the rebound,fish tank,romper stomper,phone booth,up in the air,
the rebound
baru selesai menonton the rebound, typical hollywood movie,ada mesej tersendiri.cinta antara 2 peringkat umur. Apa yg menarik, bila kita lihat cerita yg berltrbelakangkan negara-negara yg pernah dilawati spt France, India, Turkey...menggamit nostalgia lama, tambahlagi shot shot itu exactly tempat kita pernah lawat.
Sandy, upon discovering her husband's infidelity while watching her son's birthday video, leaves the suburbs and moves into the city. She gets an apartment that's above a coffee house where she befriends one of the workers, Aram, a guy whose wife only married him so she could get a green card. Aram's family thinks he's wasting his life and education by working in the coffee house. Soon after moving into the apartment, Sandy hires Aram to be her nanny while she takes on work for the first time since her children where born. It isn't long when Aram and Sandy find they get along wonderfully and start to date. But the question is: is their relationship real or is it, in fact, just a rebound for both of them?
The fish tank
sebuah cerita berlatar belakangkan budaya Sub urban british.cukup kuat penampilan kehidupan typical british. Slang British yg pekat,sumpah seranah merupakan budaya kehidupan tahap rendah, terutama bagi yg tinggal di flat. Cukup synonim. Siapa yg ada pengalaman tinggal disini mmg faham permasalah hidup British. Byk adegan adult ditampil dgn terbuka, cukup jelas menayangkan kekangan kehidupan ,perhubungan family yg retak,masalah sama bg manusia sejagat. Mungkin ada di Msia juga.
Mia, a foul-mouthed, stroppy fifteen-year-old, lives on an Essex estate with her tarty mother, Joanne, and precocious little sister Tyler. She has been excluded from school and is awaiting admission to a referrals unit and spends her days aimlessly. She begins an uneasy friendship with Joanne's handsome, extrovert Irish boyfriend, Connor, who encourages her one interest, dancing. What could go wrong? Written by don @ minifie-1
romper stomper
cerita russel crowe masa muda, memuatkan rasa benci,racist,hidup tanpa arah.mmg penuh dgn kejahilan.sesat.membawa kita kealam baru dunia kesesatan skinhead.
A group of skinheads become alarmed at the way their neighbourhood is changing
phone booth
cerita yg ada keunikan tersendiri dan cukup kreatif kepala otak pengarahnya.Ini kali kedua menonton sbb sedang belek2 tv smalam, ada pulak movie ni, layan balik sjlah. Pengajaran mengenai keikhlasan dan perhubungan, kecurangan, penipuan cukup jelas. Mesej yg kukuh. Tak perlu byk efek.3/4 movie berlaku di pondok telefon di NY.
up in the air
sebuah drama, crite yg perlu penumpuan yg tinggi.sbb budaya kita budaya amerika berlainan, Negara maju byk memiliki kerja-kerja yg tak masuk akal. Umpama kerja memecat org kerja. ada msg juga tp tidak seimpak filem majid majidi.
With a job that has him traveling around the country firing people, Ryan Bingham leads an empty life out of a suitcase, until his company does the unexpected: ground him
Santau,Darah,Kandagar
Sempat menonton beberapa movie, Santau
Santau
agak menarik walaupun byk cliche dlm stoyline, namun satu pendedahan dlm kehidupan org melayu yg mengamalkan santau,sesuatu yg sukar dijumpai di UK kerna ia melibatkan amalan sesat org asia.
Darah
Ini cerita Indon, tidak mengenengahkan element hantu secara berlebihan, lebih kepada seram thriller. Ia lebih kepada pengamalan ilmu hitam dan pengorbanan, kalau Msia mungkin lebih kepada hidup Mona Fendi. Cantik kalau ada orang nak buat cerita Mona F. Sayangnya, masih belum ada orang hendak membuatnya,dulu ada sorang kawan yg berdegar-degar hendak membuat cerita yg best best, tapi bila dah jadi director, setakat ni takde cerita yg betul best pun hehehe...pernah terlihat satu hasilkerjanya di Astro.... frust sbb ceritanya mmg lawak yg kurang cerdik....
Kandagar
cerita russia,memang best , dari segi effects 5 star, mmg realistic, satu pendedahan dan ilmu baru tentang afghanistan, tidak tahu sejauh mana benarnya, harus ditonton...
movie
hari ini ahad, 7 march 2010,suasana spring sudah terasa, masa sudah semakin panjang, walaupun maghrib masih lagi dlm jam 6ptg, tapi udaranya sudah terasa, mentari menyinar, suhu masih dibawah 10 C, suasana sebegini yg diidamkan oleh Scottish, English,Welsh, dan Melayu yg tinggal disini. Cantik sungguh, ini belum summer.
