selamat hari raya dari kami
sempena hr raya,krew kami di Paisley/Glasgow nak minta maaf byk2,atas dosa dsb.walaupun blog ini tak pernah amik tau sapa pembaca,apa yg dibaca dan entah ada org baca atau tidak.tuan punya blog tak amik kesah hehehe..apa pon maaf tetap dipinta.
dulu ada taruk 'counter' utk kira org visit, ntah mana plak ilangnya,skali godek skali kluar,last lantak la counter.apa-apa maaf byk2 kalo ada kata kata dlm blog ni yg menghiris hati sanubari,spt yg diwarning awal2 jgn baca blog ini kiranya takde kerja
![]()

dah masuk 4 thn kami disini,thn lepas raya di Msia,thn ni raya di UK balik.dari segi kemeriahan tiada beza, cuma 'feel' raya mmg Msia lagi best...
ada bau bunga api, ada bau bakar lemang, ada bau rendang, ada bau tahi ayam di kampung, ada bau org bakar sampah, ada org sibuk pasang pelita...sementara tunggu buka puasa boleh lepak lepak dekat veranda, bleh lepak bawah pokok, boleh sapu sampah, kalau jiran ramai, kurang kurang 2 ,3 jenis kuih skali sampai waktu berbuka, semua tu elemen penting di kampung....tanpa elemen itu tiadalah erti raya di kampung...
phd
adakalanya topik phd ni cukup menggusarkan,cukup serabut.sekarang dlm peringkat akhir penulisan dan baru disedari bahawa yg paling susah adalah introduction dan conclusion.mengapa 2 ini susah? mengikut firasat spvsr, 2 perkara ini merupakan element penting bg examiner utk mula membaca dan merumuskan penulisan kajian kita.kiranya 2 ni tidak menarik,ataupun kurang kick,maka ia akan mempengaruhi thesis kita. bak kata pepatah
“To find out your real opinion of someone, judge the impression you have when you first see a letter from them.” Arthur Schopenhauer
soalnya as a beginner dlm phd, adakalnya kita tidak nampak spt spvsr kita nampak.bukan soal bahasa. ada benda walaupun kita berckp dlm bahasa yg sama, spt bhs melayu, apa yg diungkaikan lain maksud, dan apa yg difaham adalah lain maksud.jadi utk bertemu titik pertemuan sefahaman memang sukar, kesukaran ini perlu dikaji,dibaca.
jadi sekarang terpaksa membaca balik arguement,criticism tahun pertama phd. terpaksa mencari kecacatan kajian dulu,kekurangan kajian pengkaji lain dan menambah dgn penemuan yg kita buat.
InsyaAllah kalau tidak ada aral, oct akan ke italy, firenze dan nov akan ke cyprus.tgh nak adjust org msia suh dtg jaga budak2 spjgn ketiadaan disini,hajatnya nak bawak sikecil ngan ibunya sekali.
tgklah camna.
sambutan aidilfitri glasgow 2010
buat pertama kali komuniti akan mengadakan sambutan aidilfitri,sembahyang raya,takbir dibawah satu bumbung pada hari raya pertama. ya tahun lepas kami beraya di Msia.InsyaAllah sambutan kali ini akan lebih meriah dimana ratusan warga Malaysia di Glasgow akan berkumpul dibawah satu bumbung.masih belum diketahui rayanya hari apa.
Insyaallah buat julung kalinya, majlis ini diadakan khusus memberi ruang buat masyarakat Malaysia berkumpul bersama-sama merasai keindahan mengalun takbir raya, menunaikan solat sunat Aidilfitri, mendengar khutbah dalam bahasa ibunda, beramah mesra dan mengukuhkan ukhwah sesama kita. Turut diraikan majlis aqiqah buat anakanda Numa Eshal, puteri kepada Encik Mohd Khuzairi & Puan Siti Khadijah dan anakanda Nur Aleesya, puteri kepada Encik Mohd Afiq & Puan Syieda

Memandangkan tarikh jangkaan aidilfitri berkemungkinan jatuh pada hari Khamis (9/9/10) atau Jumaat (10/9/10), makluman tarikh jatuhnya 1 Syawal 1431H akan dimaklumkan melalui egroup dan websitehttp://malaysiaglasgow.co.uk/ramadhan/ dengan merujuk ke Central Mosque dihttp://www.centralmosque.co.uk/ atau media interaktif Nur Ramadhan@online dihttp://www.ustream.tv/channel/nur-ramadhan atau melalui Radio Ramadhan Glasgow 87.7fmhttp://glasgow.radioramadhan.com/
Jemputan terbuka kepada semua warga Malaysia. Mohon kepada semua agar dapat bekerjasama, senyap dan menghormati waktu berlangsungnya takbir raya, solat sunat dan khutbah. Mohon dipanjangkan / disampaikan kepada sahabat-sahabat anda yang turut serta dimajlis tersebut.
