sambutan aidilfitri glasgow 2010
buat pertama kali komuniti akan mengadakan sambutan aidilfitri,sembahyang raya,takbir dibawah satu bumbung pada hari raya pertama. ya tahun lepas kami beraya di Msia.InsyaAllah sambutan kali ini akan lebih meriah dimana ratusan warga Malaysia di Glasgow akan berkumpul dibawah satu bumbung.masih belum diketahui rayanya hari apa.
Insyaallah buat julung kalinya, majlis ini diadakan khusus memberi ruang buat masyarakat Malaysia berkumpul bersama-sama merasai keindahan mengalun takbir raya, menunaikan solat sunat Aidilfitri, mendengar khutbah dalam bahasa ibunda, beramah mesra dan mengukuhkan ukhwah sesama kita. Turut diraikan majlis aqiqah buat anakanda Numa Eshal, puteri kepada Encik Mohd Khuzairi & Puan Siti Khadijah dan anakanda Nur Aleesya, puteri kepada Encik Mohd Afiq & Puan Syieda

Memandangkan tarikh jangkaan aidilfitri berkemungkinan jatuh pada hari Khamis (9/9/10) atau Jumaat (10/9/10), makluman tarikh jatuhnya 1 Syawal 1431H akan dimaklumkan melalui egroup dan websitehttp://malaysiaglasgow.co.uk/ramadhan/ dengan merujuk ke Central Mosque dihttp://www.centralmosque.co.uk/ atau media interaktif Nur Ramadhan@online dihttp://www.ustream.tv/channel/nur-ramadhan atau melalui Radio Ramadhan Glasgow 87.7fmhttp://glasgow.radioramadhan.com/
Jemputan terbuka kepada semua warga Malaysia. Mohon kepada semua agar dapat bekerjasama, senyap dan menghormati waktu berlangsungnya takbir raya, solat sunat dan khutbah. Mohon dipanjangkan / disampaikan kepada sahabat-sahabat anda yang turut serta dimajlis tersebut.
Insyaallah satu tabung sumbangan akan turut disediakan bagi membantu pihak komuniti menjalankan aktiviti-aktiviti lain di masa hadapan.
Mohon kerjasama daripada semua warga komuniti agar :
1. Membawa sejadah dan kelengkapan solat masing-masing
2. Mengasingkan siap-siap dari rumah POTLUCK kepada 2 hidangan untuk diletakkan di dua meja utama, ruangan Adam dan Hawa
3. Setiap hidangan potluck disertakan sekali senduk / utensil yang bersesuaian untuk kemudahan pengambilan makanan.
4. Melabelkan nama anda di bekas hidangan, senduk, utensil, periuk, pisau etc untuk memudahkan proses pemulangan.
Insyaallah pihak kami akan menyediakan dua meja utama ruangan Adam dan Hawa, minuman, cawan, pinggan, sudu dan garfu..
Maklumat semasa akan dimaklumkan dari masa ke masa..
- Setiausaha
2 artikel
dalam rujukan hidup di UK kat atas ada 2 artikel, gp registration & makanan halal.
check out
ramadhan di perantauan
tahun lepas kami sempat berpuasa dan berhari raya di Msia. Syukur sebab dapat melepaskan rindu puasa di tanah air. Bezanya cukup byk walaupun sudah biasa berpuasa disini. Kadangkala berpuasa di tanah air 'ambience' 'feel' tu tak akan sama dgn puasa disini.
Setakat ini berbuka puasa di Masjid Paisley tidak sehebat central mosque glasgow. Semalam sempat berbuka di CM Glasgow. Sudah byk perubahan kali ini. Makanannya sudah terhidang bila memasuki dewan makan. Tidak seperti dulu terpaksa duduk dan tunggu.
Nasi beriyani disini cukup sedap dan dimasak cukup konsisten, tiada kurang atau lebih setiap hari. Sedap. Kuahnya simple, kari ayam, nasib baik ada kari kambing. Namun satu kuah sudah cukup.
Disini ramai muslim yg kaya raya, terutama Pakistan yg aku namakan bangsa kedua terbesar di UK. Hidup mereka adakalanya mengalahkan org asal sini. Mereka ini sudah berstatus warganegara British. Puasa cukup panjang kali ini namun kebiasaan membawa kemanglian dlm berpuasa. Cuma budak budak mungkin terasa. Kami latih mereka berpuasa tapi berlandaskan waktu Msia. Sahur jam 5 buka dln jam 7-30ptg sebagai latihan.
So far mereka tidak ada masalah selagi ada game. Dari pagi hingga ke petang main game. Esok sudah mula sesi baru persekolahan di Paisley. Cuma nak kene ingatkan cikgu mereka yg mereka tidak membawa pack lunch. Harap semua berjalan lancar. Hampir seminggu sudah kita berpuasa.