Pagi ini baru melepas rindu dgn menelefon tanah air, tak byk diperbualkan, cuma bertanya khabar, kehidupan dsbnya...tak sabar rasanya nak balik menjamah masakan bonda...simpan la sekilo dua bawak balik ke sini nanti...
lama juga walaupun tak byk cerita, saja mahu cuba skype, slalu guna voip lain, boleh tahan bagus skype, dulu dah pakai 10 thn lepas...lepas tu dah tak ambil tahu..hujung minggu selalunya warga Msia di Glasgow ada saja aktiviti bersama, semalam sambutan Maulud rasul, minggu depan kelas fotografi,berkongsi ilmu dgn rakan rakan yg berminat mendalami bidang photog. ada beberapa orang yg sudah mahir disini...

- spring
Cantik sungguh bumi Allah. Cuma yang merosakkan makhluk ciptaan Nya. Sejak berada disini dari 2007. Sudah bermacam cuaca dilalui, cuaca yg paling kurang senang Winter, walaupun cantik digambaran, namun mengalaminya adalah menyakitkan, aku sendiri tidak ghairah nak bermain salji, ramai yg sudah ke highland, aviemore bercuti,bersalji disana, namun kami masih lagi, tunggu dulu, malas lagi, sebabnya InsyaAllah kami masih lama disini, kalau rezeki itu murah, maka makin lamalagi lah kami disini, menunggu ketentuan Nya..
penuh debaran....
ada sesuatu yg suka dikongsi, namun tidak dikongsi selagi belum terjawab, tunggu...dan tunggu...malas nak bercerita..
satu kategori baru ditambah dalam blog ini, utk berkongsi movie yg sudah ditengok,kalau cantik maka harus dikongsi, ada juga cerita yg tidak sesuai, menonton movie yg bagus ada 2 kemungkinan, ceritanya bagus dan boleh dikongsi, cerita bagus namun tidak boleh dikongsi....kenapa? Atas sebab kemanusiaan, ada antaranya yang sukar dipertontonkan, apabila melibatkan adegan yg keterlaluan, samada dari segi keganasan dsbnya...
memandangkan minat dalam cerita-cerita bersifat kemanusiaan, nilai dan kehidupan...maka diletakkan cerita yg telah ditonton...
rehat
terasa nak berehat,
walhal sudah cukup rehat,
hari hari rehat,
2-3 hari ni penat, penat otak, memerah,mengulas, merumus,
penat..penat,
mari kita tonton the tiger and the snow...
kehebatan roberti benigni
Jumaat klewong di Glasgow
Malam minggu,malam merdeka bagi Scottish, malam mabuk, malam bergembira, malam pening, malam tak sedar diri. Lumrah kehidupan di UK, bukan saja di UK, di Isketambola juga sama. Disini tidak seperti tanah air. Malam boleh lepak kedai mamak,boleh lepak uptown, boleh tgk wayang kat GSC.Kat sini malam hanya pub yg hidup. Lagipun hantu mana nak lepak kat luar? Dalam rumah pun macam peti sejuk.
Demo
Hari ini ada org berdemo kat Union, budak U, persatuan U, berdemo suruh hentikan U ambil Eden mineral sbg air minuman U, katanya kompeni Israel.Kat sini berdemo halal. Berdemolah, tak ada siapa yg marah.Professor berdemo, Dr berdemo, cerdik pandai berdemo, siapa tak puashati turun ke jalan , berdemo. Ini negara yg matang. Polis matang, pegawai kerajaan matang, council matang, politician matang. Yg tak matang budak-budak remaja sini, tambah budak yg dol macho sbb join geng gagak itam,geng hoodie. Pagi tadi tgk sorang minah ni tgh syok tikam no. dgn harapan sangkut, jadik kaya. Kat sini byk lebai no. mereka kaki main judi, kaki tikam, sampai no poskod rumah pun bleh jadik bahan judi. 2007 sorang makcik kat scotland menang besar, duit ni halal pada mereka, dia mnang berapa puluh juta tah dah tak ingat, tp interest stahun dlm 1 juta kalau dia simpan. Anak dia bercita-cita nak jadi bomba, heheh... apa punya cita-cita la.

judi haram,
Gambar kat atas amik kat Sommerfield, berita sedih bagi peminat Sommerfield, refer gambar bawah,

sommerfield tutup daa
Pegawai Gomen
Bercakap pasal pegawai kerajaan kat sini jauh beza dgn negara Isketambola. Cukup hormat, cukup professional, cukup sopan. Jauh sekali nak racist. Racist kat sini mmg dosa besar. Polis tak berani racist,bomba tak berani, semua tak berani, Kalau berani buatla, boleh rasa tidur lokap, untung-untung bleh duk dalam kandang court. Polis kat sini tak pernah dgr pau duit rasuah.Tak caya tanya sapa yg pernah kene tahan polis. Polis cukup professional. Kalau kena tahan pun tak sergah, marah, apatah lagi pukul,gocoh, sepak terajang, tu kat Namibia dan Isketambola. Sampai bunuh2, tupun tak kene tindakan lagi. Apa ke bongok punya presiden Isketambola.Kalau kene tahan salah trafik, polis akan jemput masuk kereta, nasib baik boleh naik 7 series. Tak caya tanya mamat kat bawah ni.