Insyaallah satu tabung sumbangan akan turut disediakan bagi membantu pihak komuniti menjalankan aktiviti-aktiviti lain di masa hadapan.
Mohon kerjasama daripada semua warga komuniti agar :
1. Membawa sejadah dan kelengkapan solat masing-masing
2. Mengasingkan siap-siap dari rumah POTLUCK kepada 2 hidangan untuk diletakkan di dua meja utama, ruangan Adam dan Hawa
3. Setiap hidangan potluck disertakan sekali senduk / utensil yang bersesuaian untuk kemudahan pengambilan makanan.
4. Melabelkan nama anda di bekas hidangan, senduk, utensil, periuk, pisau etc untuk memudahkan proses pemulangan.
Insyaallah pihak kami akan menyediakan dua meja utama ruangan Adam dan Hawa, minuman, cawan, pinggan, sudu dan garfu..
Maklumat semasa akan dimaklumkan dari masa ke masa..
- Setiausaha
raya preparation
"saja"
From raya 2010, posted by Izani Zainal on 9/04/2010 (14 items)
Generated by Facebook Photo Fetcher
2 artikel
dalam rujukan hidup di UK kat atas ada 2 artikel, gp registration & makanan halal.
check out
phd
belajar
sebelum menjejakkan kaki ke bumi Britain ini,nenek pernah bertanya,buat apa lagi belajar,gaji dah cukup.duduk di Msia sajalah.
aku menghormati pendapat nenek,mungkin dia kurang memahami kenapa kita harus belajar.kiranya satu hari nanti anak anak ku bertanya perlukah belajar lagi,ataupun mau meneruskan belajar lebih tinggi, aku akan jawap sebaliknya berlawanan dgn apa yg nenek aku ckpkan. Bukan derhaka, cuma berlawanan pendapat. Kenapa?
Belajar adalah proses yg berjalan sepanjang masa hingga keakhir hayat. belajar tidak semestinya di menara gading, belajar dari pengalaman, belajar dari persekitaran,belajar dari alam.
phd
mengapa harus aku belajar hingga ke phd?
- kerana ikhlas dari hati utk memiliki ilmu setinggi ini demi agama, demi Allah
- bidang education, is nothing tanpa memiliki ilmu yg diiktiraf hingga tahap phd
- phd merupakan pengkhususan, pengkhususan yg kita specialise dlm bidang tertentu yg menjadikan kita sbg pakar utk dirujuk
ada hujah hujah dangkal berkata, semua tu duniawi. Betul. Kalau duniawi, jgn belajar bab dunia, tinggalkan saja,jgn kerja sbg arkitek sbb itu duniawi, jgn jadi engineer, sbb itu duniawi, jgn jadi doktor sbb itu masih duniawi. cetek sungguh berfikir sebegini.
agama adalah asas kehidupan, utk hidup dijadikan dunia sbg medan, tanpa ilmu didunia jadilah kita sbg manusia yg merempat dibumi Allah. Jadi sbg muslim sudah tentu menjadi kewajipan saya mewakili agama saya utk menjadi pakar dlm bidang bidang yg kita minati didunia ini, adakah kita mahu menyerahkan semua bentuk kepakaran dlm bidang duniawi ini kpd bukan muslim. tggjwb belajar hingga peringkat phd saya rumuskan wajib bagi mereka yg akan fokus pd bidang akademik, terutama hi-edu.
secara peribadi, univ. kita jauh ketinggalan kalau dibandingkan dgn univ. di barat, di UK sj anda boleh namakan univ dari A-Z. Umur univ pun ratusan tahun.Lihatlah tamadun ini bermula. Mereka menghabiskan byk masa melakukan kajian. Budaya ini sukar didapati di Msia walaupun ada tapi masih peringkat yg agak mentah. Pengalaman dlm 7 tahun di Msia,mengendalikan beberapa fund,kajian tidak sehebat disini.
Bila kajian dijadikan budaya maka ia adalah cara hidup. Kdgkala kita melihat org kita lebih suka menggunapakai hasil kajian org semborono,paling menyedihkan mengambil pakai tanpa mengetahui kebenaran disebalik suatu tabiat. Disini seringkali kita ditipu, ambil contoh gelang magnet,ramai yg memakai hanya berdasarkan gembar gembur iklan. Itulah kita,aku tak pasti sejauh mana benarnya ,tapi kalau ada scientific research mungkin boleh dikongsi.
Sbg ahli akademik, mengajar,mengkaji shj masih tidak mencukupi tanpa sbrg publication, publication ini dinamakan klimaks dunia akademik, hub utk berhubung,hub utk mempamer, menceritakan apa yg kita buat. Pengalaman dalam puluhan conference yg dihadiri mmg cukup menakjubkan, umpama kegilaan remaja menghadiri majlis hiburan. DI conference lah tempat ahli akademik, berjumpa bergaul dan bersama berdiskusi. Disini terdpt saintis,pencipta dsb. Bisa menundukkan diri kita yg kerdil bila bergaul sebegini, namun senario ini amatlah baik utk masa depan.
