Merelakan dia ke syurga
| Hari ini hari yg mendung di Glasgow, semendung hati sepasang suami isteri yg terpaksa merelakan anak kesayangan berjumpa dgn pencipta Nya. Hujan membasahi bumi Glasgow seperti air mata membasahi pipi warga Malaysia disini. Sukar utk diungkap dengan kata-kata. ![]() Anak kecil ini belum mengenal erti teddy bear Amir Yusuf bertarung di ICU selama 8 bulan. Tabahnya hati ayah bonda mereka setabah doktor dan para pakar disini yg berusaha hingga ke akhir hayat. Masa ini Amir bersama dgn anak-anak lain di syurga. Dia tidak akan kembali lagi. Disitu semua impian kita. Kita akan berharap kesitu, cuma masa yg menentukan. Allah mengambilnya terlebih dahulu sebab Dia sayangkan Amir,pemikiran kita tidak sampai ke alam barzakh. Kita tidak akan dapat memikir apa yg berlaku disana. Tapi hati ini pasti, dia tenteram bersama kecantikan Illahi disana. Jangan gusar kerana itu janji Allah utk kain putih yg suci.Yang patut digusari diri sendiri kerana kita bukan lagi sehelai kain putih. ![]() Saat akhir di central Mosque Cukup kagum melihat kecantikan sistem disini. Negara yg mengamalkan suatu sistem yg adil tanpa mengira siapa yg dirawat. 8 bulan bukan sekejap utk menjaga tubuh kecil yg penuh dgn wayar berselirat. Hari bertukar hari,berselang hari menggunakan bantuan oksigen. Doktor dan nurse tidak pernah merungut, emosi ibu dan ayah diletakkan tahap pertama. Fajar sendiri kagum dan tidak pernah merungut sepanjang 8 bulan di hospital. Cukup professional dan terlatih.Terfikir juga adakah negara kita sudah sampai ke tahap ini? Ini hospital kerajaan bukan hospital swasta. Sukar mencari hospital swasta di sini, mungkin hospital kerajaan sudah cukup bagus. ![]() Bonda Amir Yusuf Hari terakhir bersama Amir , Fajar ada memberitahu dia diberikan bilik, umpama hotel utk lelap seketika di hospital. Bayangkan perasaan dan emosi ketika bergelut dgn saat susah. Sudah pasti tenang seketika kiranya dilayan sebegitu. Tidak ada istilah white,black,kristian,islam , mereka melayan sama rata. Mereka berusaha sampai saat terakhir Amir menghembus nafas pun doktor masih berusaha menambah oksigen. Hinggalah saat doktor terpaksa berkata, he has to go.i am very sorry. Dramatik kisah ini. Rekod paling lama dan patient paling sakit. Tak dapat bayangkan kalau semua ini tidak diberikan percuma. Bayangkan berapa kosnya, mau cecah jutaan pound. Tubuh kecil itu dijaga bagai menatang minyak yg penuh. Pakar dan doktor setiap inci tubuh berganding bahu dan setiap keputusan adalah keputusan bersama. Pakar-pakar yg berkhidmat semua yg memiliki tahap kepakaran yg tinggi dari pakar jantung dan sebagainya. Kagum itu saja yg boleh dikatakan. Jauh diperantauan, siapa lagi hendak berharap kalau tidak pada kawan-kawan. Warga Malaysia disini tidak lokek, kalau bab menolong memang tinggi spiritnya. Jam 12-51pm, Amir Yusuf telah meninggalkan ibu dan ayahnya, doktor,nurse dan pergi menemui pemilik asalnya. Aku mendapat SMS selesai solat Jumaat. Terkejut tapi sudah dijangka. Baru 3 hari lepas aku terfikir, apa akan jadi sekiranya Amir Yusuf meninggal. Ntah macam mana aku terfikir dan cerita itu bermain