our life in the uk life is a journey not a destination..

18Aug/100

cerita lama dari Tokyo

Ketika menulis catatan ini kedengaran suapan 'cereals' dari mulut anak anak yg sedang bersahur. Ya mereka bersahur walaupun puasa mereka tidak sempurna. Kami mengajar mereka berpuasa dari jam 5pg sampai jam 7-30 ptg, masih mengikut waktu Msia. Walaupun mereka tidak wajib berpuasa namun latihan ini penting. Amir baru mencecah 9 thn dan Akif 7 thn. Pagi ini teringat pula akan projek masa depan travel log. Mungkin ada rezeki akan dibukukan segala perjalanan menerokai dunia dalam bentuk buku. Bukan hendak buat profit. Cukup sekadar melepaskan kepuasan berkongsi apa itu dunia dan apa ilmu yg dapat mengelilingi dunia. Kali ini hendak bercerita pengalaman pertama berada di Jepun. Sebenarnya bukan kali pertama, secara rasminya kali kedua cuma kali ini berkesempatan bermalam beberapa hari di Jepun. 2003 tahun yg agak banyak kami berjalan.

Tahun ini saja 3 negara kami lawati. Perjalanan ke Jepun ditaja oleh APT. Kami terpaksa tinggalkan Amir yg ketika itu berumur 3 bulan. Kesian pula rasanya. Pemergian kami ke Jepun sebenarnya 2 bulan selepas kami kembali dari Turkey dan Spain atas urusan conference. Kali pertama ke Jepun pada 2001 ketika dunia masih sibuk dgn Sept 11. Hanya menjejakkan kaki di Narita airport sementara menunggu flight seterusnya ke California. Melihat kegilaan budaya remaja Jepun sudah cukup utk melihat kemajuan yg kadangkala agak menjengkilkan. Maklum saja remaja disini kadangkala berpakaian mengikut rentak kartun, rentak komik, rentak warna kehidupan.

Kami bertiga sebenarnya ke sini. Sebenarnya yg ditaja Aishah dan Ayie. Sayang sekali isteri Ayie tidak dpt bersama atas sebab visa. Kami tiba sudah agak lewat. Kota ini sebenarnya agak mahal living cost. Namun memandangkan tajaan kami menaja segalanya semua itu bukan bebanan. Kami menaiki bas ke kota Tokyo dan dalam kegelapan malam yg dibasahi renyaian hujan,kota ini penuh dgn cahaya lampu neon. Kiri dan kanan tulisan Jepun. Akhirnya sampai ke hotel yg dituju. Hotel nya boleh dikira selesa dan agak padat. Cukup lengkap sifat hotelnya, namun ciri kekabinan yg padat terserlah terutama dibahagian bilik mandi yg seperti kapsul. Sesiapa yg pertama kali ke Jepun pasti teruja dgn kencaggihan tandas disini. Tiada negara lain yg memiliki kegilaan menjadikan semua barangan berasaskan eletronik, termasuk tandas. Tandasnya dipenuhi butang eletrik mekanisma tandas, anda boleh memilih air panas,ais sejuk dan peralatan membasuh secara automatik. Canggih.

Sebenarnya program kami disini padat. Kami akan berjumpa dgn Prof. Komiya dirumahnya. Menaiki kemudahan awam dinegara maju amat jauh bandingannya dgn negara kita. Setiap saat merupakan ketepatan yg diukur dgn jitu. Perjalanannya tidaklah sebegitu lama. Cukup untuk menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi dikiri kanan. Sambil melihat nilai moral yg tinggi penduduk Jepun. Rakyat Jepun memiliki identiti tersendiri. 2003, mereka sudah bercakap dgn telefon bimbit dgn melihat skrin. Mereka tidak pedulikan Nokia,mereka memiliki teknologi tersendiri dlm bidang komunikasi. Kiri Kanan dipenuhi manusia yg bercakap dgn telefon masing masing. Cukup gila. Belum lagi melihat remaja mereka berpakaian, yg akan diiktiraf sbg gila kalau di Malaysia. Disiplin rakyat mereka cukup tinggi. Menanti train di subway cukup membuktikan mereka berdisiplin. Dalam selerakan menunggu, tiba shj keretapi, mereka sudah bersedia dlm barisan yg cantik. Hebat, mana ada di Msia disiplin sebegini. Tidak ada tolak menolak, tidak ada berhimpit. Kami akan menjamah makan tenghari dirumah Prof. Komiya. Sebut soal makan sudah tentu ada halal haramnya.