Amirah so far so good. Tak byk hal. Cuma dah lama tidur tidak terganggu. Kali ini kembali menukar lampin dsb. Kesian kat Umi. Aku terpaksalah juga masak ala kadar. Itu bukan masalahpun. Pagi tadi menelefon bonda di kg. Selalu saja telefon, 2-3 hari sekali telefon. Yg sering dipesan, bawa berpantang
. Maklum lah kalau bab adat aku ni letak tangga kedua, kalau agama kata,mmg aku ikut dulu.
Sesekali aku terfikir masa depan. Berat hati. Negara ini indah dari segi sistem kerajaan. Namun cuaca tidaklah gah sgt terutama bila tiba musim sejuk. Terasa ingin ke timur barat. Namun tunggu dan lihat dalam 2 minggu ini. Manalah tau ada perkhabaran indah daripada Nya.
komuniti malaysia glasgow
KMG website telah diubahsuai dan berwajah baru dan sederhana.
http://malaysiaglasgow.co.uk/mgc/
moga semua dapat manafaat.
thesis
Alhamdulillah, akhirnya dapat disiapkan juga part conclusion, tapi tatau la betul ke tidak. Kadangkala buat tau tapi kita sendiri dah pening apa sebenarya yg ditulis. Hakikatnya bukan mudah utk memahami diri sendiri. Harapnya ok. So process seterusnya nak bagi sv baca dulu. bagi dia kasik feedback, and compile and bagi review terakhir sblm final suggestion utk external examiner,arghhh tak sangkat dah sampai tahap ni dah. cepatnya masa berlalu.
Pertama kali menjejakkan kaki di Glasgow 5/5/2007. Masih segar. Tak sangka sudah hendak abis tggjwb belajar. Tapi masih ada 4 tahun, menunggu Aishah pula.
Minggu lepas menerima letter of acceptance utk conference di Italy. Hari ini masih menunggu feedback utk paper di Cyprus dan ada lagi satu di Jordan. Kalau ditakdirkan dapat mungkin dua drnya InsyaAllah ada fund. Satu masih lagi taktau bergtg pd rezki. Kalau ditakdirkan dpt, maknanya, bulan 10-11-12 continuously berjalan.
Byk org membuat andaian, aku byk duit jalan sana sini. salah faham. stakat 3 thn ni, aku disponsor oleh British council. So balik,makan minum,segala benda aku buat semua ditaja.Pendek kata perut makin bsar pon sbb ditaja
). Bunyi cam best kan? Alhamdulillah, rezki tuhan nak permudahkan. Grant ni dpt dr thn 2008. Sv yg apply secara senyap2.Yg aku tau, dia bg 3 lai kertas, yg tertulis jumlah sponsor. 2 kali balik Msia, dan lawatan ke beberapa tempat yg aku sendiri tentukan.So itulah ceritanya. Tapi tak termasuklah ke Disneyland paris, tu duit penat lelah sendiri.
Hajat dihati nak bawa Aishah ke Cyprus. Tapi tatau lagi mcmana dgn anak anak lagi. Budak ni bukan appreciate pun bawak berjalan. So tgk mcmana. Cyprus mmg syurga percutian. Britons ramai suka kesana. Sebab panas. Setahun sekali dua shj hujan. Namun ia berangin. Memang mediterranean punya feel. Cukup sesuai nak bersantai , lepak. Cyprus berdekatan dgn Greece. Kalau rajin boleh cross ke sana. Tapi kene tgk poket dulu.
Dalam hidup ini ada satu impian. Impian utk menjelajah keseluruh pelusuk dunia sebelum riwayat berakhir. Hanya dgn meneroka segenap pelusuk, dapat menikmati nikmat Ilahi yg tiada di dlm buku, kita dapat hidu, lihat, sentuh segala jenis pengalaman.
bak kata pepatah ;The World is a book, and those who do not travel read only a page.
menanti
dalam menanti kehadiran amanah Allah seterusnya mmg cukup saspen. Maklum la last skali 4 tahun lepas. Tambah pula kali ni lahir di luar negara. Tapi melalui pengalaman rakan rakan yg sudah bersalin di UK. Cukup memuaskan hati. Tiada midwife yg garang-garang, tiada tengking tengking etc. So harapnya kami juga melalui apa yg diceritakan oleh kengkawan. Kos? free...sapa sapa sj free selagi legal tinggal disini. Bagi yg bekerja anda boleh memilih maternity leave sampai stahun. Landlord lama kami, cuti bergaji 6 bulan, 6 bulan lagi sparuh gaji. Ni baru org panggil negara yg pentingkan rakyat. Bagi the best utk rakyat bukan utk pemimpin saja.
Disini boleh pilih samada nak bersalin mcm biasa atau birthpool. Birthpool setau nya kat Msia mungkin belom ada. DIbawah ni hospital tempat Aishah bakal bersalin. Katanya nak try birthpool. InsyaAllah harap semua berjalan lancar dan proses seterusnya akan diupdate.

