INFO PACK


INFO
PACK PELAJAR BARU –DI MALAYSIA | TO-DO LIST (DOWNLOAD)

BERIKUT IALAH BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN :

 Keselamatan barang-barang dan beg . Pastikan setiap beg ditanda dengan nama yang jelas beserta alamat baik alamat di Malaysia dan juga alamat University. Sila tulis nama universiti dan nama anda. Ini kerana untuk mengelak kehilangan beg-gbeg dan barang-barang yang berharga.

1.      Tarikh berangkat dan tiba . Mohon dimaklumkan kpd kami tarikh adik-adik / anak-anak akan berangkat ke Glasgow. InshaAllah pihak Persatuan Pelajar dan Masyarakat Malaysia Glasgow akan mengatur mana-mana family/individu yang berkelapangan untuk menunggu adik2/anak2 semua di airport.

2.      Waktu sembahyang . Kami akan susulkan waktu sembahyang untuk memudahkan anda apabila tiba di London dan Glasgow kelak.

3.      Cuaca/suhu . Untuk makluman Glasgow kini di penghujung summer. Walaupun musim sekarang adalah summer suhu di sini lebih dingin dan berangin(windy). Oleh itu pastikan anda memakai sekurang-kurangnya selapis sweater apabila tiba di sini kelak. Musim Autumn/gugur akan tiba pada bila-bila masa dari sekarang. Oleh itu pastikan bersetokin dan berbaju panas apabila sampai di sini.

4.      Akhir kata, banyakkan berdoa dan mohonlah ibubapa mendoakan kita sentiasa. Agar kita menjadi anak yang soleh dan pelajar muslim yang cemerlang.

MAKLUMAN PENTING:

1.      Pastikan Visa telah dipohon semasa di Malaysia lagi. Sebagai panduan, dokumen yang perlu di bawa semasa memohon Visa boleh didapati di http://www.vfs-uk-my.com . Bagi tujuan mendapatkan Tenancy Agreement bagi yang ingin tinggal di ’private’ accomodation bolehlah menghubungi AJK Perumahan/ dan Penempatan komuniti di sini. Bagi yang ingin tinggal di ’university accomodation’ bolehlah menghubungi pihak University bagi mendapatkan makluman tambahan.

2.      Kebanyakan pelajar-pelajar yang masih bujang tinggal di University accomodation. Namun ada juga yang menyewa dari private landlord.

3.      Pilihan Tempat Tinggal: PRIVATE

·        Govanhill dan Pollockshield:

Terdapat lebih kurang 40 buah keluarga dikalanganb pelajar postgraduate yang kini tinggal di kawasan ini. Ia terletak di pinggir sebelah selatan bandaraya Glasgow (South side). Perjalanan ke Bandar Glasgow hanya mengambil masa 10-15 minit dengan menggunkan perkhidmatan bas ‘first’ (www.firstgroup.com)- bas servis nombor 44/A, 66/A, 5 dan 7.

Harga purata sewa rumah di sini adalah dalam lingkungan GBP 350- GBP450 bagi satu bilik dan GBP450-GBP 500 bagi rumah dua bilik. Kebanyakan rumah-rumah sewa di sini adalah ‘fully furnished’.

Untuk ke University of Glasgow (Main Campus), perkhidmatan bas 44 adalah pilihan utama pelajar di sini dengan kekerapan setiap 5 minit ketika waktu puncak.

·        Charles Street, Sighthill, Dennistoun dan Rosemount:

Kawasan ini termasuk dalam wilayah timur bandar Glasgow. Antaranya Townhead (belakang Strathclyde Uni. Library), Sighthill, Charles Street, Rosemount Street dan Germiston yang mana jarak di antara kawasan-kawasan ini adalah di dalam lingkungan 1– 2 KM.

Dari tempat – tempat tersebut  ke pusat Bandar, Universiti Strathclyde dan Glasgow Caledonian University adalah dalam lingkungan 1 - 3 KM atau 15-20 minit berjalan kaki. Jarak ke Glagow University adalah sekitar 5 KM. Juga terdapat perkhidmatan bas ke semua destinasi tersebut. Sehingga kini terdapat lebih daripada 10 keluarga  dan tidak berkeluarga yang menyewa di kawasan ini.

Rumah boleh disewa samada dengan pemilik persendirian atau dengan Glasgow Housing Association (GHA) dan  Spire View -Blochairn Housing Association (atau lebih dikenali sebagai rumah council). Kadar sewa untuk rumah council adalah GBP 200 sebulan untuk rumah satu bilik dan GBP 250 untuk rumah 2 bilik. Rumah ini disewakan tanpa perabot. Permohonan untuk rumah council perlu dibuat dengan datang sendiri ke pejabat dan bergantung kepada sistem merit, pemohon akan diletakkan dalam senarai menunggu. Tempoh masa menunggu tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada kekosongan dan keutamaan mengikut merit. Deposit tidak diperlukan dan sebarang kerosakan diselenggara oleh Glasgow City Council. Bagi rumah sewa persendirian dua bilik dan lengkap dengan perabot, sewa adalah sekitar GBP 400-500 sebulan dan pembayaran deposit diperlukan..