dikepala. Tidak sangka ia akan jadi realiti. Proses pengkebumian disini begitu ketat mengikut prosedur. Bukan sikit duit diperlukan, nasib agak tidak menyebelahi, pengkebumian pada hari minggu hampir 3 kali ganda kosnya. GBP1200! Hari biasa dalam GBP400. Sebenarnya kalau dibenarkan boleh dibuat sendiri, namun protokol disini agak ketat. Utk menggali lubang kubur sahaja mencecah GBP1000 kerana terpaksa menggunakan khidmat funeral director. Apakan daya, sudah tentu tidak mampu ayah dan ibunya menyimpan lebih lama tubuh kecil itu. Rakan komuniti tidak berat tangan utk menghulurkan bantuan samada dr segi kewangan,spiritual dan gotong royong. Pernah satu ketika, ketika majlis mengaji bersama Ustaz Abduh, aku terdengar perbualan Ustaz dgn isterinya,mengatakan Fajar ada dirumah. Terus aku terfikir,urusan apa yg Fajar nak rujuk pada ustaz, mesti berat ceritanya. Adakah ia berkaitan tiub oksigen? Selang beberapa minggu baru aku tahu, Fajar merujuk berkaitan tiub oksigen, doktor ada bertanya sekiranya dia sanggup utk memutuskan bekalan oksigen? Doktor berterus terang bukan kerana dia white,kita asian, atau apa-apa sebab berkaitan perbezaan maupun diskriminasi,namun mungkin doktor sudah jangka dr pengalaman mungkin terlalu kronik. Namun, hati ibu dan ayah mana sanggup melihat, anaknya perlahan-lahan meninggalkannya didepan mata atas putusnya bekalan oksigen ditangan manusia. Ustaz pun ada berpesan, selagi kita boleh berusaha dan tiada mudaratnya, teruskan berusaha,bukan kita yg menetapkan hidup dan mati, kecuali atas sebab yg dibenarkan. Akhirnya doktor meneruskan lagi usaha demi usaha,tipis atau tidak,itu belakang kira yg penting usaha. Harapan ibu dan ayahnya agar keajaiban berlaku, begitu juga kami yg tinggal berdekatan dgn rumah mereka. Dr persiapan menunggu Amir lahir dari awal lagi kami sudah tahu. Masih teringat akan wooden wardrobe mothercare warna hijau cair.Cukup satu set utk Amir Yusuf. Bila aku melihat wardrobe itu aku terus teringat akan pemiliknya yg sudah tiada. Masih juga teringat ketika majlis mengaji dirumah Fajar, kami diminta membaca surah Yusuf. Rupanya ada makna disebalik surah itu. Yang Esa lebih mengetahui disebaliknya. Petang semalam aku melihat 2 anakku, Amir dan Akif ditepi keranda Amir Yusuf, sukar utk aku ceritakan pada budak tahap ini. Yg aku jelaskan dalam ini ada baby, baby ini sudah tiada lagi,mereka bertanyakan sebab,hinggalah aku pusing balik cerita ini. Sukar, yang aku tahu Amir memberitahu adiknya, Akif baby ini akan jadi tulang, kesian. ![]() Hujan dan air mata membasahi Cathcart cemetery Pengalaman ini pengalaman yg cukup mahal dan bermakna buat warga Malaysia di Glasgow. Ini pengalaman pertama. Pengalaman pahit, tapi lagi pahit apa yg dirasai oleh ibu dan ayahnya. Pipi mereka tidak lekang dek air mata,sayu melihat pemergian anak tercinta. Sudah tentu mereka rindukan saat manis bersama Amir Yusuf setiap hari di hospital. Mulai hari ini mereka tidak lagi ke hospital seperti sediakala. Mereka meneruskan saki baki perjuangan dalam menghabiskan amanat menimba ilmu. Hidup mesti diteruskan, ini semua pengorbanan utk mendapat setitik ilmu.