kene tahan polis
Polis sini tak bawak pistol, pelik tapi benar. Buatnya org jahat tembak camana? Unit bersenjata asing. Polis punya efisen, cukup efisen. Tak caya try call no emergency. Tersilap call pun polis datang.paling koman 5 min polis akan terpacul depan rumah,ambulan pun sama. Harituh skolah depan rumah ni alarm berbunyi.Dlm masa 2 min, dengar bunyi siren bomba.Loh ingatnya main-main, memang betul bomba datang.Kalau kes berat kejar mengejar kereta ke, polis akan dptkan khidmat polis udara,utk track, pendekkata terjun kubur pun takkan lepas bila kene follow dgn chopper.Malam pun kene trace pakai heat sensor.Class mmg class. Mmg class bila tak de rasuah!
Rajin
Kat sini, sapa rajin dia kaya,tak caya tanya Salman Khan kat Desi, tak pun SarukKhan kat Nerala, tu semua kedai Pakistan. Merekalah yg monopoli bisness kat sini. Mereka rajin tidak spt setengah Scottish yg hidup claim benefit. Ada claim benefit utk duit rokok, ada utk judi, ada utk dadah. Ada juga utk family. Ini cerita dr Metro dalam bas first. Negara ini byk bagi kebajikan pd warganya, tak cukup warganya dia bagi pada asylum seeker. Tak caya tanya Omar kawan kerja, dia skarang dah status British citizen, asal dr Somalia, negara bergolak. Negara lanun. Tapi dia ckp bergolak bukan satu somalia. Blah lanun je bergolak. Dia dpt byk benefit atas alasan skim utk pelarian. Nasib lagi baik dapat rumah rege sjuta Pound, macam Toorpakai Saiedi, anak 7 kat London. Tak caya cek kat sini so kalau nak rumah rege sjuta pound, dptkan anak 7!
Choke and Munich
Malam ni nak tgk movie, citer Choke, citer ringan, lawak bodoh gamaknya. Tapi layan saja lah, tgk carik song of the sparrow, susah sungguh , mungkin mat underground torrent tak minat cerita ni. Movie yg lepas zaman Ariel Sharon koma boleh di tgk kalau nak tgk, tp tak rekemen. Tajuk cerita Munich. Cerita bedebah Israil, cerita camna ejen Mossad buat kerja. Siapa lagi kalau tak Spielberg kepala cerita ni. Tp cerita mmg class.Mmg nampak sentuhan spielberg. Tak sesuai utk budak baru bersunat,budak akil baligh, awek ngan balak yg tak kawin lagi,sesuai utk diri sendiri shj. Cerita ini cerita ganas, cerita org tua. Budak-budak tgk cite doremon.
The situation
Bagi peminat photography, bleh layan The Situation, cerita org tua juga, cerita journalist,cerita photographer di negara bergolak Iraq. Mmg best, ini cerita saya. Ending, tak sesuai bagi peminat cerita Yusof Haslam, sbb takde motor besar,takde polis skima, takde sarjan misai,takde awek cun,yg ada askar amerika yg menembak membabi buta.
Redacted
Kalau minat cerita yg emosi dan tensen, layan Redacted, pasti sakit jiwa. Cerita di Iraq, tak sesuai utk awek yg cepat berair mata dan berhingus. Cerita benar,kalau cerita benar mesti perit utk ditonton. Kalau perit jgn tonton, nak layan cite sedap hati, bleh layan Sembilu.
United 93
Satu lagi cerita yg diminati, United 93. Wajib tgk. Agak nampak propaganda cerita ini. Tp buang saja part propaganda. Ambik part thriller,sedih dan tension. Macam main roller coaster. Cerita ini memburukkan Islam. Kalau ingat sept 11, ini cerita salah satu flight yg terhempas kat tgh padang. Menarik, ada masa torrent sj. Ni cerita dah lama. Zaman belmig server kat MMU. Zaman budak MMU share benda haram kat hostel. Cikgu tumpang sekaki.
latest movie : Cass
i watched CASS last night, it has similarity with the Green Street Hooligans, both are UK films, if you love to watch a movie about the dark side of life..then this might suit you. Not suitable for children and anybody that allergic to brutality.
CASS
Green Street Hooligans