Dennistoun merupakan satu lagi kawasan dalam daerah timur Bandar Glasgow. Kebanyakan rumah boleh didapati dari agen perumahan ataupun pemilik persendirian dengan sewa sekitar GBP350++ bagi rumah satu bilik dan GBP 450++ bagi dua bilik Kedudukannya juga hampir dengan pusat bandar, Strathclyde University dan Glasgow Caledonian University. Perkhidmatan bas adalah kerap dan banyak.

Bagi kawasan - kawasan  yang disebutkan tadi, pasaraya berhampiran termasuklah Tesco St. Rollox, Somerfield, LIDL, dan kedai oriental – See Woo, Chun Ying dan Lim’s. Untuk barangan keperluan seperti daging dan ayam, kedai- kedai halal banyak terdapat di kawasan sekitar Glasgow University ( jarak dalam lingkungan 5KM) seperti El Barakah, KRK, Solis dan banyak lagi dan juga di pusat bandar (Shamgate) atau di kawasan Govanhill (jarak dalam 5 KM juga).

·        West End, Area University of Glasgow:

Kawasan ini terletak berhampiran dengan University of Glasgow.

Kadar sewanya ialah di sekitar GBP400-GBP500 bagi rumah satu bilik dan GBP 500 – GBP 600 bagi rumah dua bilik.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan tempat tinggal bagi pelajar-pelajar Malaysia ialah di kawasan Woodlands Road dan Winton Drive.

Terdapat beberapa kedai halal yang boleh di dapati di sekitar kawasan ini iaitu antaranya Oriental Halal, Al-Barakah Halal Butcher yang terletak di Great Western Road dan KRK continental Halal Butcher di Woodland Road.

Kedai-kedai barangan harian banyak terdapat di Byres Road (Somerfield etc) dan juga Great Western Road.

BARANG-BARANG YANG BOLEH DIBAWA

1.      Buku dan alat tulis

·        Pertamanya, pastikan anda sudah membawa senashkah al-Quran beserta terjemahan bahasa Malaysia bersama-sama. Anda tidak akan menjumpai terjemahan bahasa Malaysia di sana.

·        Masukkan juga beberapa alat tulis asas (seperti pen, pensel dan sebagainya) kerana harga di tanah air ada lah jauh lebih murah daripada harga di sini. Lebih baik jika membawa stok alat tulis yang banyak bersama-sama. Kalkulator juga boleh dibawa sekiranya perlu.

·        Untuk memudahkan urusan catatan, boleh dibawa bersama beberapa buku tulis dan fail. Seperti juga alat tulis, harga di UK adalah mahal jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Jangan lupa membawanya andai beg anda masih boleh diisi.

·        Bagi yang akan datang untuk menyambung pelajaran, bolehlah meminta nasihat daripada rakan-rakan yang sudah pun berada di sini (baca: senior-senior). Buku rujukan boleh didapati dengan separuh harga di kedai-kedai buku terpilih di Malaysia.

2.      Pakaian

·        Sebagai persediaan menghadapi cuaca yang sejuk, baju sejuk mungkin boleh didapati di Malaysia. Namun adalah dinasihatkan agar hanya membeli sehelai baju sahaja di tanah air kerana baju sejuk boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Pastikan baju yang dibeli adalah jenis yang kalis air.

·        Seperti mana juga persediaan untuk mengembara ke tempat-tempat lain, bawalah juga pakaian rutin anda bersama (t-shirt, kemeja, seluar) dan pakaian-pakaian asas yang lain.

·        Tidak dilupa, selitkan sekali pakaian kebangsaan seperti baju kurung atau baju Melayu untuk dipakai ketika meraikan sambutan hari raya atau majlis-majlis yang berkaitan di perantauan.

·        Pakaian sukan boleh dibawa bersama jika anda seorang yang gemar bersukan.

·        Barangan elektrik dan elektronik jika berkemampuan, bawalah bersama kamera digital bersama bagi merakamkan detik-detik kehidupan anda di rantau orang. Harga kamera digital adalah lebih murah di Malaysia jika dibandingkan dengan harga di UK.

·        Kebanyakan pelajar akan memilih untuk membawa sebuah komputer riba untuk dibawa bersama ke sini. Ini akan memudahkan segala urusan untuk mengakses Internet di sini. Namun, ada juga yang memilih untuk membeli desktop di sini yang boleh didapati dengan harga yang agak berpatutan.

