk, dapat menikmati nikmat Ilahi yg tiada di dlm buku, kita dapat hidu, lihat, sentuh segala jenis pengalaman.

bak kata pepatah ;The World is a book, and those who do not travel read only a page.

1Aug/100

bulan 8

bulan 8 bulan paling penting, penting sbb ada beberapa benda yg penting.

penting sbb bulan ini antara penentu masa depan. Penentu hala tuju. Penentu arah mana hidup selepas ini.

Bila disebut penentu masa depan, maka ia memang benar-benar besar maknanya. Ia mmg keputusan penting. Keputusan ini bersandarkan Qada & Qadar Illahi. Bukan aku yg membuat keputusan. Aku hanya merancang.

Bukan pasti. Tapi sebagai tiket. Bulan ini juga byk akan pengaruhi keputusan yg akan dibuat.

Tidak perlu diceritakan disini. Selagi tak pasti jgn bercerita. Jangan kecoh. Kelak menyusahkan diri.

Aku bukanlah spesis yg nak menyohor. Belum apa apa. So tunggu dan lihat. Kiranya berjaya.

Akan diberitahu kelak. Akhir kata ku pohon restu Illahi, kuasa Illahi memberikan yg terbaik utk bulan ini,

Bulan ini akan menjadi bulan yg mulia bila tibanya Ramadhan...

Tagged as: No Comments
31Jul/100

bbq

persiapan

balik dari BBQ, aishah tgh revise balik brg apa yg nak dibawa ke spital. tgk balik checklist dlm buku, belek balik maternity bag. la ada sekor dua teddy bear,soft toys. Nak bawak buat apa mende alah ni. Simpan balik byk lagi benda penting yg nak kene bawa.

senjata berat sambil tunggu newborn...

ni gambar bbq, we all sampai lewat sbb cam biasa la bawak 'kenderaan berat'

kemah tempat bersalin juga disediakan takut emergency heheh

tempat parking stroller/pushchair

ni kelas mercedes, parking jauh skit heheh

BBQ kali ni buat tak jauh, kat Queens park. Takleh nak bakar live.Tak feel sgt. Kalau buat kat strathclyde park mmg ada feel. Tp weather pun on n off ujan. so taklah se meriah zaman dolu dolu.anyway enjoy . The rest of pics are here:

Tagged as: , No Comments
29Jul/100

debaran

debaran makin kuat, esok aishah due. tapi belum tentu lagi esok.betul kata org penantian suatu penyiksaan. saspen. penat jugak menunggu. apa pun Dia maha mengetahui. moga dipermudahkannya dlm segala hal.

Sabtu ni org kg.nak buat BBQ, kalau tak bersalin bleh bedal BBQ.Kalau bersalin kim salam je la.

Tagged as: No Comments
27Jul/100

menanti

dalam menanti kehadiran amanah Allah seterusnya mmg cukup saspen. Maklum la last skali 4 tahun lepas. Tambah pula kali ni lahir di luar negara. Tapi melalui pengalaman rakan rakan yg sudah bersalin di UK. Cukup memuaskan hati. Tiada midwife yg garang-garang, tiada tengking tengking etc. So harapnya kami juga melalui apa yg diceritakan oleh kengkawan. Kos? free...sapa sapa sj free selagi legal tinggal disini. Bagi yg bekerja anda boleh memilih maternity leave sampai stahun. Landlord lama kami, cuti bergaji 6 bulan, 6 bulan lagi sparuh gaji. Ni baru org panggil negara yg pentingkan rakyat. Bagi the best utk rakyat bukan utk pemimpin saja.

Disini boleh pilih samada nak bersalin mcm biasa atau birthpool. Birthpool setau nya kat Msia mungkin belom ada. DIbawah ni hospital tempat Aishah bakal bersalin. Katanya nak try birthpool. InsyaAllah harap semua berjalan lancar dan proses seterusnya akan diupdate.

birth suite

birthpool