Nasib baik Komiya cukup faham dgn budaya kami sebab dia sendiri sudah tinggal di Msia utk beberapa tahun. Kami dijemput oleh nya dengan menaiki teksi. Terpegun melihat pemandu teksi yg sudah berumur,cukup tua untuk membawa kereta. Namun dalam teksi mereka dipenuhi dgn gadget dan touch screen. Hebat sungguh kegilaan teknologi disini. Pertama kali menjejakkan kaki kerumah org Jepun. Rumahnya agak sempit, 3 tingkat. Cukup utk 2 org , beliau dan isterinya. Rakyat Jepun tidak memiliki ramai anak. Ditingkat tgh ada bilik kerja Komiya. Berpadanan dgn statusnya seorang Professor. Biliknya dihubungi fibre optic cable. Masih muda teknologi ini utk negara kita dimasa ini. Namun mereka sudah memiliki teknologi fibre optic dari rumah ke rumah. Kami bertemu dgn isterinya. Bersembang dan sebagainya. Sekali lagi meminta utk menggunakan tandas. Wah rupanya tandas dihotel tadi sudah menjadi budaya orang Jepun. Tanda dirumah ini dilengkapi dgn pelbagai butang. Dibaluti bulu baldu diatas frame mangkuk. Janggal sekali utk menggunakannya, takut kotor. Takut basah. Tenghahari kami dijamu sushi dgn nasi. Pertama kali menyentuh daging ikan mentah. Terasa loya. Green tea juga merupakan air wajib bagi rakyat mereka. Selesai menjamu selera,kami meminta diri utk bersolat.

Petangnya Komiya mengajak ke pekan berdekatan, melihat patung terbesar dan melihat pekannya dgn lebih dekat. Kami menunggu diperhentian bas berdekatan dirumahnya. Apa yg mengkagumkan, diperhentian bas ini ada selonggok payung yg disediakan dibekas khas. Sesiapa shj boleh menggunakannya dan meletakknya kembali bila pulang nanti. Bayangkan tahap disiplin penduduk disini. Malas nak bercerita panjang. Kami kembali ke hotel. Keesokan hari kami akan ke NTT. Gergasi telekomunikasi terbesar Jepun. Mudah sebab adanya Komiya, kami akan dibawa ke 'secret lab'. Sayangnya kami tidak dibenarkan merakakam sebarang bahan pameran. Kami dibawa melihat R&D terkini dari sini. Bermacam kegilaan dalam merekacipta. Yg masih segar diingatan bagaimana teknologi broadcast ke plasma skrin 42 inci dipancar melalui cahaya yg membawa data. Kita boleh menyekat cahaya dgn jari dan melihat bagaimana data terputus. Kegilaan dalam bidang robotic mmg tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian menjadikan robot sebagai teman hidup warga tua disini juga ada dipamerkan. Maha hebat pencipta kita, Allah menjadikan manusia yg menggunakan ilmu utk kebaikan kita. Mereka yg menyanjungi ilmu, membuat kajian tidak dapat tidak akan mendahului semua bangsa lain. Sayangnya budaya ini sukar didapati dlm masyarakat kita. Kita terlalu jauh ketinggalan. Terlalu jauh. Bukan hendak memandang rendah tapi hakikatnya. Pergi dan lihatlah dunia. Bayangkan ilmu yg digunakan ini hanya sedikit shj daripada Nya. Keesokannya sesi bersantai ke Disneyland. Sayangnya kami berdua shj tanpa Amir. Kalau bawapun belum tentu dia faham maklum saja 3 bulan umurnya. Utk memasuki Disneyland selalunya hendaklah diperuntukkan selama sehari. Memang sehari baru habis semuanya. Berpadanan dgn kos utk memasukinya. Secara peribadi kalau memiliki wang yg lebih pergi dan lihatlah teknologi taman tema tersohor ini. Lihat bagaimana manusia menggabungkan kreativiti, teknologi dan seni dalam satu hiburan keluarga.

Malas utk menghuraikan lebih panjang mengenai Disneyland. Berada dlm taman ini umpama berada dlm taman ilusi dan fantasi. Lagu latar Disney yg memenuhi ruang taman sebesar bandar Kuala Terengganu ini cukup menjadikan ia tertutup dan fokus dpt diberikan oleh penciptanya. Sesekali didatangi dgn watak watak Disney, sesekali didatangi hiasi dgn parade. Cantik sekali. Solat tidak menjadi masalah,dalam taman ini ada byk tempat rehat,tempat santai. Cari shj ruang kosong dan solat shj. Tiada siapa peduli. Memang berhajat suatu hari nanti hendak membawa anak anak kami ke sini. 2007, impian kami tercapai, kami membawa anak anak kami ke Disneyland Hong Kong. Amir, Akif dan Afiq. 2009, sekali lagi Disneyland Paris. Yang paling menarik acara puncak Disneyland adalah tarikan bunga api berlatar belakangkan istana Disney. Ini trademark Disney. Taman ini amatlah sesuai utk anak anak. Anak anak pasti menjadi 'gila' kesana kemari bila berada didalamnya.

