aku dan fotografi

nak bercerita asal usul minat fotografi, masih lagi ingat datuk aku dulu juga minat fotografi,tapi kamera dia macam kat bawah ni memang tua kameranya, yg menjahamkan, siapa lagi kalau bukan aku…masa ni aku belum minat, minat aku menjahamkan barang barang datuk, datuk aku memang minat mekaninal, dia pandai bertukang, pandai baiki barang elektrik, selalunya dia baiki sampai elok, kalau tak elok jahanam terus….tapi sifat ingin mengetahui dan mencubanya bagus, sama macam aku…masa kecil suka cari penyakit,

berbalik pada kamera, lepas jahanam kamera datuk, bapak aku pulak pernah ada kamera catridge, aiseh kelaka la kamera ni, siap ada flash terpacak keluar atas body, flash ada 4 sisi, setiap kali abis satu flash kene pusing, boleh pakai 4 kali saja, macam2 hal….

1993, aku masuk utm dgn semangat tahi ayam nak jadik arkitek…hahah, tahun satu budak budak kena amik subjek foto, masa ni lah aku start minat, minat aku berjaya menghabiskan duit tajaan mara, sebanyak rm1400 utk beli nikon 401s, hampeh….tapi berbaloi, aku mula explore kamera, majalah , buku….byk jugak pakai duit, nasib baik aku pandai cari duit,

kalau nak citer bab cari duit, Alhamdulillah segala lubang-lubang duit aku korek, tak masuk kerja haramla, merompak, mengepau, kelepet, kebetulan zaman ni jugak aku terdedah dgn graphics design, multimedia baru mula nak start, so aku byk buat part time, dari jadik geng buat persiapan raya utk shopping mall,graphics designer dgn company kaki sapu, seme aku buat,janji halal…bila dapat duit aku enjoy hahaha, belanja member kat Stulang, turun singapore, tgk wayang, ini kerja -kerja jahiliyah zaman tu…

so bila dah lama pakai nikon 401s, nilah kamera slr pertama aku….lepas pada tu aku berhenti seketika, then masuk MMU , aku dah bosan dgn dunia arkitek…asyik kene buat drawing jek. pastuh kene present….kurang cabaran, aku kene cari sesuatu yg lebih mencabar…last2 aku decide nak masuk MMU, sbb ada course yg cool, film and animation…

old cam

old cam

catridge cam
catridge cam
nikon 401s
nikon 401s

nikon coolpix 4500

nikon coolpix 4500

movie

hari ini ahad, 7 march 2010,suasana spring sudah terasa, masa sudah semakin panjang, walaupun maghrib masih lagi dlm jam 6ptg, tapi udaranya sudah terasa, mentari menyinar, suhu masih dibawah 10 C, suasana sebegini yg diidamkan oleh Scottish, English,Welsh, dan Melayu yg tinggal disini. Cantik sungguh, ini belum summer.

Pagi ini baru melepas rindu dgn menelefon tanah air, tak byk diperbualkan, cuma bertanya khabar, kehidupan dsbnya…tak sabar rasanya nak balik menjamah masakan bonda…simpan la sekilo dua bawak balik ke sini nanti…

lama juga walaupun tak byk cerita, saja mahu cuba skype, slalu guna voip lain, boleh tahan bagus skype, dulu dah pakai 10 thn lepas…lepas tu dah tak ambil tahu..hujung minggu selalunya warga Msia di Glasgow ada saja aktiviti bersama, semalam sambutan Maulud rasul, minggu depan kelas fotografi,berkongsi ilmu dgn rakan rakan yg berminat mendalami  bidang photog. ada beberapa orang yg sudah mahir disini…

spring
spring

Cantik sungguh bumi Allah. Cuma yang merosakkan makhluk ciptaan Nya. Sejak berada disini dari 2007. Sudah bermacam cuaca dilalui, cuaca yg paling kurang senang Winter, walaupun cantik digambaran, namun mengalaminya adalah menyakitkan, aku sendiri tidak ghairah nak bermain salji, ramai yg sudah ke highland, aviemore bercuti,bersalji disana, namun kami masih lagi, tunggu dulu, malas lagi, sebabnya InsyaAllah kami masih lama disini, kalau rezeki itu murah, maka makin lamalagi lah kami disini, menunggu ketentuan Nya..

penuh debaran….

ada sesuatu yg suka dikongsi, namun tidak dikongsi selagi belum terjawab, tunggu…dan tunggu…malas nak bercerita..