Sebut pasal kajian tetiba teringat pula kisah seorang pensyarah di U tempatan yg mencipta apple peeler,yg memenangi award. Sayang sekali hasil kajianya itu rupanya sudah lapuk. Bila di cari di Ytube, terdpt puluhan teknologi begitu dan sudah berzaman dicipta.fikir fikirkanlah dimana tahap kita.
beberapa event
dalam bersembang dgn rakan rakan di glasgow, ada yg baru ada yg agak lama,baru terperasan yg tahun depan ramai yg akan meninggalkan Glasgow utk pulang ke tanah air. Aiseh terasa sangat akan kehilangan rakan yg cukup rapat beraktiviti bersama. Memang akan terasa nanti sebabnya,disinilah kami bersama dlm menjalani aktiviti mingguan, gathering, ah..cukup sunyi nanti, walaupun masih ramai lagi berada disini, namun ia tidak sama dgn rakan yg kita rapat.
kesimpulannya, dalam berkawan kiranya dtg dgn keikhlasan,maka wujudlah rasa kasih sayang,adakalanya sudah terasa spt saudara mara sendiri.dalam berkawan ada juga yg tak campur masyrkt,ada juga yg tak pernah kenal walapun dah berthn disini.sikap sebegini cukup bahaya, sebab masa susah sj mau cari kawan, memang jarang org nak amik pot. takkan kalau melibatkan kematian baru mencari msyrkt, takkan bila ada kesusahan baru mencari kawan, so fikir fikirkanlah.
setakat ni aku tidak ada mslh berkawan, dgn sesiapa pun. cuma kalau ada yg nak berpolitik, maksudnya nak berpuak2 tu mmg aku kureng, sbb ni mentaliti jumud, mentaliti usang,mentaliti zaman melaka,nak bersemangat kenegerian,mmg takde tempatla... sbb dari thn 2000,sudah terdedah dgn dunia persahabatan secara globalisasi melalui conference..jadi rasanya tidak wajar utk meletakkan barrier memilih,berpuak dsb. pd aku mentaliti itu cukup menjijikkan...masih ingat lagi tika belajar di MRSM KT,kebanyakan masa tu byk budak2 dari KL mendominasi batch we all.jadi aku dgn selambanya bergaul tanpa batas kenegerian. seringkali mamat mamat totok,jumud akan memandang serong sbb berkawan dgn budak luar dr Trganu. Tapi aku tak amik pedulipun,aku nak berkawan dgn sapa sekalipon ,apa kesah.
bercerita soal berkawan, antara tempat terbaik utk mencari kawan terutama peringkat antarabangsa, ialah conference. mmg terbaik, di conferencelah aku mengenali kawan dari Brazil, kawan dari Argentina, kawan dari Cyprus dsb. dari sini binalah network sbg cabang2 yg suatu hr nanti mungkin kita akan kesana dan memerlukan pertolongan mereka.So selalunya bila hendak kesesebuah negara yg baru,tidak menjadi masalah sbb kita sudah memiliki rakan setempat yg akan membantu dlm segala hal.
berbuka puasa di masjid paisley
akif ngaji kat adik
wajah yg sejuk mata memandang
seringkali bila aku membuat tugasan,
ada saja wajah kecil di dlm bouncer,
wajah kecil ini seringkali mahu disamping ayahnya,
apa boleh buat, nasib baik dia diam bila berada dlm bouncer,
adakala matanya berkelip2,
aku seringkali tertanya tanya apa yg kau fikirkan wahai anak...
bau nasi ayam dari dapur cukup menusuk hidung,
hari ini hari tetamu memasak,semalam pergi mengambil saudara di strathclyde univ.
saja ajak lepak dirumah,untung2 aku tak payah masak,
beriya dia nak buat nasik ayam...aghhh hari ni nasik ayam menunya,
siap ajak si jiran lagi....
3 jam lagi mau berbuka....selamat berbuka
amirah day 13
cepatnya masa berlalu, amirah dah mencecah 2 minggu, so far Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, termasuklah berjaga malam tukar lampin. Kami tak pakai diapers, kami pakai cloth diapers, lagi ekonomi dan practical syaratnya kene rajin basuh,takde rashes. Nasib baik stock cloth diapers ada byk,ni kes kumpul 2 tahun punya stock.
renungan
diambil dari blog orang,namun kalau dilihat latar belakang org yg terpilih ini,cukup yakin cerita ini benar.kalau manusia yg penuh dgn maksiat mungkin sukar kecuali dgn izinNya utk berjumpa dgn kekasih Allah.
Assalamualaikum w.b.t
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
[dipetik dari blog isu hangat]