Tontonlah mana mana ceritanya ,mesti ada trademark ini. Tapi kali ini dapat lihat secara live dihadapan mata. Perlu diingat sehari hari ada ribuan pengujung ke Disneyland dan taman ini tidak pernah ditutup walaupu sehari dlm setahun. Hebat sekali sistem pembaikpulihan mereka. Senibina taman direka dgn begitu teliti. Segala warga kerja berhubung dibawah tanah. Taman ini sebenarnya berada diatas pejabat kerja. Disney tidak mahu pengunjung melihat belakang tabir. Beliau mahukan taman ini bersifat taman secara holistic.Kami pulang bila Disneyland melabuhkan tirainya utk hari ini. Keesokan harinya kami pulang ke tanahair.

Pengalaman di Jepun cukup memberikan makna yg mendalam bagaimana ilmu bila dimanafaatkan oleh kuasa yg bijak dan baik akan mendatangkan manafaat kpd rakyat. Selamat tinggal Tokyo. Hajat dihati utk ke Osaka,apa ada disana? Universal studio. Namun Osaka terlalu jauh. Mungkin bukan rezeki. Ya bidang saya menjadikan saya terlalu taksub dgn Universal Studio kerna ia menyajikan puluhan integrasi teknologi dan seni.

maingate

Tagged as: , No Comments
7Mar/100

aku dan fotografi

nak bercerita asal usul minat fotografi, masih lagi ingat datuk aku dulu juga minat fotografi,tapi kamera dia macam kat bawah ni memang tua kameranya, yg menjahamkan, siapa lagi kalau bukan aku...masa ni aku belum minat, minat aku menjahamkan barang barang datuk, datuk aku memang minat mekaninal, dia pandai bertukang, pandai baiki barang elektrik, selalunya dia baiki sampai elok, kalau tak elok jahanam terus....tapi sifat ingin mengetahui dan mencubanya bagus, sama macam aku...masa kecil suka cari penyakit,

berbalik pada kamera, lepas jahanam kamera datuk, bapak aku pulak pernah ada kamera catridge, aiseh kelaka la kamera ni, siap ada flash terpacak keluar atas body, flash ada 4 sisi, setiap kali abis satu flash kene pusing, boleh pakai 4 kali saja, macam2 hal....

1993, aku masuk utm dgn semangat tahi ayam nak jadik arkitek...hahah, tahun satu budak budak kena amik subjek foto, masa ni lah aku start minat, minat aku berjaya menghabiskan duit tajaan mara, sebanyak rm1400 utk beli nikon 401s, hampeh....tapi berbaloi, aku mula explore kamera, majalah , buku....byk jugak pakai duit, nasib baik aku pandai cari duit,

kalau nak citer bab cari duit, Alhamdulillah segala lubang-lubang duit aku korek, tak masuk kerja haramla, merompak, mengepau, kelepet, kebetulan zaman ni jugak aku terdedah dgn graphics design, multimedia baru mula nak start, so aku byk buat part time, dari jadik geng buat persiapan raya utk shopping mall,graphics designer dgn company kaki sapu, seme aku buat,janji halal...bila dapat duit aku enjoy hahaha, belanja member kat Stulang, turun singapore, tgk wayang, ini kerja -kerja jahiliyah zaman tu...

so bila dah lama pakai nikon 401s, nilah kamera slr pertama aku....lepas pada tu aku berhenti seketika, then masuk MMU , aku dah bosan dgn dunia arkitek...asyik kene buat drawing jek. pastuh kene present....kurang cabaran, aku kene cari sesuatu yg lebih mencabar...last2 aku decide nak masuk MMU, sbb ada course yg cool, film and animation...

old cam

old cam

catridge cam
catridge cam
nikon 401s
nikon 401s

nikon coolpix 4500

nikon coolpix 4500
1Sep/091

China-Tianjin,Beijing Aug 09

China

9 Aug 09

Duration: 5 days  Cost: RM2000 approx. for 2 persons (rm1400 airasia with accomo. for 2)+rm600 for shopping etc-tak sampai pun rm2K

Sebelum melangkah kaki ke awan biru, kami sempat bertemu mata dgn anak-anak di kampung.Walaupun sekejap cukup utk memeluk dan melepas rindu selama sebulan tidak berjumpa. Walaupun 2 minggu di India,namun keseluruhannya kami meninggalkan mereka selama sebulan. Sentuhan dgn anak-anak merupakan ubat rindu yg paling mujarab. Bila tiada di mata, hanya mimpi tempat kami bertemu. Mimpi merupakan medan indah walaupun ia akan hilang begitu sahaja. Kali ini kami akan berlepas dari LCCT, tidak seperti India di KLIA. Memandangkan kami mengambil AirAsia,disinilah tempat berlepas. Nak kata teruja hendak ke China, tidaklah sangat,penat India masih belum habis. Kalau tidak kerana conference,memang tidak sampai ke China. Bak kata-kata hikmat belajarlah hingga ke negeri China.