·        Bagi mereka yang pastinya akan memasak di sini, jangan lupa untuk membawa barangan yang berkaitan seperti periuk nasi. Alat-alat seperti periuk, frying pan dan yang berkaitan bleh didapati di sini dengan harga yang agak murah.

3.      Makanan

·        Makanan segera pastinya antara perkara penting yang harus dibawa, terutamanya bagi mereka yang masih di peringkat permulaan untuk belajar memasak.

·        Jangan lupa untuk membawa sedikit rempah ratus bersama seperti rempah sup, rempah kari dan rempah kurma. Rempah-rempah ini masih boleh didapati di sini, dengan harga yang lebih mahal.

·        Jangan lupa untuk membawa makanan-makanan menarik seperti serunding, keropok yang pastinya tidak boleh didapati di sini.

·        Yang BOLEH di bawa:  Semua barang-barang di bawah boleh dibawa tetapi boleh juga didapati di sini dengar harga yang lebih sedikit.

Ø      ikan bilis

Ø      Udang kering

Ø      serbuk kari, kurma etc. – ayam, daging, ikan, dll

Ø      serbuk cili, cili kering

Ø      Perencah2 sup, tomyam, etc.

Ø      Kiub ayam, ikan bilis, etc.

Ø      Asam keping, asam jawa

Ø      Sos cili, sos tiram (Kimball punya botol plastic)

Ø      Daun kari, daun pandan, daun limau purut, serai (dihiris nipis), lengkuas (dihiris nipis), daun kesum

Ø      semua ni keringkan betul2 (takut berkulat kalau tak kering) dan pek kemas2.

Ø      Ikan kering

Ø      Budu, cencaluk dsb

Ø      Belacan

Ø      Fuchok, so-on, dsb

Ø      Keropok ikan

Ø      susu tepung (pek plastic) kalau anak minum susu tepung. Susu tepung anak kat sini mahal dan tak byk jenama mcm kat Msia. Kebykn anak org kat sini minum fresh milk. Tapi kalau anak umur bawah 2 tahun, dinasihatkan bawa susu tepung dari sana, sbb takut fresh milk tak sesuai utk dia.

Ø      Tudung, anak tudung, dan brooch.

Ø      Sejadah, telekung

Ø      kain pelikat, kain batik

Ø      Quran dan muqaddam/iqra’ anak2

Ø      CD utk anak2 – kartun, muqaddam/iqra’, ABC, nasyid, etc.

4.      Lain-lain :

·        Berada jauh di perantauan pastinya akan menimbulkan perasaan rindu pada keluarga. Maka, adalah dinasihatkan untuk membawa bersama foto keluarga. Pastinya berguna di kala kesepian.

·        Tidak dilupa, bagi yang berkenaan, bawalah bersama peralatan sukan seperti raket tennis, badminton serta peralatan lain yang difikirkan perlu. Kasut bola bagi yang berminat main bola kerana setiap Sabtu kita mengadakan aktiviti bola sepak.

·        Akhir sekali, pastikan barangan keperluan asas dibawa bersama. Ini termasuklah sikat, sabun, ubat dan berus gigi, dan yang berkaitan.

Nota: Kami telah cuba untuk menyenaraikan barang-barang yang mungkin perlu dibawa oleh anda yang akan ke UK amnya, atau Glasgow khasnya. Untuk bantuan kebajikan mahupun khidmat nasihat, bolehlah menghubungi mana-mana AJK komuniti di sini.  

CHECKLIST FOR OPENING NEW STUDENT BANK ACCOUNT

Choices of main consumer banking in Scotland :

*Different from each branch

STUDENT CHECKLIST:

  1. Malaysian Passport
  2. Financial Affidavit from sponsor
  3. Offer letter from University with details of duration/course
  4. Tenancy agreement or 3 months Utility Bills/Bank statement**
  5. Letter from Registry confirming your address**

** Either one can be used. For a new student, Letter from registry is the commonly used

 

REGISTER WITH NATIONAL HEALTH SERVICES (NHS)

By law, it is compulsory for you and your family to register with your local National Health Services (NHS). You have to register as soon as you have arrived in UK so that you will get a FREE medical consultation/ prescriptions for your entire family member. For children under 12 years old, the prescription/medicine is FREE whereas for 12 years old and above, you have to pay for prescription/medicine. You can get exemption by applying to NHS Prescription Authority using form HC1. This form is available onlie at  http://www.ppa.org.uk/ppa/HC1_form_intro.htm or at any a Jobcentre Plus Office or NHS hospital. Your doctor, dentist or optician may have one too. You can also request a form by telephoning 0845 850 1166.