![]() Salam abadi buat sikecil Gambar pengkebumian boleh dilihat di galeri Amir Yusuf Cerita pengorbanan selama 8 bulan Sekian utk tatapan minggu ini. P/s gambar dirakam terhad, cuaca tak mengizinkan,disamping larangan mengambil gambar,terpaksa mencuri peluang. |
|





March 9th, 2009 - 14:15
salam izani
sabar la… sy punyai anak yg istimewa sejak 5 tahun dahulu dah masih sabar menjagannya sehingga kini. haikal hanya terbaring sayu sahaja……
March 10th, 2009 - 01:14
salam…
saudara terima kasih kerana membantu keluarga fajar… saya kenal fajar melalui laman webnya sejak tahun 2001… ada juga saya kirimkan email kepadanya jika dapat saya hulurkan bantuan yang sedikit untuk meringankan beban kewangannya apabila mengetahui keadaan arwah amir yusuf… fajar tak membalas email tersebut… namun saya tak berkecil hati… saya kira dia memang tak mahu menyusahkan orang lain… lalu apa yang mampu saya buat dari tanahair hanya menunggu fajar menceritakan perkembangan semasa arwah amir yusuf, berdoa, berharap dan tawakal… dalam saya masih mendoakan kesembuhan buat anak kecil ini… rupa-rupanya dia telah pergi menemui penciptaNya… ya Allah SWT maha pengasih dan penyayang… cukuplah sudah kesakitan yang ditanggung anak sekecil itu… semoga fajar dan anis terus tabah… kepada saudara, sekali terima kasih
March 10th, 2009 - 11:36
salam, anak istimewa memang cukup istimewa, saya juga ada adik ipar yg istimewa, kami mmg cukup sayangkan dia, saya yakin mereka ahli syuga yg pasti, derita didunia hanya sementara,semoga Allah memberkati usaha ibubapa yg sabar dgn kerenahnya, saya sendiri belum tahu apa dugaan utk saya,kita hanya mampu minta yg terbaik, tapi Dia lebih tahu, salam
March 10th, 2009 - 15:34
salam takziah minta dititipkan buat ajar sekeluarga..anak yang pergi itu usah dirisaukan, sudah menjadi penghuni syurga.dijaga oleh Allah dan bahagia dia di sisiNya.AlFatihah
-dr. ahmad dan isteri sekeluarga.
March 10th, 2009 - 15:34
salam takziah minta dititipkan buat fajar sekeluarga..anak yang pergi itu usah dirisaukan, sudah menjadi penghuni syurga.dijaga oleh Allah dan bahagia dia di sisiNya.AlFatihah
-dr. ahmad dan isteri sekeluarga.
March 13th, 2009 - 01:44
Salam Takziah daripada saya sekeluarga buat fajar sekeluarga….sedih dan sebak bila saye membaca kisah amir ni….tersentuh jiwa saye sebagai seorg ibu…sudah tentunya sikecil tu berada di syurga sekarang…semoga keluarga amir tabah menghadapi dugaan ni….al-fatihah buat amir…aminn
izzie sekeluarga-perak
March 17th, 2009 - 08:25
Sebenarnya saya ingin mengucapkan takziah kepada Fajar and family..tapi bila blognya tak boleh dibukak…jadi saya datang menjengok ke blog ini…so saya boleh tengok jelas pengkebumian baby Amir, berat mata memandang berat lagi bahu memikul…wutever it is… Baby amir mungkin berkawan dengan arwah anak saya Baby Aleya Maisarah di syurga… >>http://shahrose76.fotopages.com/?entry=1610705 TAKZIAH DI DUNIA TAPI TAHNIAH DI AKHIRAT… saya pun tak boleh berkata apa-apa bila mengikuti cerita di blog mr Fajar…hanya linangan air mata saja yang menitis membasahi pp ini..semoga Mr Fajar and family tabah..selagi bergelar manusia dimuka bumi “Allah” ini…kita memang di uji dan terus di uji…