our life in the uk life is a journey not a destination..

5Mar/100

spring

hawa hawa spring sudah tiba, matahari menyinar walau suhu masih 0 kadangkala minus, siang sudah makin panjang walau tidak sepanjang summer, tak sabar nak hirup udara summer, ber BBQ bersama rakan rakan, berkumpul, melepak di taman mahupun santai, masa nilah yg ramai tambah berat badan.....ada saja BBQ....

kami akan pulang seketika 25 amc- 30 april 2010, mesti skejap sangat, byk benda nak disettlekan ,paling penting visa, dalam peringkat terakhir nak siapkan thesis, banyak nak kene susun,hari ini kebosanan, sebab semalam hantar chap 4, tapi banyak nak perbetulkan model, detail, texture...

ingat Msia, mesti ingat makan, maklom la makan sini tidak sebebas Msia, terutama part makan kat luar, kat sini tak habis dgn kebab, burger,fish & chips....makanan rasmi samada scottish,pakistan....

jgn terkejut bumi Glasgow ni dipenuhi, scottish dan pakistan, pakistan umpama orang Cina di Msia, mereka pandai berniaga, dari mendominasi syarikat besar hinggalah kedai kedai kebab, hebat bangsa ini walaupun datang dari negara yg tidak semaju mana..

kalau bab berniaga besar, byk juga org Pakistan yg menjadi millionaire,memang dah bertapak puluhan tahun kat sini, memang suka merantau..

bau kueh tiaw dari dapur menyusuk hidung...permisi dulu

kueh tiaw paisley

kueh tiaw paisley

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.