Below are some contact adress of your local NHS centre which might be in your area:

1.      Govanhill Health Centre, 233 Calder St , Glasgow , Lanarkshire, G42 7DR, 0141 531 8365

2.      Springburn Health Centre, 200 Springburn Way, G21 2DA, 0141 531 6700

3.      Govan Health Centre, 5 Drumoyne Road G51 4BJ, 0141 531 8400

4.      Maryhill Health Centre, 41 Shawpark Street , G20 9DR, 0141 531 8700

5.      Partick Community Centre for Health, 547 Dumbarton Road, G11 6HU, 0141 211 1400

More informations regarding where to register/ contact address of your local National Health Services (depending on where you live) can be found at:

http://www.nhsggc.org.uk/content/default.asp?page=s761&more=1&loc_type=4

To register with your local NHS you need to make an appointment with them. This can be made via either phone them directly using the number provided or you can also register in person to the address given in the website. Please bring your necessary documents as provided below:

Things to provide:

Passport (s) for yourself and all family members

  1. Address of where you're staying
  2. Enrolment letter from the University.
  3. University unconditional offer letter *
  4. Financial Affidavit*

* This is an optional (sometimes the NHS will request, so better to bring in as well)

 

MAKLUMAN SEMASA DI GOVANHILL DAN POLLOCKSHIELD

Terlebih dahulu pihak Komuniti Malaysia Govanhill dan Pollockshield ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke bumi Glasgow. Berikut adalah beberapa makluman asas utnuk kemudahan semua:

1.      Masjid:

·        Madrasah AlFarooq & Muslim Community Center, 32-38 Dixon Avenue , Crosshill, Glasgow G42 8EJ

2.      Makanan halal

·        Boleh di dapati di sepanjang Allison Street  (http://maps.google.co.uk/maps?utm_campaign=en&utm_source=en-ha-emea-uk-goog-gm&utm_medium=ha&utm_term=google%20map)

·        Kedai dibuka se-awal 9.00 pagi sehingga 8 malam.

·        Antara kedai halal yang terdapat di sekitar Allison street ialah Medina food stire, continental food store, macca, Datta food store , Faisal halal butcher, AL-Amin Hallal Butcher dan banyak lagi.

·        Di sini juga terdapat beberapa restoren halal antaranya Chicken Hut (Allison Street), Chicken Ranch (Cathcard Road), Yadgar (Calder Street) dan Kebabish (Victoria Road)

3.      Public transport ke Universiti

·        Bus service 44 : Ke University of Glasgow , Boleh di ambil di Victoria Road- berhampiran dengan Royal Bank of Scotland .

·        Bus service 12 : Ke Strahclyde University, Boleh di ambil di Calder street ataupun di Victoria Road berhadapan dengan Somerlfield.

If you have any question, please do not hesitate to contact any of your local Malaysian committee of Govanhill and Pollockshield..

  

TO-DO LIST

This is a general list – as guidelines – so that you’ll get a brief idea about the life and situation here. Nak bawa atau tidak, ikut selera/keperluan masing2, and whichever is appropriate/applicable to you. Kalau boleh, PRINT list ni, dan tick mana yg dah buat/settle.

CHECKLIST (PENTING!):
Kalau boleh, selesikan awal2 supaya tak kelam kabut. We never know, kdg2 ada perkara yg tak boleh diselesaikan cepat, keeps ‘dragging’ berhari-hari.