satu kategori baru ditambah dalam blog ini, utk berkongsi movie yg sudah ditengok,kalau cantik maka harus dikongsi, ada juga cerita yg tidak sesuai, menonton movie yg bagus ada 2 kemungkinan, ceritanya bagus dan boleh dikongsi, cerita bagus namun tidak boleh dikongsi….kenapa? Atas sebab kemanusiaan, ada antaranya yang sukar dipertontonkan, apabila melibatkan adegan yg keterlaluan, samada dari segi keganasan dsbnya…

memandangkan minat dalam cerita-cerita bersifat kemanusiaan, nilai dan kehidupan…maka diletakkan cerita yg telah ditonton…

the songs of sparrow, children of heaven, the colours of paradise

Sudah lama mencari cerita ini,akhirnya berjumpa di torrent, kalau nak bercerita soal cerita majid majidi,malas nak ulas panjang, kalau belum kenal, maka berkenalanlah dgn majid majidi, pengarah yg berjaya membawa soal hidup,soal nilai dlm diri ke dalam wajah penonton…wajah cerita sebegini tiada dalam minda pengarah di Msia, kalau ada sekalipun entah mengapa tidak dilayarkan,walhal kalau mahu dikorek cerita dari tanah Melayu, banyak sangat, dari hujung rambut hingga hujung kaki, tapi sayangnya masih byk cerita-cerita sampah dimomok ke minda masyarakat, ada pengarah berstatus professor pun masih mengeluarkan cerita-cerita lawak seram,cerita yang statusnya lawak tapi menonton sampai habis pun belum gelak….mungkin sesuatu tidak kena dgn minda ini….entah….

the songs of sparrow

When an ostrich-rancher focuses on replacing his daughter’s hearing aid, which breaks right before crucial exams, everything changes for a struggling rural family in Iran. Karim motorbikes into a world alien to him -- incredibly hectic Tehran, where sudden opportunities for independence, thrill and challenge him. But his honor and honesty, plus traditional authority over his inventive clan, are tested, as he stumbles among vast cultural and economic gaps between his village nestled in the desert, and a throbbing international metropolis. Written by David Stevens

Bacheha-Ye aseman (Children of heaven)

Zohre’s shoes are gone; her older brother Ali lost them. They are poor, there are no shoes for Zohre until they come up with an idea: they will share one pair of shoes, Ali’s. School awaits. Will the plan succeed? Written by Eileen Berdon {eberdon@aol.com}

Rang-e khoda (The Color of Paradise)

Mohammad, a boy at Tehran’s institute for the blind, waits for his dad to pick him up for summer vacation. While waiting, he realizes a baby bird has fallen from its nest: he chases away a cat, finds the bird, climbs a tree, and puts it back. His father finally comes and takes him to their village where his sisters and granny await. The lad is a loving student of nature and longs for village life with his family, but his father is ashamed of him, wanting to farm the boy out to clear the way for marriage to a woman who knows nothing of this son. Over granny’s objections, dad apprentices Mohammad far from home to a blind carpenter. Can anything bring father and son together? Written by {jhailey@hotmail.com}

Blind adolescent Mohammad Ramezani attends a boarding school for the blind in Tehran. He is a bright boy with a zest for life. With the school closing down for the summer break, Mohammad returns to his small village where his widowed father, Hashem, his two sisters, Bahareh and Hanieh, and his paternal grandmother live. Mohammad is overjoyed to be at home with his family, its female members who are as equally happy to have Mohammad back for the three month school break. Hashem, on the other hand, feels ill-equipped to deal with Mohammad. Behind Mohammad’s back, Hashem treats Mohammad as an embarrassment to the family and if he is a burden. He has not even told his fiancée about Mohammad’s existence. He does whatever he can to pass on the responsibility of Mohammad to others, such as the blind carpenter in the neighboring town under who he would like Mohammad to apprentice. This action is much to the chagrin of Mohammad’s grandmother, who is not as worried for Mohammad as she is for her own son. She is concerned about the unconditional love which seems to be missing from his heart -- love that Mohammad so craves and deserves. Written by Huggo

spring

hawa hawa spring sudah tiba, matahari menyinar walau suhu masih 0 kadangkala minus, siang sudah makin panjang walau tidak sepanjang summer, tak sabar nak hirup udara summer, ber BBQ bersama rakan rakan, berkumpul, melepak di taman mahupun santai, masa nilah yg ramai tambah berat badan…..ada saja BBQ….

kami akan pulang seketika 25 amc- 30 april 2010, mesti skejap sangat, byk benda nak disettlekan ,paling penting visa, dalam peringkat terakhir nak siapkan thesis, banyak nak kene susun,hari ini kebosanan, sebab semalam hantar chap 4, tapi banyak nak perbetulkan model, detail, texture…

ingat Msia, mesti ingat makan, maklom la makan sini tidak sebebas Msia, terutama part makan kat luar, kat sini tak habis dgn kebab, burger,fish & chips….makanan rasmi samada scottish,pakistan….

jgn terkejut bumi Glasgow ni dipenuhi, scottish dan pakistan, pakistan umpama orang Cina di Msia, mereka pandai berniaga, dari mendominasi syarikat besar hinggalah kedai kedai kebab, hebat bangsa ini walaupun datang dari negara yg tidak semaju mana..

kalau bab berniaga besar, byk juga org Pakistan yg menjadi millionaire,memang dah bertapak puluhan tahun kat sini, memang suka merantau..