Kami akan bertolak jam 1 pagi, kali ini dihantar oleh Ani, adik Aishah ke Erl Putra. Memasuki lobi berlepas terlihat ratusan manusia bertopeng,semua angkara h1n1.Kami juga bertopeng. Bagi yg gedebe tidak bertopeng,statistik dah mencecah puluhan orang sudah mati kerana wabak ini. Menanti masa memasuki hari berikutnya, jam 1 pagi.

Day 1 10 Aug

Jam 12 lebih semua berderetan keluar melangkah keluar dari balai berlepas. Ada pelbagai warga bumi, ada warga tempatan ada warga luar. Semua hendak ke China. Terlihat seorang warga seakan-akan warga tempatan. Namun gayanya seakan rakan dari seberang. Kebanyakannya bertopeng moga-moga terhindar dari H1n1. Namun perjalanan yg hampir 6 jam ke Tianjin bukan mudah utk tidak membuka topeng,maklum saja kekadang ada yg hendak makan,ada yg hendak minum.
Ketika menghampiri kapal terbang, terpahat pandangan kepada seorang warga seberang tadi, memudahkan bahasa, lelaki tersebut ku panggil Sukiman. Sukiman cukup tidak diam, mulanya dari bilik berlepas lagi sibuk mengambil gambar,kadang nampak rakaman video kadang nampak gambar sahaja. Dia cukup aktif merakam kerenah rakan seberangnya, kekadang disuruhnya rakan merakam gambarnya, kekadang dirakamnya gambar sendiri.

Sekeping dua boleh lagi ku tahan, namun perangainya dari bilik berlepas ke lapangan terbang berlatar belakangkan burung besi, sampailah ke dalam perut kapal terbang, tak lenguh, tak letih, sungguh bersemangat mengambil gambar. Terasa terganggu walaupun bukan kami yang dirakam. Namun pemandangan klik sana sini cukup serabut. Anggarannya, kalau dia seorang blogger, sudah tentu postingnya kali ini bertajuk ' Pengalaman pertama guek menaiki burung besi'. Penuh dgn gambar yg sudah tentu dirasakan tampan baginya.

Selalunya warga seberang boleh diteka dari cara berpakaian hinggalah tuturnya, selalunya pakaiannya sudah cukup membuat telahan. Kalau tak bertopi dgn sluar slack,mesti kemeja kemas masuk kedalam seluar.Yang paling canggih baju batik. Bukan mengutuk, tapi sekadar bercerita cara berpakaian, tidak ada salahnya.

Malam sudah cukup tua, sudah mencecah pagi, memang sengaja mencari penerbangan malam. Boleh tidur, boleh mimpi diawangan. Menaiki Airasia jgn mengharap berlebihan, semua kena beli ,padan dgn harga. Mungkin keletihan, Suparman sudah berhenti mengambil gambar. Kalau boleh dihuklurkan kepala keluar,mahu dibukanya pintu kapal terbang. Tidurlah dia dgn rakan mereka.

Tiba di Tianjin waktu pagi. Warga Cina dari pelbagai rumpun ada. Katanya ada 56 rumpun Cina di China. Kalau kita mungkin kadazan, iban, melayu kelantan, melayu perak dsb. Dari Airport mengambil ke hotel penginapan, dalam hampir 10 tahun berjalan serata dunia. Inilah pengalaman yang paling sukar utk berkomunikasi,disangkakan orang Cina boleh berbahasa Inggeris kalau tidak yes or no sekurang-kurangnya dapat tunjuk no bas pun sudah cukup.
Namun sebutan ejaan rumi pada kertas rujukanpun sukar difahami, apatah lagi cara kami menyebut,mengikut ejaan satu persatupun masih tidak boleh  difahami.Akhirnya bahasa isyarat mejadi rujukan, kami perjudikan arah tuju kami menaiki bas no 8.

Penat ada, letih ada, semua bercampur baru. Peluh pagi sudah membasahi tubuh. Luasnya negara ini, dari segi binaan senibina kiri dan kanan, amatlah luas, gah dan angkuh. Semua berskala besar. Sudah tentu berjalan keluar dari stesen bas pun sudah cukup memenatkan.

Kami mencari Home Inn, hotel yg bersaudara dgn Airasia. Jauh juga pada mulanya, nasib baik Aishah cukup pakar dalam memahami peta, tidak byk tulisan didinding yg membantu sebab mereka jarang gunakan tulisan rumi.