  1. Booking tiket. Kalau boleh pilih tarikh supaya sampai ke tempat yang dituju pada hari Sabtu/Ahad, mudah org yang dah ada kat situ nak ambil kat airport. Kalau boleh juga, yang nak ke U.K, ambil route yang tak melibatkan Heathrow.  Bukannya apa, elok elakkan transit di London, sbb security/immigration di sana strict sikit compared to other places. Ada yg ambil masa 1 jam hanya utk clear immigration saja, byk soal jawabnya, dah la queue pjg, sbb ramai org (byk flight).
  2. Passport – pastikan semua ok.
  3. Visa (kalau ke U.K),
  4. Gi website vfs: http://www.vfs-uk-my.com untuk dapatkan VAF1 form. Isi form tu untuk you, spouse and kids. (Spouse kena isi borang lain as student's dependant. Jangan lupa isi students survey form juga.
  5. Untuk translate marriage cert., birth cert., tu I fax kat Persatuan Penterjemah Malaysia, Contact person: Pn. Suzana (Tel: 012-2811814, Office: 03-2142 4381) Fax: 03-21424381 or 03-4257 8823. Dah siap pengesahan certified translation. Tak perlu gi pesuruhjaya sumpah. Bayaran untuk satu cert. RM50.00. Lepas tu you boleh gi collect kat office they all. I tak tahu nama jalan, I tau gi sana ikut jalan istana K.L.  Ada juga kata boleh buat kat mahkamah. Cuba check:
  6. Dokumen lain yang kena ada:
    • Passport
    • Tenancy agreement, ni kena contact member2 kat U.K, kalau dapat  Uni. Punya accommodation, should be o.k.
    • Previous academic cert. (degree and master, ctc & ori)
    • Surat pengesahan majikan in English (mention abt. your salary etc.)
    • Financial Affidavit from KPT
    • IELTS result (I bagi aje coz ada tanya kat form tu, ctc & ori)
    • Marriage cert [translate & BM (ori & ctc utk yg BM)]
    • Birth cert. anak2 kot. Kalau tak ada anak macam I tak payah hantar pun birth cert. (translate & BM)
    • Offer letter from university (original & ctc)
    • Gambar kena berlatar belakangkan putih, sekeping sorang.
    • Medical report.  Kalau boleh masa buat medical report untuk Uni or KPT, simpan dua salinan, satu untuk guna masa apply visa, satu untuk tunjuk masa kat airport sini.  Ramai kena tahan sebab tak ada medical report, termasuklah I.
  1. Masa dah settle pasal dokumen, nanti they all akan panggil untuk biometric identification, kena letak jari2 kan benda macam
    scanner tu, lepas ambil gambar kat vfs tu. Make sure tudung tu (kalau perempuan) warna gelap. Jari2 tu jangan berinai or whatsoever... Kuku takpe ada inai.
  2. Fees RM713 + RM5 (they all kata processing fees) untuk each visa.
  3. Kalau buat on Monday (tutup kol 3 ptg), normally siap on Thursday. Boleh call or check from their website. Collection time
    after 4.30 till
    5.30 p.m. only.
  4. Kalau kereta kat Msia nak dijual (atau ditukar milik kpd sape2), kalau boleh dapatkan surat akuan dari pihak insurans mengatakan yg NCB kita tu full (kalau tak pernah claim la), dan berapa tahun. Nanti bila nak ambil insurans kereta kat sini, boleh dapat murah sikit. Org cakap la… boleh cuba try. Kalau tak ada NCB (NCB = 0), diorg akan start dari rate 100%. Biasanya org Msia kat sini pakai kereta sbb senang nak berurusan ke sana sini, lagipun tambang bas mahal jugak.
  5. Bawa lesen memandu Msia & buat international driving licence (RM150/year).  Lesen kita dah tak laku kat sini, laku setahun pertama aje.
  6. Credit card di Msia – ada guna? Kalau nak teruskan guna di sini, kena selidik dulu cara pembayaran yg effective. Kalau tiap2 bulan kena pos payment ke Msia, saya nasihatkan baik terminate saja, sbb leceh dan ada possibility payment sampai lambat (nanti kene interest/charge tambahan pulak).  Tapi bagus juga kalau ada credit card kat Malaysia, boleh guna untuk beli buku thru’ internet.  Minta tolong saudara mara, adik beradik untuk check kan balance credit card, dan tolong bayar pun o.k gak…
  7. Buka Akaun Internet Banking (BIMB, Maybank atau mana2 bank yg ada service ni) utk semua urusan banking di Msia, termasuk gaji, bayar duit instalment rumah, nak bagi duit kat parents etc. sbb mudah utk kita monitor/berurusan via internet. Tapi, JANGAN LUPA – lepas dah buka akaun (atau even for existing account) - kena pastikan daftar utk Internet Banking dulu di Msia – this involves using your ATM card dan daftar for ‘Internet Banking Registration’ di mana2 mesin ATM di Msia, kena masukkan nombor PIN utk Internet banking. Dah buat ni baru boleh buat further registration via Internet.  Juga make sure, minta card tu boleh digunakan di sini (apply to Maybank aje kot)
  8. Income tax clearance – minta borang leaver dari Bhgn Gaji tempat you kerja (majikan). Diorg akan bagitau apa yg perlu dibuat, dan you kena pegi sendiri ke LHDN utk uruskan ni, ada interview dgn pegawai dia lagi. IRB now dah cekap, sekejap aje they all boleh uruskan.
  9. Selesaikan urusan2 pembayaran balik pinjaman2 – rumah, kereta, dsb. – tinggalkan cek kepada saudara (utk dibayar/dipos setiap bulan), atau buat potongan gaji, standing order (dicharge RM2 per transaction), atau apa2 cara yg mudah. Contact institusi yg you pinjam tu dan tanya cara pembayaran yg diorg terima.
  10. Buat medical check-up – for the whole family. Tapi saya rasa anak2 tak payah buat x-ray.
  11. Urusan spouse (suami/isteri) juga perlu settlekan awal – urusan surat-menyurat (paperworks) kalau spouse cuti tanpa gaji, atau berhenti (kena hantar notis awal), dan macam2 urusan lain.
  12. Isi dan hantar Family Accomodation/Housing application form, walaupun belum dapat offer letter dari univ. Bila dah dapat rumah univ., tandatangan dan hantar/fax segera kontrak rumah tu. Terima saja whatever rumah yg diorg bagi. Kalau rasa tak sesuai dan nak tukar, datang sini baru uruskan.
  13. Deposit rumah (kalau dapat rumah univ.) – buat bank draft (payable to University of York) dan pos segera dari sana. Kalau diorg dah terima deposit tu, diorg akan tinggalkan kunci rumah kat porter (24 jam) di kolej. So bila you sampai nanti boleh terus ambil kunci tu, even though di luar waktu pejabat. Boleh terus masuk rumah. Tapi kalau rasa tak sempat, bawa saja bank draft tu ke sini, serahkan di Accomodation Office (waktu pejabat), then baru boleh ambil kunci.
  14. Private accommodation Minta kenalan2 di tempat yang ditujui membantu.  Jangan malu bertanya dan mohon bantuan, selalunya kami kat sini willing to help.  
  15. Dokumen2 penting yg perlu ditunjuk kpd pihak imigresen – masukkan semuanya dlm satu clear folder, supaya senang diorg nak tengok nanti. Kita pun tak kelam kabut nak keluarkan (dari envelop/fail biasa), tambahan pula tgn ‘penuh’ dgn brg2 hand luggage lain.
    • Surat tawaran belajar
    • Surat sponsor
    • Surat confirm accomodation/contract rumah
    • Laporan medical check-up
    • dll. spt yg disenaraikan dlm list yg dikeluarkan oleh embassy (biasanya pihak majikan akan bagi salinan ni) ataupun dokumen2 yang sama masa kita majukan kat tempat kita nak apply visa tu.
  1. Senarai yang MESTI di bawa: 