birth suite

birthpool
mendung
mendung
cuaca glasgow spt lazimnya...hujan mendung sepanjang minggu....
argghh...tension...secara tidak langsung memendungkan jiwa raga...
hari ini ada jemputan makan kari kepala ikan...blasah, terima kasih tuan rumah, abg din
katanya org mengandung tak bleh dibiarkan kalau mengidam....sapa mengandung, aku ke aishah?
dalam mendung cuaca dan jiwa...sempat diceriakan oleh email dari ACM bunyi nya
Dear Mr. Mohd Izani:
Thank you for submitting your paper to ACM Multimedia 2009 - Technical
Demonstration. We are pleased to inform you that your submission #1569334305
('Digital Preservation of A Famosa Fortress in Malaysia') has been accepted for
publication as a technical demonstration.
The camera-ready copy will be due July 20, 2009. Sheridan printing will be
contacting you in regards to the camera-ready copy of the paper. If you have any
questions, please do not hesitate to contact us.
The reviews are below or can be found at http://edas.info/showPaper.php?m=1569334305.
======= Review 1 =======
> *** Your review: Please justify your numeric scores (authors will see these
comments):
This paper presents a simulation of the 3D appearance of an important Malaysian
asset, A Famosa Fortress.
The main contribution regards the collection of data about the asset.
> *** Relevance: How relevant is the topic of this paper for ACM Multimedia?
Borderline (3)
> *** Overall Recommendation: What is your overall recommendation for this paper?
Borderline (3)
======= Review 2 =======
> *** Your review: Please justify your numeric scores (authors will see these
comments):
3D data and virtual reconstructions are today pretty common in heritage and
archaeological studies, but what their real value or impact on the heritage they
represent is, can very hardly be seen. This paper offers a new and interesting point
of view on the impact of virtuality on heritage and the community of potential
users. Far from having the pretention of highlighting the value of the
reconstruction itself, the paper emphasizes the research conducted on the user
evaluation of the model.
I believe that the results are basic due to the reduced length of the paper. Deeper
and more thorough analysis and considerations can be made from such a survey, that
can help implementing business models for heritage dissemination and education
programs.
The paper also has a pretty and well organized graphic apparatus that is always nice
to see.
Last, I would definitely emphasize in the title the outreach effort presented in the
paper.
> *** Relevance: How relevant is the topic of this paper for ACM Multimedia?
Very relevant (5)
> *** Overall Recommendation: What is your overall recommendation for this paper?
Definitely accept (5)
======= Review 3 =======
> *** Your review: Please justify your numeric scores (authors will see these
comments):
This paper describes a methodology for creating a 3D model of a site by use of
existing commercial software. It does not provide any new technical insights, but
provides a useful pipeline.
> *** Relevance: How relevant is the topic of this paper for ACM Multimedia?
Somewhat relevant (4)
> *** Overall Recommendation: What is your overall recommendation for this paper?
Borderline (3)
Regards,
Olga Regina Pereira Bellon, Matteo Delle Piane, Ishim Shoni, Rita Cucchiara
Workshop Chairs
so nampaknya, kalau ada rezki akan ke italy...cuma problem, budak budak...nak angkut tak berbaloi...kene fikir camne nak buat....kalau nak gi sendiri boring plak....
accident
semalam anak teruna accident, panic jugak sebab byk darah meleleh dr kepala,terhantuk kat meja besi, rasa cam nak campak jek meja tuh.. nasib baik rumah dekat dgn spital...bawak ke Emergency...sembang dgn Dr. rupanya singaporean....ding dong..ding dong...balik...so hero dah leh main game balik...kira ok la tuh...