Kami sampai juga ke Home Inn sekali lagi masalah bahasa dikaunter, nasib baik ada pemuda Cina dikaunter yg boleh faham seciput dua bahasa Inggeris. Geram pun ada bila tidak boleh faham apa yg kita hendak. Menaiki bas ke kota Tianjan melihat keagungan bangsa Cina disini, keangkuhan bangunan kiri dan kanan, dan keluasan jalanraya amatlah luas. Bayangkan satu arah jalan sampai 5-6 laluan. Dan jalan dipenuhi mereka yg berbasikal kiri dan kanan. Mungkin basikal lagi banyak dari kereta. Namun ini kenderaan kegemaran bangsa ini. Jauh berbeza dgn India. Bangsa ini bangsa yg memiliki keistimewaan sendiri. Mereka persetankan bahasa Inggeris,rata-rata kalau hendak diberi peratus yg berbahasa Inggeris sepanjang kami berada disini, boleh diletakkan dalam 1% sahaja. Namun negara ini khasnya Tianjin sudah jauh maju.

Tianjin
Tianjin

Bangsa ini, bangsa yg telah lama memiliki tamadun.Namun tidak dinafikan ada juga bahagian negara ini yg mundur. Melabuhkan diri di Home Inn sudah cukup syukur, hembusan sejuk penghawa dingin mengeringkan keringat ditubuh, berehat seketika,membersihkan diri dan bersiap utk menyelongkar warkah pengalaman di bumi Tianjin

penat setiap kali hendak melintas jalan, luas bagaikan lautan

penat setiap kali hendak melintas jalan, luas bagaikan lautan

.

Selesai bersiap kami menerokai kawasan Nanjing road & binjiang, banyak yang menarik, ada seakan Petaling street namun, saiznya berlipat kali ganda besar. Kami terjumpa masjid, cantik buatannya.

Sebelah petang, pulang membawa penat setengah hari berjalan kaki di kota Tianjin. Esoknya hendak ke Beijing. Kota wajib utk disinggah sekiranya berpeluang.

Day 2 11 Aug Beijing-Tian Am Men Sq, Forbidden City, Qian Men St- Nuijie Mosque,Badaling Great Wall

Pagi hari lagi kami sudah bangun sebab pukul 5 subuh sudah tiada. Selesai bersiap kami menaiki bas ke stesen keretapi utk menaiki speed train. Sekali lagi masalah bahasa ketika menaiki bas. Namun kami seakan mangli dgn kerenah bahasa, marah bercampur geram bila saat penting tidak dpt dibantu. Teruja sangat utk menaiki keretapi ini sebab perjalanan biasa ke Beijing dari Tianjin dgn bas memakan masa 2 jam. Bullet train ini dapat tiba di Beijing dalam masa 30 min. Hebat dgn kelajuan yg mencecah 350km/j.

d fastest train

d fastest train

bullet train -tianjian to beijing

bullet train -tianjian to beijing

Tiba di Beijing masih awal, namun mentari sudah menyinar dari jam 5 pagi lagi. Kami terus mencari jalan utk ke Tian An Men square. Disini tersergam indah Forbidden city dsb. Sukar sungguh utk mendapat tunjuk arah kerana mereka yg ditanya semua tidak tahu berbicara dalam bahasa Inggeris. Tunjukkan tulisan dalam B. Inggeris pun masih tidak boleh faham. Mungkin mereka tahu tulisan cina, nasib agak baik kerana tempat yg dituju ada tulisan cina dalam cetakan nota. Tawakal dan sabar saja menemani kami ke tempat dituju.

Tiba di Tian An Men Square. Ribuan manusia menjunjung payung, berwarna warni,menghiasi muka bumi disini.Kalau dilihat dari awan mesti cantik pandangannya. Ribuan manusia menghujani dataran ini. Luasnya dataran ini boleh dibayangkan puluhan padang bolasepak yg penuh dgn manusia,jalan besar yg memisahkan ikon ikon penting di sini. Besarnya macam jalan dia Tianjin juga 10-12 laluan kereta.

Tian An Men Square

Tian An Men Square

Rupanya kami datang musim summer disini, panas memamah kulit memang terasa peritnya. Dalam lautan manusia kami berjemaah menuju ke forbidden city. Dipanggil forbidden city kerana suatu ketika dulu rakyat biasa tidak boleh memasukinya. Ada orang barat, ada orang timur, ada orang selatan, semua berkumpul melihat keunikan kota ini. Yang menjual ais krim memunggah kotak, menjaja sana sini. Yang menjual air juga tidak penat berteriak. Satu pun tidak faham, tapi melihat apa yg dijual barulah tahu apa maknanya.

me in forbidden city

me in forbidden city

Panas terik, hujan peluh,  kami memasuki kota ini. Melihat keegoan manusia dan bangunan batu. Tersirat kuat adat bersimpul tamadun, inilah China. Sebuah kuasa ekonomi dunia hari ini. Sungguh gah kuasa ini.