·        Money (cash)Dari University, dari sponsor, duit sendiri, hutang2 org, dan apa2 kewangan yg you’ll bring here. Selain duit dari sponsors, kalau boleh biarlah ada ‘spare’ duit sendiri +- UK 3000- 4000 pound. Jgn bawa dlm bentuk cash semua. Buat bank draft (in your name sbb kat sini nanti nak masukkan into your bank account bila nak buka akaun kat sini). Then baru keluarkan duit tu utk Bayar apa2 yg patut.

·        Cash +- £2000 utk belanja awal. Tukar di Msia, kalau tukar di sini rugi byk. Tak perlu buat traveller’s cheque – leceh - ambil masa, dan ada mcm2 charge dikenakan. Bila ambil cash, kalau boleh JGN ambil yg lebih besar dari  £20 notes – kat sini jarang jumpa notes yg lebih besar dari £20, dan kdg2 kedai taknak terima, takut duit palsu… dengar cerita le… kami sendiri belum pernah tengok duit £50, apa lagi yg lebih besar. Antara kegunaan utama/awal – bayar sewa rumah (kalau rumah univ. kena bayar sewa utk 3 bulan sekaligus, in advance i.e masa mula2 masuk rumah, bukannya selepas dah duduk 3 bulan - yang ni boleh bayar guna bankcard), beli barang2 keperluan dapur etc.

·        Semua sijil original:

·        Surat beranak anak

·        Surat nikah (even yg jawi atau yg asal, in case dapat anak kat sini, bila nak daftar anak org embassy mintak sijil2 original), make sure ada translation.  Kalau husband nak cari kerja kat sini (U.K), bila nak dapatkan National Insurance number kena sertakan cert. of marriage ni.

·        Result IELTS/TOEFL

·        Sijil2/transkrip masa belajar dulu

·        Details ttg immunisasi anak, even anak yg dah besar pun. Kita mungkin fikir, “tak payah bawa la, anak kita dah habis dah semua immunisasi (biasa) yg disarankan, semua dah ambil”. Tapi jadual dan vaksin immunisasi di sini tak sama dgn di Msia.

·        Gambar berukuran passport – sendiri punya, dan family – bawa byk copy sikit, mungkin perlu guna di sini.

·        Buku2 yg perlu diguna di sini, termasuk kamus, dll. (kalau boleh pos, sbb berat nak bawa naik flight). Buku kat sini mahal, around £30-50.

·        Ubat-ubatan (Panadol, ubat batuk, ubat demam anak, vicks, minyak nagin, minyak urut, minyak gamat, dsb). Kalau ada klinik panel, boleh mintak dari situ, bagitau nak ke UK dan mintak apa2 ubat yg perlu utk diri dan anak2. Biasanya doktor tau ubat2 biasa yg perlu dibekalkan, esp yg berkaitan dgn perubahan iklim. Tapi jgn bawa dlm hand luggage, dan jgn bawa terlalu byk sgt (mcm beli borong pulak), takut tak lepas nanti (nak bawa masuk ubat in large quantity ada regulations-nya jugak, mesti ada supportive documents).