hero yg eksiden

lepas kene gam
hollywood yg membosankan
setiap kali menonton citer hollywood..cukup membosankan...entah mengapa takde feel...tadi cuba memaksa diri menonton the a team ,sama saja fx saja lebih...ceritanya pudar....sukar menandingi cerita cerita yg memberikan byk nilai hidup...spt nukilan majid majidi...
negara ini canggih
negara ini canggih...sungguh canggih...

kete polis
bukan kete yg nak didiskuskan..tapi kecanggihan, kereta polis, polis uk menggunakan pelbagai model kereta. kalau dikira mau lebih dari 10 jenis kereta. dalam kereta terdapat scanning camera, database komputer...dll
kalau nak lari dari polis, jawapnya mimpi sajalah...polis boleh dpt maklumat hanya dgn scan no plate kete sj. dia tau kete kita insured atau sbaliknya...lebih canggih ada juga yg ada device utk scan cap jari yg boleh terus sambung ke national database utk cek rekod jenayah..
bawah ni plak e automatic number plate recognition (ANPR) kalau tak bayar tax, jgn berangan nak letak kete kat tepi jalan,..cukup skali lalu van ni dapat scan kiri kanan...so,kat mana bleh simpan kete kalau tak de road tax? simpan sajalah dalam rumah kalau ada garaj...takde garaj jgn harap...cepat la buat road tax kalau tak...
Once you have reported an untaxed vehicle the details will be entered onto a central database. While not all enforcement activity is visible to the general public, DVLA is committed to reducing the level of vehicle excise evasion.
DVLA works with NSL Limited and operates a fleet of wheelclamping vehicles from 23 pounds across the UK. Untaxed vehicles are targeted area by area, from the nearest NSL Limited pound.
If you report an untaxed vehicle to DVLA this does not guarantee that the vehicle will be wheelclamped. Action can also be taken ‘behind the scenes’, as the law allows a late taxing penalty of £80 to be imposed on the keepers of vehicles that have been untaxed for longer than one month.
DVLA scans vehicle records constantly for untaxed vehicles and issues more than 90,000 penalties each month. This means that some untaxed vehicles in your area may have been issued with a fixed penalty and will not be wheelclamped.

dvla
sabtu
hari ni hari mengangkut brg ke kontena, otai glasgow, aku pegi, tapi tak angkut sbb aku pegi jam 1 pm ,org pergi jam 8 pg ahahhaa,,maaf bebanyak tuan rmh, anyway sedap makan tadi...
hr ni ke carboot....kalau ke carboot ada saja benda yg nak beli walhal tak perlu...beli jugak...itulah nafsu....
esok takde arah tuju...sbb aku malas nak keluar...smenjak dua menjak..cuaca asyik hujan manjang...takde nafsu nak berjln...
ubuntu
budak budak main laptop bapak dia. aku rasa macam ada cacing kerawit dlm pc, leceh betul la pakai windows ni,mmg tempat ternak cacing.
so aku reformat, install 2 OS, win 7 dan ubuntu...lama gile tak main unix.so budak main pc ni dia akan pakai unix.
terbaca citer dr Msia dengar macam macam harga naik...nak kata tak kesian, kesian, kalau kesian terasa plak apahal lu org angkat Barang Naik hahaha...sendiri jawapla dol....gua malas nak citer lagi...idup ni singkat...jgn jadi bodoh sampai ke mati...nasib baik ada mati...kurang kurang tamatlah riwayat bodoh kalau mati...kalau barang naik harga jgn marah kerajaan, sbb kerajaan itu pilihan org ramai....ada faham....macam macam la keluarkan statement...
statement paling ngok lepas barang naik- gula naik harga bagus utk kurangkan gula utk jaga kesihatan, minyak naik harga-kita punya minyak jauk lagi murah dari UK, US.... nilah org yg dilantik ...next election jgn lupa, naikkan lagi harga...pangkah jgn tak pangkah...
saya bukanlah orang yang pandai,
tapi saya orang yang tak mahu jadi bodoh,
saya orang yg tak mahu diperbodoh,
dan saya tak mahu dipimpin oleh orang yg bodoh,
saya akan menjauhi kebodohan,...jauhi kebodohan kerana ia menjadi aset kpd pengambil kesempatan
-yg tidak pandai tapi tak mahu jadi bodoh, dan tak mahu diperbodoh dan tak mahu dipimpin oleh orang yg bodoh...
an economical approach to organise a birthday party
besday yg dicombine 3 + 1 skali harung...abis citer...buat dkat park...ajak sekampung...sapa tak dtg sendiri punya hal..gua dah war war dlm email hahhaha