Selepas berjam menghabiskan masa disini, kaki ini meneruskan perjalanan mencari masjid tersohor disini, Nuijie mosque. Menaiki bas mencarinya,samalah seperti datang tadi, meredah bahasa asing dgn tawakal agar sampai ketempat dituju. Tuhan memudahkan segala kerja kami. Mungkin niat kami utk menghambakan diri,maka dipermudahkan segala urusan ini. Kami mengabdikan diri seketika di Masjid ini. Dalam berjalan ke masjid,kami hilang arah lagi ,walaupun dekat ini bukan kampung kami. Nasib baik ada kakak berskaf menolong kami, jauh juga dibawanya hingga tiba ke masjid ini. Masjidnya tua. Batu bercampur kayu buatannya, memang nampak sangat senibina timurnya. Motif dan ukiran milik bangsa ini,bangsa yg berkongsi Tuhan yg satu.

Menjejak kaki kedalam kawasan masjid,agak asing bagi kami kerana tiada kesamaan dari segi susun atur dgn Masjid di Msia. Melihat kumpulan warga tua menunggu panggilan azan sambil bersantai depan masjid,sudah dapat diagak umurnya. Mereka dalam 70 thn keatas. Tua, cukup tua. Seronok bila melihat bangsa lain berkongsi Tuhan yg sama dgn kita. Hanya bahasa Quran menyatukan kita.

Niat dihati utk mencari restoran makanan islam Cina. Namun melihat menu tidak memecah liur.Lidah China tidak sama dgn lidah Melayu. Yang menjamu selera ada warga tua, ada warga muda, ada awek shopping complex. .Walaupun terukir tulisan Al Quran, restoran yg kami masuki tidak faham apa yg kami tanya, melihat warga sini mengangkut tray berisi lauk yg sama saja, nasi berketul-ketul berlonggokan didalam tray, disimbah gulai kacang panjang.  Itu saja. Hendak dikata vegetarian, gambaran didepan ada seakan ayam ikan. cuba bertanya buku menu, itupun tak faham. Lalu kami mengorak langkah. Tinggalkan warga lapar menjamu perut.

Entrance of the oldest mosque in Beijing. Nuijie Mosque.

Entrance of the oldest mosque in Beijing. Nuijie Mosque.

Masjid di Beijing

Masjid di Beijing

Selesai tugas wajib di masjid. Kami bergegas meneruskan niat utk ke Great Wall. Kalau tak pergi tak lengkaplah perjalanan ini. Hari sudah mula mengukir tua. Perjalanan ke sana sejam, balik sejam. Kalau sampaipun memang semput. Kami nekad, pergi jgn tak pergi. Sudah termaktub dalam takdir,kami akan sampai seadanya. Membeli tiket dalam 75Yuen (rm 40). Titik Great wall ini adalah Badaling,panjangnya 600km. Memang wajib tersenarai dalam 7 benda ajaib dunia. Dinding batu ini merayap dari bukit ke bukit tiada putusnya. Kalau hendak berjalan, mungkin berbulan masanya. Yang penting setiap sudut dirakam sepuashati. Negara ini menggenapkan langkah kami ke negara yg ke 20 dalam pengalaman berjalan dimuka bumi. Cantik buatannya, keangkuhan dinding jelas berdiri teguh. Ramai manusia berjalan sana sini,menyelongkar sudut sudut tembok.

Great ppl with the great wall :)

Great ppl with the great wall :)

great wall

great wall

Kami mengambil kesempatan mencari bukaan di tembok disatu sudut tersorok utk menjamu perut. Lapar, itu saja yg boleh diungkap, walaupun tak sampai 500m berjalan, gambar yg diambil sudah cukup sbg kenangan. Senja sudah hendak berlabuh, kami menaiki bas kembali ke Beijing, basnya penuh, namun pemandunya tidak mengharamkan warga bumi memenuhi basnya. Kami disuruh duduk diatas lantai bas, semua tidak segan duduk beralaskan surat khabar menghabiskan masa sejam perjalanan.

bersambung....

31May/091

suatu hari di tahun 80 an

hari ni hari sekolah,mak akan bangun seawal 5-30pg,begitulah seharian rutin hidupnya,siapkan sarapan pagi utk family sebelum kesekolah. Aku bangun seawal   6am. Dalam keadaan tak ikhlas dan mamai utk mandi dan gosok gigi. Selalunya sembahyang berjemaah dgn ayah aku. Lepas tu menjamah sarapan, selalunya sandwich sardin, kalau tak nasik lemak, kalau tak pulut dgn nyiur, ataupun nasi goreng,mee goreng. Tu semua makanan rutin org Msia.

Jam 7-15pg  semua org bersiap pakai kasut, sorang ada 2 kasutkalau tak kotor pakai la seminggu. Kasut favourite, kasut BM2000, kasut yg poyo sikit kasut pallas, kasut paling poyo kasut bata org buat main takraw. Kecik-kecik pun dah pandai memilih. Kebetulan mak ngan ayah aku cikgu. So tak jadi masalah dr segi timing utk kesekolah. Tapi sebelum kesekolah, aku ngan adik aku akan bawak bekal. Selalunya dalam bekas tupperware dgn sebotl air. Beg galas yg stok ada byk poket, lagi byk poket lagi ganas. Masa tu beg tidak seberat hari ini seingat aku.