·        Pakaian panas – cukup bawa SATU (1) pasang seorg. Tak perlu bawa byk2, sbb berat dan harganya mahal di Msia. Di sini boleh dapat yg murah (used), kalau tak kisah guna brg terpakai. Lagipun, jaket/kot ni kita pakai kat luar pakaian asas kita.

·        Buku cek bank di Msia (lebihan2 yg masih kosong), kalau ada – in case perlu utk urusan apa2 pembayaran di Msia (yg kita terlupa nak settlekan), boleh tulis cek tu dan pos dari sini. Kalau tinggalkan di Msia pun org lain tak boleh nak tolong tulis/sign (kan itu cek personal kita).

(B) Senarai Barang-Barang Yg BOLEH Dibawa
Ikut selera masing2 sama ada nak bawa atau tidak. Terpulang kpd pertimbangan masing2. Ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan2 yg lain saja.
Saya kelaskan kpd parts (B.1) hingga (B.4).

(B.1) Barang-Barang Yg SUSAH DAPAT di sini:
Brg2 ni memang payah dapat (atau mmg tak ada) di sini, kena bawa dari Msia. Bawa naik flight sikit dulu, yg lain boleh pos.  Kalau rasa2 ter’excess’ tu lebih baik pos aje.  Tapi dengar kata rules baru tak boleh pos barang2 ni ke U.K.  Senang cerita, dah dok di U.K kena makan makanan sini ajelah.  Glasgow shouldn’t be any problem.  Kedai Cina & Pakistan banyak jual benda2 ni.  So, bawa duit ajelah…

  1. ikan bilis
  2. udang kering
  3. serbuk kari, kurma etc. – ayam, daging, ikan, dll
  4. serbuk cili, cili kering
  5. Perencah2 sup, tomyam, etc.
  6. Kiub ayam, ikan bilis, etc.
  7. Asam keping, asam jawa
  8. Sos cili, sos tiram (Kimball punya botol plastic)
  9. Daun kari, daun pandan, daun limau purut, serai (dihiris nipis), lengkuas (dihiris nipis), daun kesum
    1. semua ni keringkan betul2 (takut berkulat kalau tak kering) dan pek kemas2.
  10. Ikan kering
  11. Budu, cencaluk dsb
  12. Belacan
  13. Fuchok, so-on, dsb
  14. Keropok ikan
  15. teh/kopi keluaran Malaysia - kat sini pun ada teh/kopi, tapi jenama lain.
  16. Milo (pek plastic) – sini ada choclolate drink powder/granules, tapi bukan jenama Milo.
  17. susu tepung (pek plastic) kalau anak minum susu tepung. Susu tepung anak kat sini mahal dan tak byk jenama mcm kat Msia. Kebykn anak org kat sini minum fresh milk. Tapi kalau anak umur bawah 2 tahun, dinasihatkan bawa susu tepung dari sana, sbb takut fresh milk tak sesuai utk dia.
  18. Puting anak, puting botol susu
  19. Tudung, anak tudung, dan brooch.
  20. Sejadah, telekung
  21. kain pelikat, kain batik
  22. Quran dan muqaddam/iqra’ anak2
  23. CD utk anak2 – kartun, muqaddam/iqra’, ABC, nasyid, etc.
  24. Alat tulis yg rasanya perlu utk permulaan, tak perlu bawa banyak2.  Kedai 1 pound banyak.
  25. Stokin org pergi Mekah
  26. Selipar (yang ni wajib kot)
  27. Cadar, sarung bantal, selimut (penting untuk permulaan)

 (B.2) Barang-Barang Yg ADA di sini:
Brg2 ni ada di sini, tapi lebih mahal dan elok dibawa sikit utk permulaan.

  1. Ajinomoto (kalau guna)
  2. Rempah ratus – bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, lada hitam, buah pelaga, etc. tak perlu bawa byk sgt, sbb boleh beli di sini.
  3. Serbuk kunyit
  4. Santan serbuk/kotak/tin
  5. Bawang goreng
  6. Maggi mee (mi segera)
  7. Toiletteries (bawa sikit utk permulaan)

 (B.3) Barang-Barang Yg BOLEH Dibawa, kalau nak (elok JGN POS, takut pecah/rosak) (rujuk nota 1 di bwh):

  1. Rice cooker
  2. Kettle plastik
  3. Blender
  4. Computer/laptop (kat sini mahal. Tapi kalau yg used/2nd-hand boleh dapat yg murah)
  5. Camera/video camera
  6. Sewing kit (jarum, benang, gunting, etc.)
  7. Handphone – dinasihatkan terminate line di sana, w/p ada sykt telekomunikasi yg boleh guna line di luar negara, ttp tak feasible for long term usage (sbb charge lebih mahal utk roaming dan nak bayar bil pun leceh). Better pakai line di sini dan guna h/phone tu. Tak payah beli baru, h/p sini mahal, tapi byk latest model.

