our life in the uk life is a journey not a destination..

7Mar/100

movie

hari ini ahad, 7 march 2010,suasana spring sudah terasa, masa sudah semakin panjang, walaupun maghrib masih lagi dlm jam 6ptg, tapi udaranya sudah terasa, mentari menyinar, suhu masih dibawah 10 C, suasana sebegini yg diidamkan oleh Scottish, English,Welsh, dan Melayu yg tinggal disini. Cantik sungguh, ini belum summer.

Pagi ini baru melepas rindu dgn menelefon tanah air, tak byk diperbualkan, cuma bertanya khabar, kehidupan dsbnya...tak sabar rasanya nak balik menjamah masakan bonda...simpan la sekilo dua bawak balik ke sini nanti...

lama juga walaupun tak byk cerita, saja mahu cuba skype, slalu guna voip lain, boleh tahan bagus skype, dulu dah pakai 10 thn lepas...lepas tu dah tak ambil tahu..hujung minggu selalunya warga Msia di Glasgow ada saja aktiviti bersama, semalam sambutan Maulud rasul, minggu depan kelas fotografi,berkongsi ilmu dgn rakan rakan yg berminat mendalami  bidang photog. ada beberapa orang yg sudah mahir disini...

spring
spring

Cantik sungguh bumi Allah. Cuma yang merosakkan makhluk ciptaan Nya. Sejak berada disini dari 2007. Sudah bermacam cuaca dilalui, cuaca yg paling kurang senang Winter, walaupun cantik digambaran, namun mengalaminya adalah menyakitkan, aku sendiri tidak ghairah nak bermain salji, ramai yg sudah ke highland, aviemore bercuti,bersalji disana, namun kami masih lagi, tunggu dulu, malas lagi, sebabnya InsyaAllah kami masih lama disini, kalau rezeki itu murah, maka makin lamalagi lah kami disini, menunggu ketentuan Nya..

penuh debaran....

ada sesuatu yg suka dikongsi, namun tidak dikongsi selagi belum terjawab, tunggu...dan tunggu...malas nak bercerita..

satu kategori baru ditambah dalam blog ini, utk berkongsi movie yg sudah ditengok,kalau cantik maka harus dikongsi, ada juga cerita yg tidak sesuai, menonton movie yg bagus ada 2 kemungkinan, ceritanya bagus dan boleh dikongsi, cerita bagus namun tidak boleh dikongsi....kenapa? Atas sebab kemanusiaan, ada antaranya yang sukar dipertontonkan, apabila melibatkan adegan yg keterlaluan, samada dari segi keganasan dsbnya...

memandangkan minat dalam cerita-cerita bersifat kemanusiaan, nilai dan kehidupan...maka diletakkan cerita yg telah ditonton...

Tagged as: Leave a comment
Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.