bau kueh tiaw dari dapur menyusuk hidung…permisi dulu

kueh tiaw paisley

kueh tiaw paisley

pergi skolah

apa yg bagus skolah kat sini, cikgu akan sambut dlm barisan sblm masuk class, kalau waktu balik cikgu akan tunggu dan make sure budak2 yg yr 3 kebwh di ambil oleh guardian/parents

salji masih berterbangan

secara ringkas, 2 hari ini salji masih turun, akhirnya menebal dimuka bumi, paling susah orang berjalan kaki, salji kali ini mengumpul banyak air, setiap kali memijak lantai bumi pasti terpercik membasah, umpama memijak lopak air…

tikit nak balik Msia dah beli, balik tak lama, sbulan lebih jek, just nice kalau dtg balik mula summer,tak tau nak berjalan kemana sbb walaupun UK ni tak habis lagi di jelajah, kene tgk camne planning, ada plan lain lagi penting

smalam hantar kereta ke Arnold Clark -Citroen sbb diesel additive min level, min level maknanya £££ :) macam2 la plak, lagi maju peradaban kereta, lagi byk kemajuan, lagi byk kene sediakan duit.tu baru pakai citroen, belom lagi R class, maklom la student, kalau org kerja lain la citer

Hull

Nazri in Hull, rumah baru, a bungalow. Harga nearly 3 times compared to ours :) )

Leeds, N Castle & Edinburgh

Gambar last trip to Leeds & N Castle, visited few friends

Edinburgh-visiting Nazli & Danny

dlm bas

Dlm perjlnan ke u.Mcm biasa kebosanan dlm bas,selalunya ada free paper.Hari ni tak de plak.Kalau ada kurang2 boleh isi kebosanan.Cuaca cukup cantik.Matahari menyinar terik membakar pipi.suhu agaknya dlm bwh 7c.Panas mentari dgn suhu dibumi Glasgow ini tiada kene mengena.Sejuk tetap sejuk.

Hari ini spatutnya nak jumpa int.office tanya psl visa,tp aku ingat tanya melalui fon pun dah ckp.Nak jg tanya spvsr berkenaan bajet nak blk Msia.Funding hr tu ada lg,bhgian dia,dia x pakai pon. So sepatutnya balik kali ni pun masih dibwh tajaan.

Dikala kebosanan,belek belek website di Msia.lagi menambahkan kebosanan.bosan dgn cerita politik yg tak habis-habis.yg bebal smakin bebal.Adakala mungkin itu salah satu sbb golongan professional menetap diluar.Aku hanya menjangka.Tapi dr ckp2 dgn rakan yg sudah bermastautin disini belasan thn.sama sj jawapan.better life disini,standard kerja & living tinggi. Ada jg yg balik ke Msia frust sbb thp kerja x sama,kene downgrade.Tu kata org. Ada org persoalkan soal patriotik. Dlm hati berkata,nak cerita soal patriotik,pergi ckp dgn org yg kedarah harta negara hehehe. Antara patriotik & agama, agama dtg dulu.

Mati tidak akan disoal ttg patriotik. Ada org persoalkan ttg kesyukuran. Berterima kasih kpd kerajaan kerna biaya belajar diluar negara. Jadi kita perlu sokong. Dlm hati berkata lagi, sokong bkn sokong membuta tuli. Akal ada guna. Ingat kata seorg ustaz, kalau kita menjadi tunggak kerajaan yg mungkar terus bertakhta maka saham utk kita akan dibawa hingga ke akhirat. Fikir fikirkan.

Soal syukur. Pd hematnya,syukurlah pd yg Esa kerna ketahuilah hak kita sbg warga negara. Sudah mejd tggjwb pemerintah memberi yg terbaik utk rakyatnya. Dlm berjln keserata dunia, aku melihat negara yg corrupt meletakkan rakyat dibwh tapak kaki. Negara yg maju meletakkan rakyat paling atas. So dimana letak kita?

sibuk

hari hari sibuk,sibuk banget. dari jam 9pg- 12 mlm mengadap pc, 2-3 bulan ni bulan kritikal, menulis, menggodek model.

Bulan depan plan nak balik Msia tp tiket tak beli lagi, byk benda nak kene settle. Nak renew visa, tukar ke Aishah as student and aku as dependent. Kalau nak ikut, ada la dlm 3-4 thn lagi akan lepak sini. Kadang2 aku rasa puas dah duk sini, sbb cuaca menjemukan, sejuk manjang. Mungkin belom kerja full time.

Future plan ingat nak survey blah mid.east. Sana lagi kencang, tapi semua bergtg pd rezeki.

So malas lagi aku nak fikir.

Lately ni layan tv pun kurang, apatah lagi nak tgk movie. Memang semput bila ingatkan masa.

manggo

nih mempelam aku beli kat asda,manis banget! made in peru.mana nak cekau  made in siam

bawah ni gambar aktiviti ujung minggu-makan!

06022010721 06022010720
Glasgow now

Wednesday, March 10, 7:40 pm

My Facebook Photos