(B.4) Brg yg dinasihatkan hantar melalui POS (rujuk maklumat pos), kalau nak bawa (rujuk nota 1 di bwh):
Barang2 ni tak praktikal dibawa naik kapal terbang sebab berat. Kalau penting dan rasa nak guna segera sesampai di tempat yang dituju, seeloknya dipos 1-2 bulan sebelum bertolak ke sini (boleh pos ke alamat sape2 kat sini). Tapi kalau tak sempat, minta saudara-mara poskan.  Before that, check kalau2 rumah you tu nanti fully furnished, tak perlu bawa pun takpe.

  1. Periuk flat-base (dapur kat sini kebyknnya electrik), kuali bontot bulat jgn bawa, takut tak boleh guna.
  2. Periuk kukus
  3. Pisau, sudu, garpu, senduk (esp senduk nasi) – kat sini pun ada, beli yang good one untuk bawa balik MalaysiaJ
  4. Sandal sendiri dan anak2, kasut sukan
  5. Blazer/jacket
  6. Jeans, khaki, slacks
  7. Iron/seterika (kat sini murah gak)
  8. Lesung batu (kat Woolworth ada jual)

(C) Barang-Barang Yg TAK Perlu Dibawa:

  1. Sos tomato (byk kat sini – jenama2 sini punye), jenama2 yg ada kat Msia macam Maggi pun ada.
  2. Halia, lengkuas
  3. Kicap

Maklumat POS:

  1. Pos Laju mahal. Unless absolutely necessary/very urgent.
  2. Pos biasa tapi guna ‘air mail’ sampai dalam 3 hari aje (kalau ke Glasgow).  I pos on Saturday, barang2 sampai rumah kawan on Wednesday.  Rasanya lagi bagus pos daripada angkut benda2 tu naik flight.  Charge pun berpatutan.
  3. Guna Pos Biasa (melalui kapal laut) pun ok.

·        ambil masa lebih kurang +-2 bulan utk sampai.

·        Bungkus barang2 tu dalam kotak (cardboard) biasa. Jangan guna kotak plastic yg rapuh dan boleh pecah.

·        Jgn pos brg2 yg mudah pecah.

  1. Pos Malaysia – parcel (Surface Mail) rates to UK : tanya Pos Malaysia for the new rates. (http://www.pos.com.my/website/mainframe.htm)

NOTA:

  1. Brg2 di Part (B.3) dan (B.4) ada di sini, jadi boleh juga kalau nak beli di sini, cumanya akan ada ‘kerugian matawang’, or in other words, lebih mahal berbanding dgn beli di Msia. Tambahan pula kalau dah ada brg2 ni di rumah, boleh dibawa/pos saja ke sini. Jadi di sini tak perlu beli yg baru (jimat sikit). Tapi kalau mmg belum ada, tak payah beli di Msia semata2 nak bawa ke sini, boleh beli di sini saja. Terpulang la….
  2. Di sini senang dapat brg2 used/second-hand. Conditionnya pun ok, taklah buruk, byk yg masih elok (mat salleh ni suka tukar2 brg, dan kdg2 tu brg2 tu dia tak guna lagi – dijual sbb tak sesuai, atau ‘unwanted gift’). Harganya affordable, even boleh dapat yg mmg murah. Anyway, kena ingat, kdg2 ada risikonya (not functioning well, rosak, dsb) – tapi ni JARANG SEKALI berlaku, esp. kalau beli dari sumber yg boleh dipercayai (bukan dari carboot).
  3. Pek elok2 brg2 yg berbau - dlm plastic kedap udara dsb. Takut nanti habis brg2 lain terkena baunya. Begitu juga dgn brg2 cecair.
  4. Kalau naik MAS, setiap org (yg ada seat) diberi kuota 20kg seorg utk kargo/bagasi. Anak di bawah 2 tahun (tak ada seat) dapat 10kg. Jadi, bila nak pack brg tu, timbang dan pastikan tak melebihi jumlah berat kargo utk your family. Anyway, kdg2 (ikut budi bicara) staf MAS tu bagi jugak lebih sikit hingga +10kg seorg, tapi kena memujuk rayu la sikit, bagi alasan bawa byk buku, sbb nak dtg study sini, etc.
  5. Please cakap kat pihak yang book kan tiket tu, you ni student.  Sebab kalau student dapat 30kg.  Ada beza kat ticket kot, kalau ticket tu untuk student.  I kena bayar around RM600 kat KLIA, lepas tu dari Heathrow ke Glasgow kena more than GBP200 sebab dari Heathrow ke Glasgow they all benarkan satu beg seorang.  Laptop tu dah dikira satu beg tau…  Dulu lain, sekarang lain.