Paling sedih bila air tumpah dalam beg, abis buku basah. Tradisi bawak bekal ni memang budaya mat salleh, Amir memang tak pernah miss pack lunch dia. Memang setiap hari bawa bekal. Sampai sekolah dalam jam 7-30, maklum la pekan di Besut bukan besar,takde trafik jam, zaman aku tu lagila takde trafik light terus. Selalu kalau musim org main guli, aku akan join budak-budak main guli kat kawasan skolah. Guli putih tu mesti senjata budak zaman tu. Guli sapa tahan lama tak pecah bila kene tembak ngan guli lain, memang dia akan jadik hero.

7-45pg loceng berbunyi, sampai masuk kelas. Paling boring bila cikgu buat spot cek, tgk kuku potong ke tak, stkin pakai ke tak,kut la pakai stokin belang-belang. Masuk kelas masih segar wakt pagi. Dalam Jam 10 rehat sapai 10-30, masa rehat waktu palig ditunggu, nak membedal , nak main. Kepala ingat main jek. Dr darjah 1-3 memang aku ngok habis. aku tak tau pun apa tujuan aku kesekolah,  yg aku tau pergi belajar,main, tapi aku tatau naper aku perlu belajar.

Hukuman paling ganas pernah aku terima ialah kene sebat dgn papan kerusi kat punggung sambil berdiri atas kerusi. Ni semua gara-gara member aku repot kat cikgu, aku cuma bisik kat dia, cikgu tak pakai spender, hampes, aku nak nangis tapi aku kontrol. Mamat yg repot ni member baik aku, skang dia lepak kat Edinburgh.

Darjah 1, masih aku ingat yg aku taktau pun exam tu penting, satu benda aku taktau, jauh beza dgn anak zaman skarang. Jauh beza dgn anak aku Amir, yg sudah lancar pandai membaca semuda 5 tahun. Bila exam jek, no aku book dlm kelas ialah 5 terakhir dr belakang, kalau ada 40 org murid, aa aku dalam range 36, abis-abis kalau ada improvement 32 tu dah kira abis class. Mak aku cakap aku kuat main, malas belajar.

Sesuatu yg pahit zaman lampau kadangkala manis utk hari ini, tambahlagi kenangan zaman kecil. Salah satu kenangan pahit tapi amat bermakna dan kenangan ini menjadi salah satu tulang belakang research phd aku. Kantoi meniru exam sejarah. Ni paling hampas dalam sejarah akademik aku, bukan kerana tak study, tapi tamak haloba. Member aku yg top scorer pun meniru jugak, tapi aku takde rezki, :) lalu kantoi. Result aku A walopon tak sempat nak meniru, tapi tamaknye pasal. Aku fail. Skang sejarah menjadi salah satu asas research aku, research aku berkaitan history+heritage+visualization+multimedia+architecture, susah nak rumus apa aku buat ni, tapi faham je la tajuk kat atas tu.

Lepas waktu rehat time paling malas nak blajar, sebab perut dah penuh,mata dah start ngantuk, tambah lagi jam 12-1ptg. dalam 1-30 abis skolah, cam biasa tunggu ayah aku amik kat skolah.  Kalau time mak ayah aku kene ngajar petang, time tu lah aku dah start blajar naik bas. Tambang 20 sen kalau bas skolah, kadang mak aku tak sempat wat bekal. Aku bawak singgit, 40 sen tambang bas. 60 sen= air 20 sen,nasik lemak 30 sen, gula-gula sposen. Takde saving heheh.

Paling best bila atuk datang ziarah, time ni lah aku nak belanja mewah. Best seyh. Atuk bagi lagi singgit. AKu bawak skolah jugak, bleh beli makanan karut-marut. Bleh beli ding dong, kum kum,mamee. Seme tu ada mainan kat dalam. Abis-abis ada sticker. Selalunya lepas waktu skolah, petang aku lepak kat rumah, tgk tv pendidikan, maklumla zaman tu mana tv dah start jam tgh hari, Rtm start jam 5 ptg. Selebihnya kene layan tv pendidikan, best sebab ada subjek sivik, subjek sivik ni macam drama la, ada Ali, Kumar dan Ah Chong. Paling bosan layan badut dalam tv pendidikan, rasanya subjek English.

Jam 5-7ptg, time ni time main kat luar, time masuk semak, masuk belukar. Zaman main buah getah, penuh dgn buah getah. Paling best bila ada org tua nak ke sungai blakang rumah, mesti nak ikut sama. Bila dah dapat greenlight, lama-lama bleh gi sendiri tu lagi best. Sungai tu toho aje, cuma ada part bahagian dalam, belah kg satu lagi ada lubuk, sellau aku dgr ada org lemas kat situ, bila lemas slelau dikaitkan dgn penunggu. Aku sendiri pernah lemas kat situ, tapi umur aku panjang,kalau tak dah lama aku arwah.

7 ptg keatas, tok nyang aku sibuk suh masuk rumah, magrib setan ramai katanya, takut kene sorok antu kopek. Masa tu aku slalu imagine, antu kopek, berkedut dan panjang kopeknya, pastu suka sorok budak-budak bawah kopek. Patutla org cari tak jumpa. Pernah jugak aku dengar budak ilang, tapi jumpa balik. Paling sadis slalu dgr masa ilang dijamu makan macam-macam makanan best, ayam goreng,tembikai,karipap, tup tup ntah apa-apa dimakannya.

Maghrib kene mandi, sebab nak ikut bapak aku ke surau, kalau tak ikut bapak, ikut atuk aku. Mana-mana lah asal sampai matlamat ke surau. Paling bosa bila ada kerja rumah. Paling best bila ada makan-makan kat surau, lagi awal makan lagi best. Bila makan lepas Isyak paling boring sbb lewat sgt, bertahlil pun tak ikhlas. Kalau smyang kat surau budak kene duk blakang, sbb budak ni bukan smayang pun, smayang sambil cuit-cuit,gelak-gelak. Abis-abis kene marah dgn org tua lepas smayang. Bila kene marah slalunya cover balik dgn lipat sjadah.

Time menjamu lepas smayang paling best bila senior hidang makan, time ni kitorang budak lagi, takleh harap bawak kuah,bawak makanan takut tumpah. Bila besar skit time kitorang angkut makanan. Sambil tu mana yg muat masuk poket, masuk terus. Lagi best bila makanan tak abis, bleh bawak balik rumah. Memandangkan atuk aku tok imam kat situ, kalau makan aku nyelit tepi dia sbb makanan vip ni lain skit. Tapi bila aku dah bsar skit, boring duk ngan org tua, maklum la topik tak masuk line. Slalu aku duk lepak dgn org tua otak budak, macam Peri ngan Pok long diorang ni kira tua, tambah lagi Pok Long, tapi suka layan topik bodo budak-budak. Tu aku suka lepak ngan derang. Slalunya jam 9 dah ada kat rumah. Rumah aku dgn surau, dalam 5 sedut rokok daun. Sebut pasal rokok daun, ingat plak curi-curi isap rokok daun. Sebab ia rokok daun, jadi tak seganas rokok biasa, slalunya aku lepak ngan atuk, pow rokok dia, isap rokok daun kosong. Cam org besar je rasanya.

Lepas balik smayang slalunya tgk tv,tupun kalau takde kerja rumah. Tv zaman tu citer Opah, fall guy,greatest american hero. Opah paling best, ada burn, bob,joyah. Ni memang citer family. Kalau ujung minggu ada tayangan gambar, antara citer best, gila-gila remaja sbb semua nak jadik roy yg membawa diri dgn motornya masa frust. Hero zaman tu latif ibrahim, jin samsudin,kalau stok lawak, badul, saleh yaakup,yusni jaafar. Paling best kalau ada citer p ramlee ujung minggu. Gitulah rutin aku setiap minggu di tahun 80 an.

Filed under: Nostalgia 1 Comment
14Dec/080

Bah di Besut

Di besarkan di kampung, hidup tidak pernah kenal erti takut,

Ular, lintah, pacat mainan harian,

Musim tengkujuh datang lagi, tiada tengkujuh di Glasgow,

Yang ada hanya frost...snow..fog...hujan..

Hujan di Besut tidak serenyai hujan di Glasgow

Mendung di Besut tidak semendung Glasgow

Sejuk di Besut tidak sesejuk Glasgow

teringat zaman kanak-kanak, hujung tahun menanti bah,

kecewa menggila kalau bah tak datang,

seronok gila kalau bah datang,

masa bahlah utk bermain air kolam besar,

menggigil pun tak apa, tidak segigil Glasgow,

ubi kayu, biskut kering cicah kopi, lantai basah teman sejati,

masa itu sudah menjadi sejarah,

yg ada kini kenangan yg lampau

28Sep/080

Suatu ketika dulu

Berpuasa di perantauan, kekadang mengingatkan kembali zaman-zaman jahiliah dulu,duk kat asrama. Betapa bosannya duk makan ikan jaket sbg lauk rasmi. Time paling boring waktu sahur, terpaksa ke kantin asrama dgn muka tak ikhlas, tambah pula lauk sejuk. Tapi semua tu dah berlalu, skarang rindu pulak zaman-zaman tu, indahnya kalau boleh tgk balik video zaman lama...